Aryan yang baru saja sampai di Markas DK bersama pisau ditangannya membuatkan orang sekeliling pelik.
"Kau kenapa nyah? Dengan pisau tu, asal tho?"tanya Alexa pelik.
Aryan melihat pisau di tangannya. Rasa mahu menoreh saja muka kakak sulungnya itu. Sudahlah lempar ke arahnya lepastu matanya bertukar warna pula. Gerun mat tengok mata dia.
"Oi papan! Cepatlah! Kita ni sudahlah nak menikah nanti, masalah mafia pun tak selesai lagi. Yang hg duk genggam pisau tu kuat-kuat dah kenapa? Mesti kaklong yang baling kat hg an? HAHAHAHAH. Yang hg kacau dia sendu tu asei? Padan muka ko!"Akmal membebel panjang. Aryan menjeling Akmal tajam.
Dasar kawan tak guna dapat baca fikiran aku. Aryan melemparkan pisau itu ke arah dinding. Tepat hujung pisau masuk ke dalam dinding.
"Kaklong suruh aku siasat siapa yang kacau hubungan dia dan Abang Fawwaz"
"Pastu?"tanya Ikmal yang sedang mengelar leher patung lilin Mansor.
"Masalahnya aku tau dah sapa yang buat tapi..."
"Kau takut nak bagitahukan? Tahu dah perangai kasihan kau tu. Setiap hari aku dengar luah hati kau nyah"sambung Amzar membuatkan Aryan menunduk.
"Aku... Tak sampai hati siak nak bagitau dia. Mau dia murung lagi macam tiga hari tu"
"Entah-entah lebih dari tiga hari pa"sambungnya
Aryan membuat keputusan untuk membiarkan dahulu dan menyelesaikan masalah mafia yang masih belum selesai.
"Kita perlukan rancangan macam mana nak hapuskan BS dulu"kata Syahrul
"Humairah...aku rasa kita boleh selesaikan dia masa korang nikah. Aku confirm dia akan cuba serang kau masa kau lafaz akad nikah"kata Amzar.
"Aku ada suruh hg cari lubang BS, kan? Hg jumpa dak?"tanya Aryan kepada Akmal.
"Aku dah cari tapi tak jumpa. Depa tu macam ninja weh, bila tak cari muncui, bila nak cari tak jumpa! Dasar ninja bangsat"jawab Akmal.
"Aku rasa aku tau macam mana nak tangkap diorang"kata Amzar sambil tersenyum sinis.
Mereka semua mendekatkan diri dan Amzar pun berbisik rancangannya.
"Not bad, dude"puji Ikmal sambil tangannya masih bermain dengan pisau.
"Aku nak pergi jemput Izzaty, kelas dia dah nak habis dah"pinta Aryan selepas melihat jam tangannya.
"Pergilah. Hati-hati"pesan Amzar. Aryan memberi simbol ok dari belakang.
Aryan memulas handle motosikalnya untuk ke universiti Izzaty.
Universiti Malaya
Izzaty keluar dari perkarangan universiti sambil menunggu tunangnya.
"Chubby!"Aryan yang baru saja sampai memanggil Izzaty sambil tersenyum dan melambai ke arahnya.
"Kau nak pergi mana sampai ajak aku keluar hari ni?"tanya Izzaty sambil memakai topi keledar yang disua oleh Aryan.
"Alah, nak dating dengan bakal bini. Takkan tak boleh?"Aryan memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
Izzaty tersenyum lalu menampar mulut itik Aryan menggunakan telefon pintarnya. Aryan berdecit selepas ditampar oleh telefon pintar Izzaty
"Jomlah, Ryan. Aku ada banyak assignment nak siapkan ni"kata Izzaty yang dari tadi sudah membonceng belakang Aryan.
Aryan memecut laju ke destinasi yang diingini.
Mall
"Ryan nak beli apa kat sini?"tanya Izzaty pelik.
![](https://img.wattpad.com/cover/138271979-288-k83311.jpg)
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
De Todo4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...