Part 61

37 6 0
                                    

JEPUN

"ようこそ、ボス(Yōkoso, bosu)
Selamat Datang, Boss"anak-anak buah di Jepun menyambut bos mereka. Besties Boyzz memberi isyarat supaya mereka terus menghantar mereka ke markas, risau ada yang memerhati.

Mayat Hannah Dayana dituntut oleh bapanya di hospital di Jepun. Bapanya berterima kasih banyak-banyak kepada Besties Boyzz kerana menemui Hannah walaupun sudah tidak bernyawa lagi.

"Arwah Hannah tu...kau tak nak tuntut ke?"tanya Amzar kepada Aryan yang sibuk membuat halnya sendiri.

"Maksud hg?"soalan dibalas soalan.

"Kau tak nak balas dendam ke?"

"Aku? Balas dendam? Untuk arwah Hannah tu? Dia pernah bagi aku minum air pengasih ko tahu tak? Sakit mat, perit mat. Rambut aku hampir bertukar purple ko tahu tak? Sekali bertukar, pergh..say bubye to Aryan Arfan, it's Ketua Mafia Death Killer. Susah oo nak kawal power masa rambut sudah bertukar tu"bebel Aryan panjang.

"Aku tanya saja ma. Lagipun orang yang buat semua ni Mansor, kan? Bomoh tu berganding bahu dengan Mansor"

"Itu cari nahas mat. Bomoh tu banyak jin. Bukan dia bagi hg jin ja au, dia bagi berjuta-juta makhluk ghaib kat kita. Mampus mat"

"Yelah, Aryan oi. Apa-apa sajalah"Amzar mengalah dengan abang kembarnya itu.

"Kalau aku nak pun, aku nak kena cari ustaz power. Macam Uztaz Don ka, Ustaz Kazim Elias ka, Ustaz Azhar Idrus ka? Haa, baru boleh lawan dengan bomoh. Tambah lagi, aku ni mafia, kita ni mafia wahai adikku sayang..eeuu"kata Aryan selepas melihat Amzar seperti tidak puas hati dengan keputusannya dan bereaksi geli dengan kata-kata sendiri.

"Kita ni mafia, bukan polis ka detektif ka natang kejadah apa nak tolong siasat itu ini. Hg kena faham, mafia ni kejam. Kalau tidak, anak Mansor tu an.. aku nak tendang dia jatuh daripada kapal terbang tau. Itu baru mafia Death Killer tapi aku bagi muka sebab aku perlukan maklumat daripada dia"sambung Aryan lagi.

"Nanti aku minta tolonglah kawan detektif aku siasat pasai Hannah ni. Hilang sebulan tho, mestilah depa siasat, kan? Haa"tambah Aryan lagi apabila melihat Amzar mendiamkan diri.

Sedikit sebanyak timbul senyuman nipis di bibir Amzar. Aryan rasa mahu penumbuk saja adiknya itu tapi kena bawa bersabar sebab darah daging sendiri.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

MARKAS DK

"Dah siap, bos. Semua orang dah pakai alat pendengaran translator"jelas Alex kepada bos-bosnya.

"Okay good. Everyone hear me?"tanya Aryan kepada semua anak buahnya.

"YESS BOSS!"jawab mereka semua serentak.

"Okay, nice. Amzar akan terang strategi kita untuk berperang nanti lepastu Akmal akan terang pasai alat-alat yang semua orang kena ada and last Ikmal dan Syahrul akan terang pasai senjata bagai"terang Aryan kepada mereka.

"Aku nak bagitahu yang kita akan bahagi kepada lima kumpulan, hampa boleh tanya Alex dengan Alexa kumpulan mana hampa akan dapat, faham?! Ada DK-1, DK-2, DK-3, DK-4 dan DK-5"sambung Aryan lagi.

"Oh, last! Kumpulan yang terakhir tu akan stay dalam markas ni untuk melindungi markas dan bini-bini kami dari bahaya. Minta tolong eh?! Sapa yang membantah, aku akan tendang hg keluaq daripada DK. NO MERCY!!"terang Aryan tegas. Ini kerana orang yang ditendang keluar dari DK takkan pernah hidup senang dan tenang walaupun sekali seumur hidup. Jikalau mereka meminta maaf kepada ketua DK, belum tentu dapat kemaafan daripada mereka.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now