Part 67

40 5 0
                                    

Sepanjang hari Aryan dimarahi oleh Izzaty di rumah kerana luka besarnya itu. Amzar hanya melihat Izzaty memarahi Aryan dan Aryan hanya mendengar saja. Izzat sudah merawat luka Aryan itu, katanya mungkin akan ada parut yang panjang. Akmal, Ikmal, Syahrul dan anak buah DK sudah kembali ke negara honeymoon masing-masing dan Malaysia dengan selamat.

Min-Ho berada di bilik kurungan di markas DK selepas dihukum seperti zaman Joseon. (Yang tengok historical kdrama tahulah, kan? Hehe)

Akhirnya, Aryan dapat berbulan madu bersama Izzaty selepas rintangan yang asyik mengacau hidup mereka.

Terlalu awal untuk berkata begitu...

"Korea! Finally! Aryan... I'm coming to you!" Kata Humairah dengan penuh gedik. Dia memakai baju yang mencolok mata membuatkan ramai lelaki memandangnya walaupun sudah bersuami. Disebabkan di Korea sekarang musim panas, jadi dengan sesuka hati Humairah memakai pakaian yang terdedah kulitnya.

"Boss!!! Humairah dah sampai!!" Jerit Mike dari earpod membuatkan telinga Aryan rasa berdesing.

"Tak payah jerit!! Aku dengaq ja kalau hg cakap elok-elok!" Balas Aryan kembali.

"Jangan jerit, boss. Berdesing telinga aku."

"Dahtu aku tak berdesing?" Terdiam Mike selepas dibalas oleh Aryan.

"Dia ada kat mana la ni?" Tanya Aryan.

"Incheon airport, on the way ke Seoul." Jawab Mike.

"Serieslah? Kawan aku semua dah balik kot?? Awat hg tak khabor awai-awai?" Tanya Aryan tak puas hati.

"Betina tu tak bagitau pun kata nak pi Korea, aku dah letak alat pengesan kat dia, dia terus keluar tadi sambil bagitahu yang dia nak ke luar negara. Aku tak syak apa pun sampailah alat pengesan dia menunjukkan yang dia on the way ke Korea. Ni pun aku on the way ke Korea, kelam-kabut aku sekarang ni." Jelas Mike panjang lebar.

"Susah macam ni. Hg terus ke markas DK bila dah sampai Korea, kami tunggu kat situ." Kata Aryan pula. Mike kata ok lalu memutuskan talian.

Aryan berlari masuk ke dalam biliknya lalu mengemas sedikit barangnya dan barang Izzaty. Izzaty yang baru selesai solat memandang hairan kelakuan suaminya itu.

"Kenapa ni kalut sangat ni?" Tanya Izzaty hairan sambil melipat separuh telengkung dan sejadahnya lalu menggantungnya di tempat asal.

"Kita kena menyorok di markas DK sebab perempuan menyusahkan akan kacau kita." Jelas Aryan. Izzaty berfikir seketika sebelum sedar akan perempuan menyusahkan yang dimaksudkan Aryan itu.

"AMZAR!!! KAU DAH SIAP KEMAS KA BELUM??" Tanya Aryan dari dalam bilik.

"SIKIT LAGI!!" Balas Amzar.

"Sayang, bagitahu abang yang kita akan ke luar negeri untuk honeymoon...kata lagi kat dia, jangan buka pintu untuk sesiapa pun especially perempuan melayu seksi macam sarung nangka." Arah Aryan kepada Izzaty untuk menelefon Izzat yang berada di hospital sekarang ni. Izzaty terus akur akan arahan Aryan sambil berlari mendapatkan telefonnya di atas katil.

"Bodohlah! Orang nak honeymoon dengan bini pun tak senang. Babi Humairah ni. BABI!" Carut Aryan sambil menarik zip beg sandangnya.

"Abang jat tanya bila kita nak balik sini." Tanya Izzaty kepada Aryan di muka pintu.

"Dalam 3 hari macam tu." Jawab Aryan selepas berfikir panjang. Aryan dan Amzar sudah bersedia untuk bertolak ke markas DK hanya menunggu Izzaty untuk bersiap sahaja.

Mereka pun bertolak untuk pergi ke Markas DK.

"Hello Aryan!!!" Panggil seseorang dengan penuh gediknya dari belakang ketika mereka sudah hampir ke keretanya.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now