Part 12

124 12 0
                                    

"MASYA-ALLAH! Besaqnya!"riak wajah kami jelas terkejut

Bilik mesyuarat ini bukan seperti bilik mesyuarat, macam dewan. Dewan yang dihias dengan cantik dan kemas.

"memanglah besar almaklumlah sekolah kita ni ramai pelajar"kata seorang pelajar perempuan yang bernama Aisyah

Mulut kami masih ternganga sehinggalah ada dua orang lelaki menutup mulut kami empat. Yang menutup mulut aku dan Ikmal ialah Alif manakala mulut Akmal dan Syahrul ditutup oleh Hakim. Kami hanya mampu tersengih.

Kami mencari tempat untuk kami duduk. Aku memilih tempat duduk yang agak dekat dengan meja cikgu

Selepas beberapa minit, cikgu penasihat akhirnya masuk ke dalam bilik ini.

"saya merupakan cikgu penasihat bagi kelab kebudayaan. Nama saya ialah Puan Sufwatun Iffah binti Omarudin. Kamu semua boleh panggil saya Cikgu Iffah"jelas cikgu itu.

"saya akan tanda kehadiran kemudian saya akan terangkan mengapa korang semua perlu berada di sini"

"saya mulakan dengan tingkatan 5 dulu"

"Muhammad Alif"              "saya"
"Nurul Alya"                        "saya"
"Nur Aisyah"                      "over here"
"Aira Syafira"                     "saya"
"Siti Sarah"                        "saya"
"Muhammad Aiman"         "saya"
"Muhammad Hakim"         "saya"
"Nurul Izzaty"                      "saya"
"Nurul Farahlyana"             "saya"

"ingat tu nama bakal bini hg"bisik Ikmal ke telinga Akmal. Akmal menjeling Ikmal lalu memijak kaki adiknya itu. Ikmal mengaduh sakit dan menepuk paha abangnya berkali-kali supaya mengangkat kakinya.

"Nur Amira Safira"             "saya"

Akmal mengangkat kening dan tersengih kepada adiknya. Ikmal hanya mampu menjeling abangnya lalu buat-buat merajuk

"Nur Sofia"                            "saya"
"Muhammad Aryan"            "saya"
"Muhammad Akmal"            "saya"
"Muhammad Ikmal"              "saya cikgu"
"Muhammad Syahrul"          "......"
"Muhammad Syahrul ada kat sini dak?"mata Cikgu Iffah seperti mencari-cari nama yang baru disebutnya itu

"ada cikgu...dia tengah syahid"kataku lalu menepuk-nepuk belakang Syahrul. Makinku menepuk makin kuat sehingga membuat dia terbangun lalu menampar bahuku

"awat hg tampaq akuuuuu"kata Syahrul sambil mengeliat dan menguap

"pusing depan"kataku dingin sambil menjuih bibir ke hadapan

Syahrul memusing ke hadapan
"ohh! Assalamualaikum cikgu"secara selamba Syahrul memberi salam

Cikgu Iffah seperti ingin ketawa namun ditahannya

"Waalaikumussalam. Saya ingat kamu sudah hilang dibuai mimpi"Cikgu Iffah memerli Syahrul.

Semua orang ketawa kecil selepas mendengar perlian panas dari Cikgu Iffah kepada Syahrul membuatkan Syahrul tersengih

"amboi, cikgu! Perli saya nampak"kata Syahrul seperti terasa sedikit dengan perlian Cikgu Iffah

"saya ni dahlah budak baru"kata Syahrul dengan perlahan namun dapat didengari oleh Cikgu Iffah

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now