Part 66

35 5 0
                                    

"Izzaty, abang nak pergi kerja ni, kau nak duduk rumah sorang-sorang ke?" Tanya Izzat sambil memakai kasut sneakernya.

"Ty nak ikut boleh? Ryan suruh Ty ikut abang even abang pergi kerja." Mohon Izzaty. Izzat berfikir sejenak. Mama pernah beritahu yang Izzaty trauma dengan stranger especially lelaki tapi kalau biar dia duduk rumah sorang-sorang sama juga bahaya dia.

"Siap cepat, ikut abang tapi ada syarat eh?" Pesan Izzat sambil menuding jari ke arah Izzaty. Izzaty tertanya-tanya akan syarat itu.

"Syaratnya, kau kena ikut abang sampai abang habis kerja tapi tak mengganggu abang, boleh?"

"Boleh je bang. Kejap, Ty nak siap." Izzaty terus berlari masuk ke biliknya untuk bersiap ala kadar. Di Korea ini, tak boleh pakai pakaian yang selekeh nanti kena pandang atas bawah, jadi Izzaty memakai seluar jeans putih, blouse berwarna turqoise dan tudung shawl berwarna putih. Dicalitkan sedikit liptint pada bibirnya dan siap. Simple tetapi kemas.

Izzaty berlari turun bersama stokin dan handbagnya. Dia memakai stokin dan kasutnya. Dia berlari masuk ke dalam kereta milik Izzat.

Pada masa yang sama...

"Aryan, jom!" Ajak Amzar yang sudah bersiap untuk keluar berperang.

"Jom! Aku tak sabaq nak bagi kasih sayang kat anak buah kesayangan aku tu." Ujar Aryan tersenyum sinis. Mereka pun bertolak pergi ke Hannam-Dong di mana tempat Death Killer palsu berada.

Yan!! Mana hg?! Kami duk tunggu punya lama..- Akmal.

Tunggu? Wait, hampa mai Korea ka?-Aryan.

Haa...-Syahrul.

Eh, bongok!! Aku dah cakap kan, aku ngan Amzar boleh settle kan masalah ni.-Aryan.

Bini korang okay ke?-Amzar.

Bini aku bagi tho! Aku dah minta Qaisy jaga bini aku kat London-Ikmal.

Takpalah yan. Aku nak berseronok jugak-Akmal.

Okaylah...macam biasa eh?-Aryan.

Orite papan-Syahrul.

Hannam-Dong.

Aryan dan Amzar masuk ke dalam markas DK palsu dengan selamba. Semua orang dalam markas itu memandang mereka dengan riak hairan.

"누구야?(Nuguya?)[Siapa tu?]" Tanya salah seorang dari mereka.

"죄송하지만 이 곳의 주인을 찾고 있었습니다.(Joesonghajiman i gos-ui ju-in-eul chajgo iss-eossseubnida.)[Maafkan saya tapi saya mencari pemilik tempat ini.]" Ujar Aryan berpura-pura menjadi orang biasa.

"안돼요, 아저씨. 나가세요.(Andwaeyo, ajeossi. Nagaseyo.)[Tak bolehlah, pakcik. Tolong pergi dari sini.]" Kata orang lain pula tetapi lebih kepada memerli kerana nada suaranya.

"잠-잠깐만요...(Jam-jamkkanman-yo...)[Tu-tunggu...]" Merayu Amzar. Lakonan saja anak-anak.

"나가!!(Naga!![Keluar!!]" Halau mereka lalu menolak Aryan dan Amzar supaya keluar dari kawasan mereka.

Aryan menepis tangan orang yang menolak bahunya itu. Amzar menolak tangan orang itu kembali.

"Aish! Shibal! 아저씨(ajeossi)..." Mereka berasa tak puas hati dengan mereka berdua.

"Mwo? [Apa?]" Tanya Aryan sambil mendongakkan sedikit kepala dan membulat matanya.

Salah seorang dari mereka mengeluarkan pisau dari poketnya. Dia menghunuskan pisau itu ke arah Aryan. Aryan menjentik tangan dia menyebabkan pisau itu jatuh. Lelaki itu memandang Aryan dengan riak terkejut.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now