Universiti Malaya
Izzaty berjalan terus ke kelasnya tanpa membuang masa. Tidak dinafikan, dengan rupanya yang seperti pelakon, ramai jejaka mahu bersama dengannya tetapi dia menolak. Dia tak mahu kisah silam tentang lelaki berulang kembali dan dia taknak buat tunangnya risau akan diri dia.
"Hai, Izzaty"tiba-tiba seseorang mendekati Izzaty membuatnya terkejut.
"Ah..aku bodyguard kau. Don't worry"kata perempuan itu apabila melihat muka blur Izzaty itu.
"Aku Raisya, tapi kau boleh panggi aku Ray. Aku salah seorang KB juga so semua ni dari arahan Aryan sejak korang semua tunang"terang Raisya walaupun Izzaty tidak tanya.
"Sejak kitaorang tunang? Aku tak pernah nampak kau pun?"
"Percayalah kami dilatih untuk menjadi seorang spy sebab tu kau tak rasa ada orang tengah mengekori kau"jawab Raisya sambil berlagak.
Sebaik sahaja sampai di dalam kelas, Izzaty pelik kerana Raisya juga mengikutinya masuk
"Kau boleh masuk ke?"tanya Izzaty pelik
"Mestilah boleh dah aku pun ambil kelas ni"
"Eh?"
"Bos aku profesionallah. Dia akan pilih bodyguard yang sesuai dengan tunang mereka"Izzaty hanya mengangguk tanda faham maksud dia.
"Kalau kau asyik ekori aku, mana kau dapat masa untuk siapkan assignment?"tanya Izzaty sambil duduk di tengah-tengah dan jauh dari meja guru.
"Aku minta orang lain yang buatkan. Hehehe"Raisya sengih.
"Dalam KB tu ada ramai doktor dan nurse tau, so diorangla siapkan assignment aku"sambungnya lagi.
Kelas pun bermula dan mereka belajar seperti biasa.
Habis sahaja kelas mereka berdua berjalan keluar untuk pergi ke hospital namun ada orang menghalang mereka.
"Hai, nak berkenalan boleh?"ujar lelaki yang sedang menunggu dari tadi di hadapan kelas.
Izzaty hanya menghiraukan dia dan berlalu pergi membiarkan lelaki itu terpinga-pinga.
"Awak..saya nak berkenalan saja. Tak boleh ka?"tanya lelaki itu tak berputus asa
"Tak"sepatah saja Izzaty balas dan terus berjalan dengan laju meninggalkan dia.
"Hebatnya kau tolak macam tu je? Dahlah handsome, kalau aku aku dah kata ya tadi"kata Raisya terkejut.
"Aku dah ada tunang dan aku sayang tunang aku"kata Izzaty membuatkan Raisya terdiam sekejap
"Setialah pada yang satu ye. Jangan kau tinggalkan dia pula. Kalau ya, aku rasa semua orang dalam KB akan serang kau"jawab Raisya membuatkan Izzaty telan air liur kelat.
Izzaty mendiamkan diri kerana takut. Raisya tertawa sambil mengikuti Izzaty yang sedang berjalan dengan laju.
"Melepas lagi"kata lelaki itu geram
"Kau masih try perempuan tu ka, Firas?"tanya kawannya yang baru saja sampai
"Eh, of course! Aku terpikat dengan rupa dia bro"jawabnya tak tahu malu
"Aku rasa kau takdak peluang"
"Asal pula?"tanya Firas dengan nada marah
"Aku dengar dia sudah ada boyfriend and diorang dah tunang"bisiknya
"Alah..tunang ja pun..bukannya kahwin"katanya memikirkan ianya hanyalah perkara remeh.
"Kau ni..."
"Dahlah Luqman. Kau tak faham. Aku dah jatuh hati pandang pertama tau"
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
عشوائي4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...