Izzaty pov
Aku terdengar perbualan makcik-makcik bawang sebentar tadi
Katanya ada 4 pelajar lelaki baharu, diorang kata budak baru tu hensem-hensem belaka.
Aku hanya buat tak tahu saja lalu aku pergi ke arah kawan-kawanku.
Habis sahaja perhimpunan, kami masuk ke kelas tanpa perasan bahawa mereka betul-betul berada di hadapan kami ketika itu
Selepas sahaja kami duduk di tempat masing-masing, terus sahaja Cikgu Shrina selaku guru tingkatan masuk ke kelas.
Empat budak lelaki itu pun masuk. Aku usha grup perempuan gedik. Pergh! Kemain diorang senyum sampai ke telinga dengan mata bersinar. Aku pandang muka rakan-rakanku. Farah seperti biasa tiada reaksi namun ada senyuman kecil dibibirnya. Mira mata dia sudah bersinar-sinar melihat orang yang tepat dihadapannya walaupun diselangi beberapa meja. Sofia pula muka dia sudah berbahang. Aku lihat dia seperti malu dengan budak yang sedang buat muka monyok.
"takdak sapakah nak tanya pasai aku?"kata budak yang bernama Syahrul dengan muka monyok
"single taken?"tanya seorang budak perempuan. Aku memandang perempuan yang bertanya itu. Tak silap aku namanya Yasmin.
"single mingle lingle jungle"jawab Syahrul sambil tersenyum
"jom couple"pinta Yasmin tidak tahu malu
"ya Allah..wehh ada orang mintak couplelah"kata Syahrul dengan mata dibuat-buat bercahaya
Aku macam....what the fish? Macam ni laki yang kau nak Sof..seriesly. Aku memandang Sofia, ternyata senyumnya makin kendur.
"couple itu HARAM masuk NERAKA TOKNEK"kata Ikmal sambil menyilang tangannya kemudian meluku kepala Syahrul
"uish,terasa masuk ke dalam lubuk hati membuatkanku insaf SEKEJAP"Syahrul menyambung drama kemudian kembali kepada biasa
"aku masih muda hg panggil aku toknek"Syahrul berasa geram sambil memegang kepalanya. Aku pun hampir tergelak dengan sketsa dibuat-buat diorang.
Cikgu Shrina menyuruh mereka duduk dibelakang kami. Aku lihat muka tiga kawan aku ni. Tiga-tiga kemain senyum diorang. Aku berdoa dalam hati semoga dijodohkan ye.
"berapa tahun hampa biaq meja ni?"aku terdengar seseorang membebel. Terbuntang mataku apabila melihat Akmal membebel seperti mak-mak bebel dekat anak-anak
"jadilah pembersih sikit hampa ni pon..kelas kotoq, dinding penuh dengan tapak kasut. Apa hampa ni..sekolah ni takdak AJK keceriaan kelaskah?" 'ni mesti kuat bebel dekat adik-beradik dia ni' tekaan aku sahaja
Aku cuba menyusun ayat untuk menjawab pertanyaan Akmal. Akhirnya kepala otak aku berjaya menyusun ayat
"maaflah,meja tu dari tahun lepas lagi. Kitaorang nak letak tempat meja dengan kerusi yang sudah rosak tapi tak boleh sebab masih elok so kitaorang biar kat situ jer"berjaya juga aku menyusun ayat.
Tiba-tiba Farah menyampuk,"kau jelah jadi AJK Ketua Keceriaan"
Aku mencuit Farah lalu bertanya sekadar suara berbisik"kau ni sejak bila jadi berani?"
"aii..bukan aku memang macam ni ke?"tanya Farah kembali. Terkelu lidah aku
"hmm..k fine. Aku tak tau nak jawab apa"kataku mengalah. Farah pun menepuk tangan perlahan.
Skip
Aku pergi beli makanan dahulu sementara Mira menjaga tempat, Sofia beli air untuk kami empat dan Farah pergi ke bilik guru sebentar. Selesai aku membeli makananku, Hannah dengan sengaja melanggarku. Mee goreng yang dibeliku terjatuh dicium lantai. Habis lekat bajuku dengan mee goreng itu. Baju dia takdaklah kotor mana. Yang paling teruk pun aku, dia cuma kena sikit saja. Tapi macam dia yang kena teruk.
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
Random4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...