Pukul 1 pagi
"Cepat-cepat! Jangan terhegeh-hegeh, kalau tak kita akan duduk sini sampai subuh"ugut Cikgu Saw. Semua orang terus datang ke hadapan cikgu-cikgu pembimbing dan Pembimbing Kem. Besties Boyzz dan White Dragon saja yang segar kerana kerap melakukan aktiviti ini ketika latihan mafia.
"Duduk dalam kumpulan yang bergabung, kemudian kami akan jarakkan korang dalam 100 meter. Tugas kamu, kamu semua kena cari setiap ahli kumpulan kamu, berkumpul kemudian datang ke sini dengan selamat. Kalau ada masalah bunyikan wisel mengikut nombor kumpulan kamu. Disebabkan kamu semua bergabung, jadi kumpulan 1 dan 2 akan bunyikan wisel sekali sahaja tetapi panjang, kumpulan 3 dan 4 bunyikan wisel sebanyak 2 kali dan kumpulan yang lain pun sama"terang Emma kepada mereka yang separa sedar.
"Eeee, taknaklah. I nak tidur. Huarghh!"
"Malam-malam macam ni nak jalan-jalan ke? Omaigad no way"
"I dahlah penakut huhu. Aryan, can you teman I?"
"Akmal, teman I please"
"Syahrul, jomlah kita jalan sama-sama nak?"
"Ikmal, pleaseee"
"Gedik gedik meqela aush"Zulaikha merungut sendiri antara Besties Girlzz. Mereka pun buat muka geli.
"Kalau korang nak jadi berani, inilah masanya! Aryan hanya ketua untuk menjaga SEMUA bukan seorang sahaja ya budak perempuan yang berada di belakang itu! Dah penakut, bila nak jadi berani? Tabahkan hati. Cikgu-cikgu mesti suruh korang bawa air yaasin dan surah yaasin also baca doa-doa pelindung diri. Ingat! Bukan kita saja yang ada kat dunia ni. Jangan risau, kami takkan hantar korang masuk jauh ke dalam hutan hanya berdekatan sini saja. Kami akan berikan peta dan lampu suluh kepada semua orang, cari ahli kumpulan kamu sahaja! Kalau nampak benda jangan tegur atau buat sesuatu yang bodoh. Biarkan dia dan kamu hanya perlu cari ahli kamu sahaja. Ha satu lagi, kalau benda tu ganggu kamu, baca doa-doa pelindung diri, kalau tak tau berzikir pun dah cukup lepastu abaikan dia. Benda-benda ni suka kat orang yang penakut jadi tabahkan hati korang."Alexa mengingatkan mereka dan menekankan perkataan 'semua'. Besties Boyzz memberi thumbs up kepada Alexa kerana dia tak sama macam di KB.
Ustaz bersedia dan membacakan doa pelindung diri sebelum memasuki hutan.
Pembimbing Kem membawa mereka masuk ke dalam hutan satu kumpulan demi satu kumpulan.
"MULA CARI SEKARANG!"Alex menggunakan speaker supaya semua orang boleh mendengarnya.
Ketika aktiviti night-walking berjalan, macam-macam bunyi jeritan ada. Terutamanya suara perempuan yang gedik-gedik itu.
Dan ketika itu jugalah, Humairah bersedia untuk menculik Izzaty kerana mengganggu hubungan Humairah dan Aryan. Mike hanya mengikutinya dan menggunakan alat yang diberi oleh Tommy iaitu alat penjejak, kamera tersembunyi dan perakam suara sebagai bukti dan mudah untuk menjejakinya.
"Tadi.....Rafiq bawak Ryan pergi mana eh? Sini ka? Ka belah ni? Aku lupalah erm"Izzaty bermonolog sendirian sambil melihat peta dan sekeliling.
"Ryan cakap jumpa dekat tempat Adam sebab Adam yang paling dekat dengan tapak kem....so aku kena lalu sini tapi aku nak cari Mira dulu. Mira kat mana eh??"Izzaty masih lagi di tempat yang sama memikirkan jalan mana yang patut diambil. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melalui jalan balik kem untuk berjumpa dengan Adam.
"ARGHHHH!!!!"Izzaty terkejut mendengar jeritan dari dalam hutan sebelah kanan.
"AllahuAkhbar. Terkejut aku!"Izzaty mengurut dadanya lalu terus berjalan mengikut peta.
Tiba-tiba Humairah muncul dari belakang lalu meletakkan sapu tangan yang dipenuhi dengan kloroform di mulut dan hidung Izzaty. Izzaty menjerit seketika namun terus pengsan selepas menghidunya.
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
De Todo4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...