Part 58

49 7 0
                                    

Markas DK

Ikmal dan Syahrul sedang menyeksa Jack di bilik seksaan. Syahrul meletakkan batu yang baru saja dipanaskan dengan api di atas paha Jack menyebabkan Jack menjerit kesakitan.

Dia mengangkat batu itu dengan penyepit besi lalu meletakkan kembali. Suara jeritan Jack semakin kuat kerana batu itu letak di tempat yang sama.

"Nak bagitau rahsia hg ke dak la ni?"tanya Ikmal sambil mengasah pisaunya. Syahrul mengangkat batu itu.

"A..ku.. takkan.. bagitahu.. apa-apa langsung kat kau.."kata Jack termengah-mengah.

Ikmal mendekatkan bilah pisau itu di pipi Jack. Jack menelan air liur kelat.

"Hg nak aku toreh muka hg? Aku tulis 'aku jack si anjing'"kata Ikmal sambil membuat demonstrasi di udara.

"Korang memang kejam!"

"Terima kasih"kata Ikmal dan Syahrul serentak.

"Oi! Dia dah bukak mulut ka belum?"tanya Akmal menjengah masuk ke dalam bilik.

"Belum nyah. Aku rasa dia dah bertekad takmau buka mulut"jawab Ikmal sambil menoreh tangan Jack seperti menulis di atas kertas.

"Cuba bagi air panas menggelegak suruh dia minum. Confirm buka mulut"Akmal bagi cadangan lalu menutup pintu.

Ikmal pandang Syahrul, Syahrul pandang Ikmal. Masing-masing tersenyum sinis lalu memandang Jack.

"Korang asal??"Jack mula rasa takut dengan muka mereka berdua itu.

"Hg nak buka mulut sekarang ka nak minum air panas menggelegak?"tanya Ikmal.

Jack mendiamkan diri.

"Diam tu maksudnya nak minumlah tu kan?"kata Ikmal, kebetulan Syahrul masuk ke dalam bilik seksaan bersama air panas yang betul-betul menggelegak.

"Nah minum"Syahrul baru saja mahu menuang air itu di mulut Jack.

"Okay okay!! Aku bagitahu!!!"Jack mengalah selepas setitis air panas menitis atas kakinya.

"Markas Black Shadow ada di Osaka, Jepun! Kitaorang benci sangat dengan Death Killer ni sebab korang dah rampas perniagaan kitaorang!"Jack bercakap jujur kali ni. Minta-mintalah, kalau tidak kena minum air panas lagi.

"Bila masa kami rampas perniagaan Black Shadow, bangsat?!"Aryan tiba-tiba masuk. Tepat pada waktunya.

"Kitaorang patutnya syarikat yang paling terkenal tapi korang muncul dengan produk yang lebih kurang sama dengan kitaorang"

"Kepala bapak kau! Dah syarikat ayah aku boleh maju sampai ke luaq negara, benda tak boleh halang. Eii!!!"Aryan mahu saja menampar pipi Jack itu berkali-kali.

"So, korang takkan stop sampailah syarikat ayah kitaorang gulung tikar?"tanya Amzar yang masuk bersama Aryan tadi. Jack mengangguk.

"Itulah. Hg patutnya bagitau awai-awai. Takdaklah hg sakit teruk macam ni"kata Syahrul sambil membelai luka Jack yang berdarah itu.

"Melepas aku nak toreh muka hg"kata Ikmal sambil bermain pisau di pipi Jack.

"Ikmal! Ingat janji KB!"pesan Akmal kepada adik kembarnya itu.

"Haih! Yelah!!"Ikmal terus keluar dari bilik seksaan. Iris dan Danish masuk ke dalam untuk merawat dan membalut luka Jack. Selesai sahaja, mereka mengusung dia ke bilik kurungan.

"Selesai satu masalah. Sekarang, kita kena fikir macam mana korang nak pergi Jepun nanti dengan beristeri"kata Amzar.

"Kita nak pi sebelum honeymoon ka selepas? Tanya Akmal.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now