Part 55 (Perkahwinan)

49 5 1
                                    

Dua bulan sudah berlalu, kaki Aryan juga sudah boleh berjalan dan berlari.

Ibu bapa masing-masing sudah bersetuju akan buat majlis perkahwinan sebaik sahaja kaki Aryan sudah pulih dan kesihatan mental Izzaty juga pulih. Dirinya seperti diri yang dahulu.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Masjid Puncak Alam. Masjid yang tercantik dan terkenal dengan keindahannya terutamanya pada waktu malam.

Majlis bersanding dan perkahwinan pula akan berlangsung di Hotel Dragon Blanco milik White Dragon di Dewan Te Quiero.

Hotel yang terbesar, terindah dan tercantik di Malaysia. Rekaan alam semula jadi, dindingnya dicat warna putih, hitam dan kelabu membuatkan hotel itu nampak elegan. Dan akhir sekali, hotel ini ...... Tidak wujud ya anak-anak. Hanya rekaan saja. HAHAH

Markas DK

Semua orang dalam itu tengah sibuk berlatih sebagai persediaan. Ketua-ketua mereka pula dalam situasi tegang.

"Esok kita kahwin... Masalah BS belum selesai... Humairah pula akan menyerang masa kita nikah... Mansor aku rasa dia datang masa majlis perkahwinan kita"kata Aryan sambil pisau bermain di leher patung untuk latihan mereka.

Mana aku dapat maklumat semua ni? Lupakah aku ada spy untuk Humairah dan Mansor? Hokhok-Aryan.

"Aku rasa kita ready ja sekarang. Lagipun WD tolong kita so senang sikit kerja kita"kata Ikmal.

Semua orang bersetuju dengan Ikmal.

"Korang dah nak kahwin dah. Aku ni bila lagi tah"kata Amzar sendu.

"Hg jangan risau. Nanti hg kongsi dengan Aryan"seloroh Syahrul. Pisau di tangan Aryan itu dilemparkan dan sikit saja lagi mahu mengenai pipi Syahrul. Syahrul menelan air liur kelat.

"Hg ingat bini aku tu barang nak main kongsi. Pala hotak ang"marah Aryan. Syahrul tersengih kambing. Amzar menggeleng kepala.

Masing-masing buat kerja sendiri memandangkan esok akan menjadi hari yang sibuk sebagai seorang anak kepada ibu bapa yang ramai kenalan dan sebagai seorang mafia untuk menyelesaikan musuh.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Masjid Puncak Alam

Hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Para tetamu sudah tiba begitu juga para pengantin. Para? Pengantin ada lapan orang nyah. Sila baca balik part 15 untuk baju pengantin mereka ya~

"Ini lagi hebat ketaqnya daripada ambil ujian latihan masa kita kecik dulu"kata Ikmal sambil tangannya dilibas-libas kerana sejuk.

"Hg tau tak pa. Masa tu kita tengah bersedia untuk masuk dunia mafia"kata Syahrul pula.

"Jantung aku laju tho"Aryan memegang dadanya dan dapat merasa betapa lajunya jantung dia berdegup.

"Aku nak ketaq pun tak boleh, aku kena sentiasa ada dengan ipad"kata Akmal sambil membuat kerjanya.

"Hg ni. Nak kahwin dengan Farah ka nak kahwin dengan Ipad?"tanya Aryan pelik.

"Sabarlah. Aku tengah siapkan kerja aku. Sikit ja lagi"kata Akmal sambil menaip sesuatu.

"Okay dah. Harraz, mai ambik ipad aku. Tengok-tengokkan kalau ada masalah berlaku terus maklumkan"kata Akmal sambil menekan earpod di telinganya.

Harraz datang ke bilik menunggu bos mereka lalu mengambil ipad milik Akmal. Dia memberi thumbs up sambil tersengih kerang busuk lalu keluar dari bilik itu.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now