"Korang dah makan ke?" Tanya Izzat kepada mereka bertiga. Izzat sedang memandu kereta miliknya, Izzaty berada di sebelah Izzat dan si kembar duduk di belakang.
"Makan dalam aeroplane tadi je." Jawab Izzaty.
"Korang stay mana?" Tanya Izzat lagi.
"Stay dekat hotel WD Blanco." Jawab Aryan sambil fokus dengan telefon pintarnya. Mereka berdua masih sibuk dengan hal gengster DK itu ya...
"Mahal hotel tu. Taknak stay dengan abang ke? Rumah abang besar, bilik ada 3. Satu bilik untuk abang, lagi dua tu korang bolehlah pilih nak bilik yang mana." Ujar Izzat kepada mereka.
"Kitaorang tak check-in lagi. Bolehlah kut stay dengan abang." Jawab Izzaty sambil melihat suaminya yang fokus itu.
"Okaylah kalau macam tu." Kata Izzat sambil tersenyum manis. Dia memandu keretanya menuju ke Itaewon kerana di situ ada banyak restoran yang halal.
"Abang, yan nak tanya." Kata Aryan sambil melihat muka Izzat melalui cermin pandang belakang.
"Apa?"
"Selalunya abang nampak gengster-gengster tu kat mana?" Tanya Aryan.
"Kat tempat dioranglah. Eerrr... Apa nama tempat tu eh?" Izzat berfikir tentang nama tempat itu.
"Dekat-dekat Namsan ka?" Tanya Aryan sambil menjongketkan kening sebelah kirinya.
"Eh, bukan! Kat Hannam-Dong. Ha abang ingat dah! Hannam-Dong. Kawasan diorang kat situ." Jawab Izzat. Aryan dan Amzar berpandangan sesama sendiri. Alhamdulillah! Death Killer palsu rupanya.
"Kenapa korang nak tahu?" Tanya Izzat pelik sambil memandang cermin pandang belakang.
"Sebab kami nak belasah gengster-gengster tulah. Dahlah curi nama mafia kami, pastu rosakkan imej DK. Bahenol betul!" Kata Aryan geram sambil mengepal tangannya kuat.
"Nama mafia korang? Wait wait what?? I thought nama mafia korang Killer Boyzz?" Tanya Izzat hairan.
"Killer Boyzz tu kat Malaysia je. Kalau seluruh dunia Death Killer." Jawab Amzar.
"So... Can you explain tentang gengster-gengster dekat Hannam-Dong tu?" Tanya Izzat sambil mengetap giginya.
"Diorang tak tahulah, bang. Sebab itulah diorang tanya abang tadi kat mana kawasan gengster tu." Ujar Izzaty.
Izzat terdiam. Dia tidak tahu mahu membalas apa.
"Kau backup diorang eh?" Tanya Izzat kepada Izzaty.
"Backuplah dah suami Ty seorang boss mafia DK." Jawab Izzaty dengan bangga. Aryan mencubit pipi Izzaty manja.
"Aip! Jangan sawit depan aku!" Larang Amzar sambil jari telunjuknya dihalakan antara mereka berdua.
"Betul tu!" Sokong Izzat membuatkan Izzaty terperanjat kecil.
"Eh, bukan abang ada girlfriend ke?!" Tanya Izzaty hairan.
"Dah putus sebab dia lebih memilih lelaki kaya berbanding lelaki miskin macam abang ni." Ujar Izzat dengan nada suara dibuat-buat sedih.
"Miskin??!! Sapa cakap abang miskin?!! Mai Ty nak jumpa betina tu!! Memandai ja dia cakap abang miskin!!! Dasar pisau cukoq!" Amarah Izzaty dengan loghat utaranya. Semua orang terkejut dengan loghat Izzaty itu.
"Sayang!! Pekatnya loghat utara sayang tu!!" Kata Aryan terkejut. Izzaty tersedar lalu duduk tersipu malu. Alamak, terkeluar pula loghat utara...
"Hebat kau, Ty. Abang tak sangka kau boleh berloghat utara." Ujar Izzat dengan nada masih terkejut.
![](https://img.wattpad.com/cover/138271979-288-k83311.jpg)
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
De Todo4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...