"WEHH!"kami berempat menuding jari pada arah yang sama
"KORANG!"mereka berempat membuat perkara yang sama juga
Keluarga kami memandang kami dengan penuh tanda tanya.
"apa korang buat kat sini?"tanya Farah kepada kami
"soalan tu eloklah sikit. Nampakkan ada tetamu. Tak nampakka?"soalan dibalas soalan. Akmal menunjukkan kearah adik-beradik aku dan kami bertiga
"korang tetamu ke? Tak tahu pulak aku. Aku ingatkan diorang ni je"sinis sahaja Farah berkata sambil menunjukkan ke arah keluargaku membuatkan Akmal membara
"hg! Aku ci....adoiii! Sakitlaahhhh!"tidak sempat Akmal menghabiskan kata-katanya aku mendahului dengan menampar belakangnya. Aku tahu apa yang ingin dia katakan so better aku bertindak dahulu sebelum nasi menjadi bubur
"aku ci apa? Aku ci apa? Nak aku cincang kau habis-habisan?"kata Farah mencabar kesabaran Akmal.
Tiba-tiba ada satu tangan memegang bahu Farah dengan kuat membuatkan dia mengaduh kecil
"kau kenapa sia?"tanya Farah kepada Izzaty
"depan tetamu kau cari gaduh asal? Depan family aku, family kau, family Mira Sof. Depan family diorang kau nak cari pasal asal? Tak dak adab??"Izzaty bertanya dengan soalan yang agak mengerikan walaupun hanya berbisik. Aku sendiri terkejut dengan sikap Izzaty
Farah terdiam. Dia sudah melebih-lebihkah? Farah mula mendiamkan diri kerana takut jadi semakin biadap
"jap jap. Tolong jelaskan apa yang berlaku?"Adrian membuka suara setelah lama berdiam diri
"kami satu kelas. Dan kami ni macam biasalah kan suka kacau orang. So kami buat keputusan nak kacau depa. Dengki kot tu"Ikmal menjelaskannya agar semua orang boleh memahami situasi yang sedang berlaku
"maafkan anak auntie. Dia tu memang macam tu. Mulut laser"seorang wanita bersuara dengan meminta maaf
"ummiii!"Farah berasa malu kerana umminya meminta maaf kepada kami terutama kepada Akmal
"takpalah auntie. Kat sekolah pun depa rajin dok bertengkaq. Benda kecik pun depa bertengkaq"terang Ikmal membuatkan mereka ingin ketawa. Yalah kan Ikmal saja membuat suara seperti perli
"tapi baguslah kalau korang semua dah berkenalan"seorang lelaki yang agak putih-putih cina itu berbicara membuatkan kami berlapan sekali lagi tertanya-tanya
"BOLEH TAK TERUS-TERANG SAJA"aku dan Izzaty secara kebetulan berkata secara serentak
"Apa sebenarnya yang berlaku ni...dalam minda kitaorang ni dah penuh dengan persoalaan apa yang sedang berlaku. Please la bagitau!! Kitaorang dah mula sakit kepala dah ni dok fikir apa yang tengah berlaku"Izzaty membebel tetapi dengan cara sopan
"janganlah buat kami ni macam tunggui kayu"aku menambah lagi menyokong bebelan Izzaty
"okey, kaklong nak hampa semua bertenang dulu. Makcik, maafkan adik kaklong dan kawan-kawan dia makcik. Depa ni memang agak tak sopan bila ada rakan depa"Fadhlina cuba untuk tenangkan suasana
"tak mengapa. Anak makcik pun apa kurangnya. Dia tu nampak saja dingin tapi dia tak dingin mana pun"terang Puan Foziam membuatkan pipi Izzaty kemerahan seperti tomato
"mamaaa!"Izzaty merengek supaya mamanya tidak menceritakan tentang dirinya
"ha sudah sudah. Jom makan. Habis tergendala suasana makan kita"makku berhentikan kami semua dari bercakap lalu menyuruh Fadhlina dan Farhana untuk menyedok mi dan kuah kari ke dalam pinggan. Anak Puan Foziam juga begitu.
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
Random4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...