Part 40

41 8 5
                                    

Amzar berasa sakit satu badan membuatkannya tidak boleh berganjak dari katil langsung.

"Amzar, taknak makan ka?"tanya Salmah lalu masuk ke dalam bilik Amzar.

"Eh, kenapa ni Amzar? Amzar okay tak??”Salmah mula risau akan Amzar yang terbaring kaku. Dahinya berpeluh-peluh dan terketar-ketar badannya.

"Ya Allahhu Akhbar!! Abang!!”Salmah memanggil suaminya dengan suara cemas.

"Awat mah??"Sobri masuk ke dalam bilik Amzar tergesa-gesa.

"Ada sesuatu yang tak kena dengan Amzar, bang"

"Ya Allah..anak ayah kenapa ni?? Amzar okay tak?"Sobri merisaukan Amzar.

"Mak! Alang call Aryan tak jawab-jawab??"Adrian masuk ke dalam bilik lalu terkaku apabila melihat Amzar terbaring kesakitan.

"Aryan......"Adrian mula merasakan ada sesuatu yang terjadi di Rusia.

"Mak! Alang dan kakngah pi Rusia sekarang!"Adrian terburu-buru keluar dari bilik Amzar lalu berlari naik ke tangga untuk memanggil kembarnya.

"Ngah!”

"Apadia hg ni?? Aku sibuk ni"marah Farhana sambil menyiapkan kerja yang diberi oleh professornya.

"Kakngah...Aryan..."Farhana automatik berhenti lalu dia memandang Adrian yang sedang tercungap-cungap.

"A-Aryan...awat dengan Aryan....?"tanya Farhana gagap.

"Amzar tengah sakit teruk..alang rasa Aryan..."

"Hg jangan weh..HAHAHAHA...tak lawak lang"Farhana cuba menafikan apa yang akan Adrian sampaikan. Air matanya mula menitis.

"Masalahya aku tak buat lawak. Aku nak ajak kakngah pi Rusia la ni. Cepat siap!!"Adrian keluar dari bilik Farhana terus memasuki biliknya yang bersebelahan sahaja.

Farhana tergesa-gesa menutup bukunya dan menutup pen dengan penuh terketar-ketar. Dia mengelap air matanya yang sedang mengalir sambil menyiapkan diri untuk ke luar negara.

Mereka berdua hanya membawa beg biasa dengan kelengkapan wajib sahaja lalu terus keluar rumah. Kebetulan Fadhlina baru saja balik hairan dengan mereka berdua.

"Eh ehh...nak pergi mana??"

"Rusia..Aryan.."Farhana bercakap tak teratur namun Fadhlina memahaminya.

"Ehh...naik kereta kaklong"Fadhlina menawarkan keretanya lalu memulakan enjin bersedia untuk pergi ke KLIA.

Sebaik sahaja Farhana dan Adrian masuk ke dalam kereta, Fadhlina terus pecut tanpa menghiraukan kereta lain.

"Alang, call Alex tanya apa yang jadi kat sana?"arah Fadhlina. Adrian mengambil telefon pintarnya dan mendail nombor Alex.

He-helo~

Helo! Alex..Aryan mana? Dia tak angkat call aku

A-Aryan....d-dia..diorang...

Alex! Hg bagitau cepat apa yang jadi dekat adik aku???!

Aryan...kitaorang taktahu..diorang suruh kami keluar masa markas Death Skull tengah terbakar lepastu letusan kuat berlaku..dan kitaorang tak sempat nak buat apa-Alexa

Hampa semua okay dak? Ada luka apa-apa tak?-Farhana

Ki-kitaorang okay..cuma bos-bos kami....hik hik...-Alexa

Kami on the way nak pi Rusia..Alex hg bawak kami pi markas Death Skull-Adrian.

Ba-baik.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now