Berkelip-kelip mata, sudah dua minggu mereka menjadi suami isteri. Pertelingkahan antara Akmal dan Farah sering berlaku. Mereka berdua ni memang suka bergaduh macam anjing dengan kucing. Berapa kali dah Puan Salmah tegur, tapi bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Begitulah.
Contohnya macam ni...
"Akmal!! Mana kepala charger aku??!!"jerit Farah dari bilik Akmal.
"Tengoklah kat sebelah katil tu!!"jerit Akmal dari ruang tamu tingkatnya yang sedang bermain permainan video bersama Ikmal.
"Aku tak jumpa!! Aku dah cari tak jumpa!!"
Akmal terpaksa pause buat kali ke berapa pun tak tahulah. Ikmal juga sudah serik dengan pertelingkahan kecil mereka berdua.
Akmal masuk ke dalam biliknya lalu menarik keluar kepala charger yang dicari Farah.
"Ni apa ni?? Hg cari dengan mataka lutut?"
"Aku cari dengan matalah! Aku cari dari tadi tau. Tak jumpa!!"marah Farah kembali.
"Kalau macam ni, sampai bila pun aku tak menang game aku. Jangan ganggu aku kejap boleh tak?"
"Aku tak ganggu kau pun!! Aku just cari barang yang aku nak guna tapi tak jumpa au"kata Farah mempertahankan diri.
"Hg nasib baik bini aku tau. Kalau tidak aku bantai hg habis-habisan"kata Akmal lalu keluar dari biliknya untuk sambung permainan.
"Eh! Aku tak takut langsung dengan ugutan kau tulah!!"jerit Farah dari bilik lalu menghempas pintu.
"Api lawan api. Sampai bila pun tak padam api tu. Cuba hg jadi ayaq baru la api reda sikit"nasihat Ikmal yang berada di sebelahnya.
"Pergh! Aku tak tahu pula adik aku pandai berkata-kata sampai macam tu"perli Akmal. Ikmal menjelingnya dengan jelingan maut.
Minta mati abang aku ni-Ikmal.
Dan pertelingkahan ini akan berlaku kalau boleh setiap jam. Penghuni rumah pun sudah masak apabila mendengar Farah menjerit. Izzaty, Mira dan Sofia sudah berapa kali menyuruhnya menurunkan ego dan keras kepalanya tapi dia degil.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Lama sangat duk kat dalam rumah mak ni, takmau balik rumah baru hampa tuka?"tanya Puan Salmah ketika makan malam.
"Alah, mak! Halau kami nampak?!"perli Aryan.
"Bukan halau! Hampa semua ni dah kena bersedia untuk menjalani hidup tanpa bantuan mak ayah apa semua dah"ujar Puan Salmah.
"Lagipun, honeymoon bila nak pergi? Mak ayah tak sabar nak dapat cucu"sambung Puan Salmah membuatkan para isteri tersedak, tersembur segala bagai. Ada maksud tersirat rupanya.
"Nak tunggu kaklong hg tu, lambat lagi. Nak kena pujuk mak mertualah katakan"perli Encik Sobri. Fadhlina menunduk kerana malu.
"Mak jangan risau mak. Nanti kami pi honeymoon kami buat anak"kata Aryan dengan yakin membuatkan seisi rumah terkejut. Izzaty yang berada di sebelahnya menampar lengan Aryan.
"Tapi anak patung jela mak"sambung Aryan membuatkan mereka tersenyum sinis
"Yaka??"sakat Akmal, Ikmal, Syahrul dan Amzar serentak dengan senyum penuh makna
"Hg ni esh"keluh Puan Salmah dengan perangai anaknya yang asyik main-main. Aryan tersengih kambing lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Kita akan pi honeymoon ke?"tanya Izzaty yang sedang duduk di atas katil kepada Aryan yang sudah baring sambil bermain telefon pintarnya.
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
Random4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...