Nayra melihat Ryan berkelahi dengan lelaki itu sambil memeluk badan kecik Demian yang sudah mengigil kerana takut apa yang di lihat di depannya.
Nayra sudah menitis air matanya melihat Ryan sudah nyawa-nyawa ikan di situ.
Ryan jatuh di atas jalan dengan wajah sudah lebam dan jugak berdarah di tepi mulut dan hidung.
"Oi! KAU BUAT APA DEKAT KAWAN AKU SETAN!?"
Lelaki itu pandang ke arah Kanan terlihat Aron dan jugak Kai berlari menuju ke arahnya.
Lelaki itu turut beredar dari situ meninggalkan Ryan yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.
"Demian duduk sini ye kakak nak tengok abang Ryan"
Demian menangguk dengan pipi sudah basah kerana nangis.
Nayra pergi ke arah Ryan yang sudah tidak bergerak itu.
"Ryan!"Nayra berlari ke arah Ryan lalu tepuk pipi Ryan dengan perlahan.
Ryan membuka mata dengan perlahan lalu pandang ke arah wajah Nayra.
Mata Hazel bertemu dengan mata Biru muda Nayra.Ryan terasa tenang melihat mata Nayra berwarna biru muda itu.
Ryan cuba ingin bangun tapi badannya terasa sakit kerana di tumbuk oleh lelaki itu.Nayra membantu Ryan bangun.
Nayra mengambil cermin mata Ryan yang berada di atas jalan yang sudah agak pecah itu lalu menghulur ke arah Ryan.
Ryan baru ingin mengambil cermin mata di tangan Nayra tiba tiba Aron berlari ke arahnya lalu peluk dengan erat sampai tidak boleh bernafas.
"Huhuhu Ryan kau masih hidup ingat dah mati tadi"
Ryan mendengus kesakitan kerana pelukan Aron itu sangat kuat bagai kan mahu patah tulang di buatnya.
Ryan terus tolak bahu Aron dengan kasar tiba tiba kaki Ryan terasa di peluk.
Ryan pandang ke bawah terlihat Demian peluk kaki dengan muka penuh dengan air mata.
"A-abang Ryan"
Ryan senyum manis ke arah Demian lalu membongkok badan.
Ryan mengesap air mata Demian di pipi gebunya lalu mengusap pipi Demian dengan lembut.
"Hey don't cry tengok Abang Ryan tak ada apa apa pun"Kata Ryan.
"Tapi orang jahat itu pukul Abang Ryan sampai muka abang jadi macam ni"
Tangan kecil Demian menyentuh pipi Ryan yang sudah lebam itu.
Ryan hanya senyum sahaja lalu mengusap rambut Demian.
"Awak......."
Ryan pandang ke atas lalu berdiri semula.
"Saya minta maaf sebab awak jadi macam ni"Kata Nayra sambil menunduk.
"No it's okey ni bukan salah awak pun"Balas Ryan.
Nayra hanya diam sahaja lalu pandang ke arah Ryan lalu menghulur cermin mata yang sudah rosak.
"Nanti saya ganti balik awak punya cermin mata"
"No it's okey awak tak payah ganti"kata Ryan.
Nayra hanya diam pandang ke arah jalan tidak tahu mahu balas apa.
"Jom saya hantar awak balik"
Nayra pandang ke arah Ryan lalu senyum angguk.
"Terima kasih sebab hantarkan saya dengan Demian susahkan awak jer"
Ryan mengeleng kepalanya sambil senyum"tak susahkan saya pun lagi pun saya takut kalau lelaki yang macam tadi tu kacau awak"Kata Ryan.
YOU ARE READING
My Mr.Nerd (Complete)
RomanceNIK NAYRA ELIZA.Gadis yang kacukan Melayu+UK mempunyai mata biru muda yang muda membuat para lelaki terpukau dengan wajah kecantikannya dan berambut brown dengan senyuman yang manis itu menjadi para lelaki tergila-gila dengannya.berumur 17 dan jugak...