"Boss kena jumpa doktor ni. Aku syak tulang belakang boss ada masalah." Ujar Wan. Wan seorang doktor pakar jadi dia tahu dan dapat merawat orang yang berada di dalam markas DK. White Dragon mestilah dah pulang ke markas mereka sendiri.
"Tulang belakang pun nak cari masalah dengan aku." Monolog Aryan sendiri. Aryan cuba berdiri dan menegakkan tulang belakangnya.
"Adudududu..." Aryan mengaduh sakit.
"Hg dah macam orang tua bunyi macam tu." Ujar Ikmal.
"Salahkan sumo gergasi tu pi hempap belakang aku dekat dinding. Sakit au." Kata Aryan dengan nada geram.
"Yang kau gatal lawan dengan sumo tu pahal? Aku dah larang, kan?" Bebel Amzar.
"Terpaksa." Aryan memuncungkan mulutnya.
"Mengada-ngada." Sindir Akmal yang sedang mendongak itu kerana Wan sedang membersihkan luka di dagu dan pipinya.
"Boss!!! Ada masalah!!" Jerit Alex tercungap-cungap lari masuk mendekati boss-bossnya.
"Awat?" Tanya Aryan pelik.
"Anak babi tu cuba nak cederakan isteri-isteri boss semua." Jelas Alex membuatkan Besties Boyzz memandang bersilih ganti. Mereka semua terus berlari keluar ke arah isteri kesayangan mereka. Lantaklah sakit belakang ka, sakit kaki ka, mereka semua pecut berlari menghiraukan rasa sakit itu. Amzar juga berlari mengikuti mereka.
Pang!!!!
Besties Boyzz memperlahankan kelajuan larian mereka selepas terdengar bunyi tamparan itu.
"Kau tu sedar diri tu sikit!! Kau tu anak musuh suami aku tau!! Kau jangan ingat kau duduk sini dengan selesa, kau boleh selamat pastu kau nak buat semua benda sesuka hati kau ja! Suami aku tu bila-bila masa ja boleh bunuh kau!! Suami aku just nak pergunakan kau so kau patut bersyukur kau masih bernyawa!!" Jerkah Izzaty dengan nada marah.
Aryan kagum melihat sisi Izzaty yang satu ini tetapi pada masa yang sama, gerun...
"Eh, kau ingat kitaorang tak tahu yang kau cuba nak melarikan diri. Dengan pisau mainan yang kau bawa tu, ingat semua orang kat sini takut? Diorang mafialah. Mafia paling digeruni di seluruh dunia." Ujar Mira sambil memeluk sebelah bahu Dila. Dila menelan air liur kelat.
"Let me take this please. Budak kecil tak boleh main pisau ni. Pisau warna pink yang kecil dan plastik tu, baru kau boleh main." Sofia mengambil pisau itu dengan memegang bahagian keluli itu. Dia memegangnya dengan ibu jari dan jari telunjuk. Syahrul mula risau dengan tindakan Sofia itu tetapi Aryan menahannya dari mendekati mereka.
"Masuk balik bilik kau sebelum ketua mafia bunuh kau." Kata Farah sambil tersenyum sinis. Dila berjalan perlahan-lahan meninggalkan mereka. Dia bertembung pula dengan ketua-ketua mafia. Dia berjalan sambil menunduk takut untuk memandang wajah mereka.
Besties Boyzz berlari anak mendapatkan Besties Girlzz. Masing-masing kagum dengan keberanian isteri mereka itu.
Akmal terpandang lengan Farah yang terhiris dan berdarah itu.
"Ni pesaipa ni??" Tanya Akmal risau sambil melihat luka yang agak panjang di lengan Farah itu.
"Budak tu main-main dengan pisau pastu terkena aku." Jawab Farah.
"Anak babi tu...aku tak kisahlah dia budak ka perempuan aku dah tak kisah!" Akmal terus berlari mengejar Dila. Akmal menghiraukan panggilan Farah yang memanggilnya berkali-kali itu.
"Biarkan saja. Bila dah jadi anak babi, selamanya anak babi." Kata Ikmal.
"Tapi dia budak lagi..." Kata Mira menderet.
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
De Todo4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...