Selepas beberapa minggu, Izzaty dapat sekeping gambar ultrasound kandungannya. Dia memberikan gambar itu kepada Aryan.
"Dah dapat ultrasound. Kau nak tunjuk kat mak ke?" Tanya Izzaty kepada Aryan.
"Eh, of course!! Jom pi rumah mak sekarang." Ujar Aryan teruja. Mereka bertolak pergi ke rumah Puan Salmah.
"Mak atau mama?" Tanya Izzaty dalam kereta.
"Dua-dua." Terbuntang mata Izzaty mendengarnya.
"Kau gila eh?" Tanya Izzaty terkejut.
"Sayang, aku pun tau aku gila. Gila cinta kan hg." Kata Aryan membuatkan Izzaty ketawa kecil.
"Ada-ada ja kau ni. Jomlah rumah mama ke rumah mak ke? Kita bagitahu ja semua." Izzaty pasrah.
Sampai sahaja di rumah Puan Salmah, Aryan terus berlari masuk sambil memegang tangan Izzaty.
"Assalamualaikum!!" Aryan memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam. Eh, menantu mak dah balik!" Puan Salmah terus memeluk Izzaty. Aryan terpinga-pinga di situ.
"Mak! Anak mak kat sini, mak tak nampak??!" Ujar Aryan tidak percaya.
"Alah, anak mak seorang ni pun." Puan Salmah memeluk Aryan sambil menepuk belakangnya kuat. Tersedak Aryan disebabkan tepukan kuat maknya.
"Mak, Yan bawa balik berita gembira untuk mak ayah." Kata Aryan gembira.
"Berita gembira?! Izzaty, kamu...?" Puan Salmah tidak sambung kata-katanya. Izzaty mengangguk lalu memeluk Puan Salmah.
"Ty mengandung, mak." Izzaty sambung kata-kata Puan Salmah.
"Alhamdulillah, mak akan dapat cucu!" Ujar Puan Salmah gembira.
"Tapi mak. Aryan yang kena tanggung kesakitan tau." Kata Aryan sambil berpeluk tubuh.
"Maksud yan?" Tanya Puan Salmah.
"Mesti dia jadi macam ayah dia." Ujar Encik Sobri yang baru saja keluar dari bilik.
"Yan kena alahan tu?" Tanya Puan Salmah. Aryan mengangguk.
"Mah tak perasan si Amzar tu kadang lemah kadang sihat. Mesti sebab Aryan." Kata Encik Sobri. Puan Salmah pun mengangguk faham.
"Suruh Amzar bawa bersabar sikit. Yan, jaga isteri yan elok-elok."
"Baik mak!"
"Makk!!! Sampai hati mak cakap macam tu. Amzar penat tau dak mak. Tiba-tiba rasa nak muntah lepastu okay pastu nak muntah balik. Sakit tau dak mak!!" Luah Amzar tiba-tiba turun tangga menuju ke Puan Salmah.
"Tahanlah sikit. Nanti Amzar kahwin, Aryan pula kena." Aryan memandang wajah Puan Salmah dengan riak wajah tidak percaya.
Hebat mak aku olah balik-Aryan.
"Tapi..."
"Kakak ipar a.k.a kawan Amzar mengandung tu. Tak happy ka?" Celah Puan Salmah.
"Happy tapi terseksa." Ujar Amzar sambil menunduk kecewa.
"Tabahlah adikku." Aryan menepuk belakang Amzar.
"Dah! Sekarang menantu mak nak makan apa? Ada mengidam apa-apa tak?" Tanya Puan Salmah kepada Izzaty.
"Ty mengidam ayam goreng mak buat." Mohon Izzaty selepas berfikir.
"Ayam goreng? Boleh ja untuk menantu mak yang seorang ni." Puan Salmah teruja lalu menuju ke dapur.
"Aryan pi beli barang dapur sat. Nanti mak mesej barang apa nak beli." Arah Puan Salmah.
"Okay! Amzar jom." Ajak Aryan. Amzar pasrah lalu mengikuti langkah Aryan.
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
Acak4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...