"Dasar Mansor orang tua bangsat tak guna!" Maki Aryan geram.
"Marah nau.." Kata Akmal kepada Aryan sambil berpeluk tubuh dan sandar pada dinding.
"Marahlah!! Time Izzaty tengah mengidamlah, nak menyerang pun!!" Amarah Aryan sambil meraup wajahnya kasar.
"Kesan Izzaty mengandung tu sampai emosi pun tak stabil." Bisik Syahrul kepada Ikmal. Ikmal mengangguk tanda setuju.
"Sabar Aryan, sabar. Kau lupa ke aku yang patut kena kesian. Aku ni yang kena tikam tau, bukan bini kau." Aryan menjeling Amzar. Meremang bulu roma Amzar apabila dijeling tajam begitu.
Pap!
"Sakit hanat!" Akmal menampar belakang kepala Aryan untuk memberikan kesedaran.
"Bawa bertenang, papan. Aku tau Izzaty bagi kesan kat hg tapi sekarang hg kena fokus dan bertenang. Sebelum aku tumbuk muka hg, bertenang sekarang." Bebel Akmal. Kembali sudah mak Akmal yang suka bebel.
Ikmal tengok Syahrul, Syahrul tengok Ikmal. Mereka berdua lari mendapatkan Aryan dan membawanya masuk ke dalam pejabat.
"Abang aku dalam mood mak mak so lebih baik hg bertenang sekarang." Kata Ikmal sambil menuding jari ke muka Aryan.
"Pesaipa?" Tanya Aryan pelik.
"Hg... Serieslah, yan..." Ikmal menekup mulutnya tidak percaya Aryan bertanya kenapa.
"Awat awat?! Pesaipa? Ada apa?" Aryan kalut selepas melihat Ikmal yang beriak wajah tidak percaya.
"Aku tak sangka hg sebenaqnya kawan aku, yan." Syahrul menambah kekalutan dalam diri Aryan membuatkan diri dia mula tak senang duduk.
"Pesaipa, bodoh?! Aku terlepas sesuatu ka??" Aryan mula berpeluh-peluh dengan gelagat Syahrul dan Ikmal itu.
"Mungkin sebab masa tu dia asyik ulang-alik toilet kot. Sebab tu dia tak tau." Ujar Ikmal kepada Syahrul.
"Mungkin ah... Tapi kan Akmal ada bagitau dalam group, takkan dia tak baca?" Tanya Syahrul pelik.
Aryan yang berada di tengah-tengah perbualan itu bingung dengan apa yang mereka sedang bualkan.
"Apa benda hampa cakap ni, setan?!! Sumpah aku tak faham!!" Aryan menggoncang badan mereka berdua dengan memegang bahu mereka berdua.
"Hg tau dak Farah pregnant?" Tanya Ikmal kepada Aryan. Aryan kaku...
'Benda tu yang mereka cakap...'
"Tahu..." Jawab Aryan bingung.
"Nampak! Aku syak dia ni terlalu melebihkan..."
"Hg tau??!!" Tanya Ikmal tak percaya selepas tersedar akan jawapan Aryan.
"Hg nak cakap apa tadi?" Aryan tanya Ikmal sambil mengepalkan penumbuk khas untuk Ikmal dan tersenyum sinis.
"Aaaa... Aku... Syahrul tolong aku!!" Ikmal menyorok di belakang Syahrul.
"Macam mana hg tau?" Tanya Syahrul terus-terang.
"Macam mana aku tau?? Mestilah aku tau! Aku dengaq! Even aku ulang-alik toilet pun... Aku dengaq hampa sembang apa. Aku cuma tak boleh join sembang sebab asyik nak muntah." Jelas Aryan.
"Pastu... Dalam group tu??" Tanya Ikmal sambil menyorok di belakang Syahrul.
"Aku bacalah... Kat noti bar..." Jawab Aryan sambil suaranya diperlahan di hujung.
"Apa??? Tak dengaq?!" Syahrul mendekatkan telinganya ke mulut Aryan. Aryan menolak kepala Syahrul kerana terlalu dekat.
"Dia baca kat noti bar ja." Kata Ikmal berpeluk tubuh.
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
Random4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...