Part 49

53 9 0
                                    

Besties boyzz dan Amzar berkumpul di ruang tamu tingkat mereka untuk berbincang tentang masalah-masalah dan bagaimana mahu menyelesaikannya.

"Black Shadow asyik ganggu kita sejak akhir-akhir ni. Perempuan psiko tu pun takkan berdiam diri lepas kena belasah dengan Izzaty dan Farah. Mansor...aku tak pasti. Dia diam saja sekarang"terang Akmal sambil jari-jemarinya ligat bermain di papan kekunci di laptopnya.

"Aku pelik dengan Black Shadow. Depa dah try bunuh kita dulu, takkan tak serik? Sudahlah kacau kita dating dengan tunang kita. Tak pasai depa kena tengok kita lawan dengan luka bagai"pemikiran Ikmal mula berfungsi.

"Aku tak tahu nak mula dengan sapa? Tiga jenis kumpulan mafia yang paling jahat serang kita. Serang tiga-tiga. Memang matilanak"kata Syahrul sambil ibu jarinya ditarik di leher tanda mati.

Aryan diam berfikir. Betul juga apa yang Syahrul katakan tu. Tambahan lagi, soalan Ikmal itu pun masih tidak terjawab.

"Nak minta tolong White Dragon.....?"

"Ya Allah!! Aku lupa pasai depa"Aryan terus berlari turun tangga untuk ke kereta.

"Woih woih nak ikut!!!"Akmal, Ikmal dan Syahrul terus mengikuti langkah Aryan. Amzar juga berlari tetapi bukan ke luar rumah tetapi ke dapur.

'korang pergilah. Aku stay kat rumah ja'getus hati Amzar.

'careful. Kalau ada sapa-sapa tanya kata kami pi markas WD'

Aryan menghidupkan enjin kereta. Sebaik sahaja semua masuk ke dalam kereta, Aryan memandu laju terus ke markas WD.

Tiba-tiba suatu kereta berhenti di hadapan rumah. Seorang lelaki berumur 20-an keluar dari keretanya.

"Assalamualaikum"

Amzar hanya berdiri di hadapan tingkap tetapi disorokkan sikit badannya supaya dia tidak perasan.

"Sapa tu?"tanya Puan Salmah.

"Tak tahulah mak. Azmar tak pernah nampak pun"

Puan Salmah menjenguk ke luar tingkap. Puan Salmah terkejut terus membuka pintu utama untuk menyapa orang itu.

"Waalaikumussalam, ya Allah Fawwaz! Macam mana kat Jordan? Kamu sudah habis belajar?"

"Okay saja mak. Semua baik-baik. Fawwaz baru saja graduate 5 hari lepas. Sekarang baru datang nak jenguk family mak dan tunang Fawwaz sebab mak kan pindah, Fawwaz kena cari rumah baru mak"

"Maaf mengambil masa 4 tahun untuk datang"Fawwaz berasa serba salah.

"Takpalah Fawwaz. Fawwaz pergi untuk belajar bukan untuk cari perempuan lainkan"kata-kata Puan Salmah agak menyentapkan...

"Haha...mana adalah mak"kata Fawwaz dengan kekok.

"Mari masuk. Nasib baik kamu datang harini sebab kaklong cuti"ajak Puan Salmah. Fawwaz mengangguk dan mengikuti langkah mak mertuanya.

"Amzar, panggil kaklong"arah Puan Salmah. Azmar mentabik lalu berjalan pergi ke bilik rahsia.

"Amzar? Tu Aryan, kan? Kenapa mak panggil dia Amzar?"tanya Fawwaz pelik.

"Oh, kamu tak tahu lagi, kan? Tuu......"

"Awat mak?"Fadhlina berada di ruang tamu dengan tudungnya siap disarung kerana Amzar telah memberitahu bahawa ada orang datang rumah.

"Ni tunang kamu balik dah"kata Puan Salmah dengan nada gembira. Muka Fadhlina terus masam.

"Ingatkan sudah lupa ada tunang kat Malaysia ni"perli Fadhlina.

"Mana adalah. Fawwaz takkan lupakan Lina"kata Fawwaz lembut.

"Empat tahun hg pi, empat tahun hg tak call, mesej even e-mel hg tak send kat aku. Aku anggap sajalah hg dah bahagia kat Jordan tu an"Fadhlina melepaskan geram kepada Fawwaz.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now