Part 53

36 6 2
                                    

Aryan terbaring kaku di atas katil bersama wayar-wayar yang disambungkan di badannya ke mesin di Unit Rawatan Rapi.

Amzar juga terbaring kaku di wad biasa. Kembar yang berjaya, seorang sakit kaki, seorang lagi pun sama, seorang pengsan, seorang lagi pun sama, seorang koma, seorang lagi pun sama, Haih.

"Mak dengan ayah baliklah dulu. Hana, kaklong dengan Ad jaga depa dua malam ni"kata Farhana kepada Puan Salmah dan Encik Sobri.

Mereka berdua mengangguk dan mengatakan akan kembali petang nanti.

"Kami nak sambung buat kerja. Kami pergi dulu"ujar Akmal lalu menyalam Adrian, Encik Sobri dan Puan Salmah diikuti Ikmal dan Syahrul.

Izzaty berada di dalam Unit Rawatan Rapi bersama Aryan. Izzaty menatap muka Aryan walaupun dia sedang memakai alat bantuan pernafasan.

"Cepatlah bangun, Ryan. Janganlah lama-lama macam ni. Kau nak tinggalkan aku lagikah?"air mata Izzaty menitis tidak dapat menahan kesedihan.

"Sampai hati kau buat macam ni kat aku. Tinggal aku seorang lagi macam malam tadi. Kau tak sayang akukah?"

Tanpa sedar air mata jantan Aryan juga gugur walaupun berada dalam koma. Ya, pesakit yang koma dapat mendengar apa yang orang sekeliling berkata namun hanya dapat mendengar, bukan bercakap atau bergerak.

"Bangunlah cepat"Izzaty mencuit bahu Aryan yang dia cuit sebelum ini.

Terdengar bunyi pintu bilik Aryan terbuka, Izzaty mengelap air matanya yang sedang mengalir.

"Yan macam mana?"tanya Farhana lalu duduk di sebelah Izzaty.

"Macam tu la, kakngah"jawab Izzaty sambil memandang Aryan. Farhana memeluk bahu Izzaty untuk menenangkan dia.

"Izzaty tunggu saja k. Aryan ni kuat tau, dia akan sedar nanti"Izzaty mengangguk selepas apa yang diperkatakan oleh Farhana.

Izzaty meminta diri untuk pulang ke rumah. Raisya juga sudah tiba untuk membawa Izzaty balik.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Seminggu kemudian...

Adrian terkejut melihat Amzar sudah terjaga sedang bermain telefon pintarnya. Plastik makanan yang dia baru saja beli di bawah tadi terlepas dari tangannya.

"Amzar!! Hg okay dak? Sakit kat mana-mana dak? Kalau hg dah bangun, Aryan dah sedarlah kan??"tanya Adrian bertubi-tubi.

"Amzar okay, sakit dekat belakang saja dan ya, Aryan sudah sedar dan dia tengah mengamuk sekarang"kata-kata Amzar itu membuatkan Adrian terkejut. Tanpa membuang masa, Adrian terus berlari ke Unit Rawatan Rapi untuk melihat adiknya.

"ALANG! ARYAN KAT WAD SEBELAH SAJA!"jerit Amzar. Adrian terpaksa brek mengejut hingga dia hampir terlanggar doktor perempuan di hadapannya.

"I'm so sorry. Really sorry"ucap Adrian termengah-mengah lalu berlari kembali ke wad yang Amzar katakan.

Pada masa yang sama Fadhlina sedang menenangkan Aryan yang tengah mengamuk.

"Awat yan tak boleh jalan ni?? Aryan kena siapkan kerja yan. Lelaki babi tu belum terima apa-apa padah dari yan lagi!!"

"Aryan, sudahlah. Kaklong dah tanya doktor dah, ni cuma sementara saja. Aryan kena buat fisioterapi"Fadhlina mengangkat Aryan supaya kembali duduk di atas katil.

"Izzaty mana? Yan tak sempat minta maaf betul-betul kat dia. Dia ada kat mana?"tanya Aryan risau.

"Izzaty okey. Yan jangan risau. Semua orang sudah selamat sekarang. Pembunuh bersiri tu depa dah bagi kat pihak polis. Macam yang Aryan nak, depa dah seksa dia puas-puas"terang Fadhlina lembut. Aryan tidak melawan kali ni. Aryan duduk senyap seperti tiada apa yang berlaku. Fadhlina mula risau melihat perlakuan Aryan yang berubah secara drastik.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now