Part 70

49 5 4
                                    

Sudah 3 hari Aryan muntah tanpa sebab membuatkan dia tiada selera nak makan. Izzaty hairan dengan suaminya yang tiba-tiba muntah dan tak lalu nak makan makanan yang dimasak atau dibeli. Paksa pergi klinik, ditolak katanya sikit sahaja. Degil ya amat.

"Ryan, jomlah pergi klinik. Dah 3 hari kau tak makan, nanti grastik." Pujuk Izzaty kepada Aryan yang sedang terbaring.

"Ryan!!"

"Yelah..jom..."Ujar Aryan lemah lalu bangun dari baringnya dan berjalan keluar dari bilik selepas mengambil telefon dan dompetnya. Izzaty mengeluh lega dan mengikuti langkah Aryan selepas menyarung tudung sarung dan mengambil telefon serta dompetnya.

Izzaty menolak Aryan dari masuk ke tempat pemandu. Izzaty terus memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Aryan pasrah lalu masuk ke dalam kereta tempat penumpang.

Izzaty memandu kereta menuju ke klinik berdekatan. Sampai sahaja di klinik, Izzaty tolong daftar untuk Aryan manakala Aryan sedang terduduk lemah di atas kerusi.

"Boss okay tak?" Tanya Fahim melalui earpod.

"Aku asyik muntah beberapa harini, tu pi klinik." Jawab Aryan lemah.

"Get well soon, boss." Ujar Fahim memberi semangat kepada bossnya itu.

"Okay." Jawab Aryan perlahan.

"Berbual dengan sapa tu?" Tanya Izzaty yang baru saja habis mendaftar.

"Fahim." Jawab Aryan. Izzaty mengangguk sambil melihat Aryan yang menyandarkan badannya itu. Selepas beberapa panggilan, akhirnya giliran Aryan. Izzaty membantu Aryan masuk ke bilik doktor.

"Kenapa ya?" Tanya doktor itu sambil melihat Aryan yang lemah dan pucat itu.

"Suami saya muntah sejak 3 hari ni." Jelas Izzaty. Doktor itu mengangguk lalu memeriksa suhu Aryan. Normal.

"Encik ada makan sesuatu yang sudah basi?" Tanya doktor itu. Aryan menggeleng. Doktor itu berfikir sejenak sambil melihat pasangan suami isteri ini silih ganti. Dia meminta diri sebentar lalu berlalu pergi ke bilik lain meninggalkan Aryan dan Izzaty.

"Ryan nak minum air tak?" Tanya Izzaty perlahan.

"Taknaklah, nanti muntah lagi." Aryan menolak. Doktor itu kembali dan menarik nafas panjang sebelum menyambungkan kata-kata.

"Saya sarankan encik dan puan pergi ke hospital dan berjumpa doktor ini. Encik boleh dapatkan titisan iv memandangkan encik kekurangan air." Jelas doktor tersebut sambil memberikan surat kepada Izzaty.

"Doktor sakit puan?" Tanya Izzaty tidak percaya. Aryan memandang Izzaty dan doktor itu silih ganti.

"Belum cuba, belum tahu." Ujar doktor itu sambil tersenyum manis.

Aryan dan Izzaty keluar dari bilik doktor dan terus menuju ke hospital yang ditulis dalam surat itu. Izzaty memberikan surat itu kepada kaunter pertanyaan sebaik sahaja sampai di hospital. Jururawat itu meminta rakannya membawa Aryan ke kecemasan untuk titisan iv. Jururawat itu meminta Izzaty melakukan pemeriksaan dan kemudian menunggu sebentar memandangkan waktu itu waktu rehat. Pukul 2 adalah masa dia berjumpa dengan doktor sakit puan, sekarang pukul 1.22 tengah hari.

Aryan baring di atas katil sambil menunggu cecair iv habis. Izzaty yang baru selesai melakukan pemeriksaan memandang Aryan yang sedang baring itu.

"Ryan." Panggil Izzaty perlahan. Aryan memandang Izzaty sambil menjongket sebelah kening.

"Takdak apalah. Tidurlah, bila dah habis nanti, aku kejut kau." Kata Izzaty sambil tersenyum manis. 

Pukul 2

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now