Part 50

43 8 0
                                    

Rumah Ibu bapa Fawwaz

"Ibu?? Ibu?"Fawwaz memanggil ibunya iaitu Datin Fatimah.

"Ibu ada di belakang!"jerit Datin Fatimah dari halaman belakang. Fawwaz melangkah terus ke pintu rumah belakang.

"Ibu, kenapa abang tak dapat contact dengan Fadhlina?"soalan Fawwaz membuatkan Datin Fatimah tersentak seketika daripada berkebun.

"Mana ibu tahu. Kenapa tanya ibu?"Datin Fatimah menafikannya sambil sambung kembali kerjanya.

"Ibu, abang tahu ibu yang buat. Fadhlina tunggu abang 4 tahun tau, ibu. Sampai hati ibu"

"Biarlah dia tunggu. Tunggu sampai 40 tahun pun ibu tak kisah. Sudahlah miskin, takdak pangkat pula tu ada hati nak jadi menantu ibu"kata Datin Fatimah dengan nada geram dan berlagak.

"Sekarang ibu nak cakap tentang pangkat? Mana lagi penting, ibu! Pangkat ka hati abang?! Kalau abang tahulah ibu nak buat macam tu, abang tak patut setuju masa ibu paksa abang pergi Jordan dulu"Fawwaz geram dengan sikap ibunya yang asyik cuba merenggangkan hubungan dia dan Fadhlina.

"Ibu dah benarkan abang bertunang tu pun sudah cukup. Sampai situ saja ibu nak"tegas Datin Fatimah berkata selepas berdiri menghadap Fawwaz.

"Ibu ingat bertunang tu pun dah cukup? Abang nak isteri, nak anak, nak bahagia dengan Fadhlina. Senang saja ibu cakap macam tu kan?"

"Nanti ibu carilah isteri untuk abang. Ibu taknak Fadhlina jadi menantu ibu"

"Hebat ibu. Ibu mesti buat macam tu dekat kakak sebab tu kakak tak nak duduk dengan ibu. Abang hairan tau, sebelum hari nikah kakak, kakak bertunang dengan orang lain dan kakak nampak bahagia. Masa hari nikah, abang tengok suami kakak dah jadi orang lain. Rupa-rupanya semua tu kerja ibu. I'm speechless."Fawwaz berjalan masuk kembali ke dalam rumah meninggalkan ibunya.

"Abang!!! Fawwaz!!"

Fawwaz memekakkan telinganya. Dia melangkah pergi meninggalkan rumah lalu memasuki ke dalam perut kereta untuk pergi menenangkan diri.

"Ish! Budak ni! Tak habis-habis dengan Fadhlina tu. Aku tak patut setuju masa diorang nak bertunang"monolog Datin Fatimah geram.

Seorang lelaki yang agak berumur datang lalu menyandar pada pintu sebelah kiri.

"Saya sudah kata, biarlah diorang nak bahagia dengan siapa pun diorang nak tapi awak degil nak ikut pangkat. Awak kahwin dengan saya pun masa tu awak mana ada apa-apa pangkat. Saya terima saja"kata Dato' Jaafar.

"Kenapa tiba-tiba ungkit tentang hal itu? Benda dah lama. Saya tak nak diorang terseksa sebab miskin tau. Niat saya baik abang"

"Niat awak memang baik sebab tak nak diorang terseksa tapi awak sendiri yang seksa anak-anak awak sebab tak benarkan diorang cari kebahagiaan sendiri"Datin Fatimah terdiam.

"Saya dah dengar. Awak block Fawwaz dalam e-mel Fadhlina sebab tu dia tak dapat apa-apa e-mel dari Fawwaz. Sampai hati awak ya. Saya tak tahu nak cakap apa dekat awak. Saya cuma harap Fadhlina dapat maafkan awak sebagai mak mertua selepas Fawwaz dan dia berkahwin"

"Ni keputusan saya. Awak jangan membantah. Cukuplah awak buat dekat Fatin dulu. Padahnya, dia taknak balik rumah langsung,"Dato' Jaafar menyambung kata-katanya apabila melihat Datin Fatimah berkerut dahi seperti mahu membantah.

Dato' Jaafar masuk kembali ke dalam rumah meninggalkan Datin Fatimah seorang diri.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now