Part 64

43 4 5
                                    

"Boss, kitaorang pergi dulu." Pinta Alex kepada boss-bossnya.

"Okay, hati-hati. Ada masalah terus call aku, jangan diam." Pesan Aryan.

"Boss pun, honeymoon baik-baik ye." Kata Alex sambil tersenyum makna. Alexa menyiku perut Alex membuatkan Alex tertunduk sedikit menahan kesakitan.

"See you guys in two weeks." Ujar Alexa lalu menarik Alex pergi ke arah yang ingin dituju. Dila juga akan balik ke Malaysia dan dikurung di bilik kurungan.

Masing-masing pergi ke arah berlainan. Aryan, Amzar dan Izzaty pergi ke tempat menunggu untuk ke Korea, Akmal dan Farah menunggu di tempat menunggu ke Australia, Ikmal dan Mira sudah berlepas pergi ke London dan akhir sekali Syahrul dan Sofia tetap berada di Jepun.

Korea

Sepanjang perjalanan ke Korea, Aryan hanya mendiamkan diri saja. Izzaty cuba berbual-bual dengan Aryan namun Aryan hanya membalas dengan sepatah dua kata saja.

Sampai sahaja di Incheon Airport, Aryan mengeluarkan telefon pintarnya untuk menelefon anak buahnya di Korea supaya menghantar kereta kepada mereka.

"Amzar, aku cuba berbual dengan Ryan tapi dia tak layan aku langsung." Kata Izzaty kepada Amzar.

"Aku tak tahu. Kau buat, kau tanggung. Pandai-pandai kaulah." Balas Amzar.

"Kalau kau taknak orang kacau kau, baik kau jalan dekat dengan Aryan." Kata Amzar. Izzaty akur lalu jalan seiring dengan Aryan. Izzaty memegang tangan Aryan. Aryan tidak membalas.

'Macam mana ni? Kenapa Ryan buat macam ni? Dia marah ke? Kalau dia marah patutnya dia marah je, kenapa diam je ni?'Izzaty mula berfikir macam-macam dalam fikirannya.

Aryan menarik masuk ke dalam pelukannya apabila sebiji motosikal laju hampir melanggar Izzaty yang sedang overthinking itu.

"Yaah!!!! 조심해요!!(Josimhaeyo!!)[Hati-hatilah!!]" Jerit Aryan kuat kepada penunggang motosikal itu.

"Hg ni pun satu, hati-hatilah. Tengok jalan, bukan termenung ja. Tak sabaq nak mati?!" Aryan memarahi Izzaty.

"Sorry." Terasa matanya panas dan berair. Izzaty menunduk. Aryan mengeluh lalu menarik Izzaty dan menolaknya perlahan masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang di sebelah pemandu. Aryan memandu dan Amzar duduk di belakang.

Aryan meluncur laju di atas jalanraya menuju ke hospital. Izzaty memandang wajah Aryan yang fokus dalam pemanduannya.

'Ryan tak pegang tangan aku macam selalu. Ya Allah, beratnya tugasan yang Kau berikan kepadaku. Bagaimana mahuku memujuk suamiku jika dia tidak mahu bercakap langsung denganku. Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah petunjuk kepadaku.' doa Izzaty dalam hatinya.

"Aku nak pi hospital, check belakang aku. Hospital ni ada abang hg so hg pandai-pandailah cari dia. Amzar boleh teman." Kata Aryan tiada nada.

"Ryan..." Panggil Izzaty panjang.

"Awat?" Tanya Aryan tanpa nada.

"Kalau hg tak percaya, hg boleh tanya Amzar." Sambung Aryan. Izzaty cuba menahan air matanya dari menitis.

"Ryan... Janganlah macam ni." Pujuk Izzaty.

"Macam mana? Hg nak macam mana? Aku layan hg baik-baik, aku sayang hg, aku percayakan hg tapi hg tak percayakan aku langsung."

"Takk...sayang percayakan biy. I trust you more than anything." Kata Izzaty. Air matanya jatuh jua kerana tidak dapat tahan sebak.

"Please... I want old Ryan that always make jokes, care and love me." Pujuk Izzaty lagi sambil memegang lengan Aryan. Aryan mendiamkan diri.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now