"Miss me, darling?"tanya lelaki itu dengan sinis. Izzaty terkejut sebaik sahaja melihat muka lelaki itu.
"Apa kau buat kat sini ha???"jerkah Izzaty kepada lelaki itu.
"Jangan marah-marah baby ni. Abang nak bawak baby pergi Thailand. Kita kahwin lari, nak?"Ajak lelaki itu membuatkan Izzaty terperanjat lagi.
"Hotak kau! Tak hingin aku nak kahwin dengan kau, Syafiq"amarah Izzaty.
"Alaaa baby ni"Syafiq berkata dengan nada yang manja
"AKU.TAK.NAK"kata Izzaty satu persatu.
"Kau ni suka cabar kesabaran aku"kata Syafiq sambil mengetap giginya. Syafiq mencengkam lengan Izzaty lalu menariknya keluar dari halaman rumah Izzaty.
Izzaty cuba menahan dengan memaku kakinya di rumput. Izzaty seorang pemain bola jaring jadi mudah untuknya memaku kaki di rumput atau tanah.
"Kau ikut aku sekarang!!"arah Syafiq masih lagi cuba menarik Izzaty. Izzaty sudah memaut sebelah tangan pada tiang khemah.
"Aku tak nak sial! Apa lagi yang kau tak faham ha??"kata Izzaty tertahan-tahan.
Tiba-tiba Aryan muncul entah dari mana menumbuk pipi Syafiq hingga jatuh tersungkur. Izzaty terselamat sekali lagi.
Bibir Syafiq pecah kerana tumbukan Aryan yang kuat itu. Syafiq bangun terhuyung-hayang. Dia melihat Aryan dengan penuh kemarahan.
"Aku tak sangka hg nak bawak tunang aku kahwin lari. Heh!"kata Aryan lalu mengeluh sinis
"Kau sapa?? Kau sapa nak halang aku???"lantang suara Syafiq memarahi Aryan. Aryan selamba sahaja berdiri di hadapan Izzaty supaya mudah untuk melindunginya.
"Aku? Aku mafia. Hg sapa?"jawabnya selamba. Izzaty memegang kain baju di belakang Aryan kerana ketakutan.
"Mafia? HAHAHAHHAHAH. Kau buat lawak apa ni ha??"kata Syafiq sinis.
"Hahahahambar la bro. Hg sapa? Hg ex tunang aku en? Bila nak serik bro? Tunang aku dah muak dengan hg, tapi hg kacau hidup dia lagi? Lu ingat lu sapa??"kata Aryan lebih kepada sinis dan pertanyaan. Suaranya sedikit sebanyak berubah sekelip mata.
Syafiq terkejut atas perubahan suara Aryan.
"Aku tak nak gaduh-gaduh. Bak Izzaty kat aku then aku akan lepaskan kau"kata Syafiq seperti arahan.
"Aku nak gaduh. Sebab aku mafia, mafiakan suka gaduh. So jom gaduh"ajak Aryan selamba berpeluk tubuh. Izzaty memandang belakang Aryan dengan riak tidak percaya.
"One more thing, Huh"Aryan tersenyum sinis sambil menggaru kepalanya menggunakan pistol dari belakang seluarnya
"Izzaty bukan barang sampai hg nak main bak bak dengan aku"kata Aryan suaranya berubah sepenuhnya dan warna anak mata bertukar menjadi purple serta pistol itu mengacu ke arah Syafiq. Syafiq terkejut, namun dia berlagak biasa.
"Kau ni memang tak kenal aku siapakan"kata Syafiq terketar-ketar
"Aku memang tak kenai hg, tapi Akmal kenai"ujar Aryan lalu memetik jari. Akmal muncul dari semak-semak belakang Syafiq. Ikmal dan Syahrul muncul serentak di kedua-dua belah sisi Syafiq. Syafiq sekali lagi terkejut, memandang kesemua muka mereka. Syafiq dikepung oleh mereka.
Aryan memberi isyarat kepada Akmal supaya dia membaca maklumat tentang Syafiq sementara dia menenangkan Izzaty.
"Let me start okay? Ehem erm ergm"kata Akmal memperbetulkan suaranya seperti mahu membaca ucapan.
"Namanya Tunku Syafiq Haikal bin Tunku Zhalif umur 19 tahun. Belajaq kat Universiti Malaya. Anak tunggal. Ayah nama Tunku Zhalif bin Tunku Abdul Rashid. Mak nama Tunku Zainab binti Tunku Zulkifli. Dia couple dengan Izzaty selama 3 tahun lepastu putus sebab dia ada perempuan lain. And now he wants her after he knows about her precious family. Itu serba-sikit tentangnya."terang Akmal dengan malas.
![](https://img.wattpad.com/cover/138271979-288-k83311.jpg)
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
Sonstiges4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...