Part 32

83 8 7
                                    

Ding dong....

"Assalamualaikum"terdengar seseorang memberi salam dari luar pagar

Syahrul pergi melihat siapakah yang menekan loceng rumah itu.

"Fuyoo, mal imal, sepupu anda sudah sampai"kata Syahrul dengan nada teruja terus membuka pintu pagar melalui remote berdekatan suis lampu dan kipas.

Akmal dan Ikmal terus berdiri dari duduk mereka yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Aryan masih lagi menyiapkan kerja sekolahnya.

Syahrul membuka pintu utama. Ikmal terus melompat keluar dan memeluk sepupunya yang baru sahaja mahu membuka kasut.

"Tak menyempat eh hg ni"kata Akmal lalu ketawa kepada adik kembarnya itu.

"Aku rindu sepupu aku yang aku selalu pau dia, hg tau pa"balas Ikmal.

"Ehem, sampai bila hg nak duduk atas bang heh??"ujar sepupu mereka kepada Ikmal yang masih lagi duduk di atasnya. Ikmal tersengih lalu bangun dari duduknya itu dan menolong sepupunya berdiri.

"Assalamualaikum, wahai sepupu kembar Muhammad Fawaz Hakimi bin Muhammad Nasir yang bakal menjadi ustaz suatu hari nanti"kata Aryan yang baru habiskan kerjanya dan berdiri di sebelah pintu yang dibuka.

"Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarokatuh. Aryan, lama abang tak jumpa hg. Dah besaq panjang dah"puji Fawaz.

"Ek eh puji kembanglah aku. Huhu. Mai masuk, panas ni"kata Aryan lalu terus masuk ke dalam untuk mengenakan diri dengan aircond.

"Kaklong, Kakngah, Alang, Adik!! Abang Fawaz dah balik"jerit Aryan dari tingkat bawah. Adrian terus turun ke bawah seperti kereta turbo. Dia juga melompat dari anak tangga ke 3 terus memeluk Fawaz.

"Ni sorang gi haih. Melompat atas aku pahal?!"Fawaz terasa sakit di bahagian belakang disebabkan hempapan oleh Adrian.

"Rindu hglah odo huhu"Adrian mula mahu berdrama.

"Hok aloh, aku baru duk kat Mesir 2 tahun tau tak"kata Fawaz.

"Baru 2 tahun?! Hg tu pandai sangat pesaipa?? Kalau dak aku boleh kacau hg lagi"kata Adrian.

"Fawaz! Uwuuu ciri-ciri ustaz nih"kata Farhana yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Abang Fawaz!"jerit Aiman lalu memeluknya.

"Alhamdulillah hat ni tak lompat atas aku"kata Fawaz dengan nada lega.

"Fawaz, hg mai sini, mak ayah hg tau dak?"tanya Fadhlina yang baru sahaja turun.

"Of courselah tahu..Fawaz dah bagitau depa kata Fawaz nak mai jenguk sepupu kesayangan Fawaz dulu"

"Tunggu mak ayah aku balik dulu, pastu kita makan sama-sama"kata Fadhlina lalu terus ke dapur.

"Kaklong masih bertunang ka?"bisik Fawaz ke telinga Adrian. Adrian mengangguk perlahan.

Mereka semua duduk di sofa di ruang tamu sambil berbual-bual.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Aku tak faham! Macam mana Izzaty boleh hilang sekelip mata??"Humairah masih lagi bengang dengan perkara yang berlaku ketika di kem. Mike sudah mula muak mendengar soalan yang dia dengar sejak mereka balik dari kem itu sampai sekarang.

"Saya pun tak tahu, macam yang Queen nampak, saya pun pengsan masa tu"ujar Mike dengan malas.

"Argh!!! Aku benci aku benci!!! Kenapa susah sangat aku nak dapatkan Aryan!! Arghhh!!!!"Humairah mengamuk. Dia melempar segala barang yang dia nampak. Mike sudah lari untuk tidak terkena barang-barang yang dia lempar.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now