Raanah yang berada di kaunter termenung dengan wajah kosong memikir tentang keadaan Ryan.Kak Hani sedang menyapu lantai memandang ke arah Raanah yang sedang termenung terus menglangkah berjalan ke arah Raanah.
"Raanah"
Kak Hani menyentuh bahu Raanah.Membuat Raanah tersedar dari lamunannya terus pandang ke arah Kak Hani.
"Kak Hani"
Raanah menggosok wajah menggunakan kedua-dua belah tangannya lalu menghembus nafasnya.
"Kak Hani tengok Raanah ni termenung je dari tadi ada masalah ke?"
Kak Hani mengambil kerusi di sebelahnya lalu melabuh duduk di sebelah kiri Raanah.
"Adik saya kak dia kena pukul dengan orang"Kata Raanah.
"Ya Allah! Bila tu?"
"Baru semalam kak"Balas Raanah.
Raanah bersandar di belakang kerusi mengangkat kedua tangannya lalu meletakkan di atas kepalanya.Kak Hani mengusap belakang badan Raanah.
Bunyi loceng kedai bunga terlihat Denzel masuk ke dalam kedai.Denzel berjalan pergi menujuk ke arah kaunter dimana Raanah dan Kak Hani duduk.
"Kenapa ni kak Hani?"Tanya Denzel.
"Ni adik si Raanah ni kena pukul"Kata Kak Hani.
Denzel mendengar terbeliak mata.Denzel menggenggam tangannya terus menglangkah pergi beredar dari situ tanpa memandang ke arah Kak Hani yang memanggil namanya.
"Dah kenapa dengan Denzel ni?"
Raanah memandang ke arah Denzel yang sudah menghilang di pandangnya.
Pintu bilik pejabat Adrian terus buka dengan kasar.Adrian pandang ke arah pintu terlihat Denzel masuk ke dalam dengan wajah marah.
Terus Adrian berdiri tegak.Denzel berjalan ke arah Adrian lalu............
PAK!!!
Satu tumbukan padu selamat mendarat di pipi Adrian.Terjatuh Adrian di atas lantai lalu menyentuh pipi yang di tumbuk oleh Denzel.
Adrian pandang ke arah tangannya yang ada kesan darah.lalu pandang ke arah Denzel dengan wajah dingin.
Denzel menarik nafas dengan kencang untuk menghilangkan kemarahannya.
"Apa masalah kau Adrian kau tak nampak ke dah terbukti yang Nayra tu tak suka dekat kau Adrian tolong lah Adrian jangan buat kerja gila"Kata Denzel.
Adrian mengetap bibirnya lalu mengesap di tepi mulutnya yang sudah berdarah menggunakan lengan baju kot kerjanya lalu berdiri di hadapan Denzel.
"Aku akan buat apa sahaja asal kan Nayra jadi milik aku"Kata Adrian.
Baru sahaja Denzel ingin tumbuk Adrian tapi tangannya di halang oleh anak buah Adrian.
"Encik sila keluar kalau tak saya report dekat polis"
Denzel menepis tangan anak buah Adrian lalu pandang ke arah Adrian dengan tajam.
"Ingat Adrian Nayra tak akan maafkan kau dengan apa kau dah buat Adrian"
Denzel terus pergi beredar dari situ.Adrian hanya tayang wajah dingin sahaja terus duduk di kerusi.
"Tuan tak apa apa"
Adrian mengeleng kepalanya.Adrian menangkat tangan kanannya menyuruh anak buahnya pergi.Anak buah Adrian faham apa di maksudkan oleh Adrian terus keluar dari bilik pejabatnya
YOU ARE READING
My Mr.Nerd (Complete)
RomanceNIK NAYRA ELIZA.Gadis yang kacukan Melayu+UK mempunyai mata biru muda yang muda membuat para lelaki terpukau dengan wajah kecantikannya dan berambut brown dengan senyuman yang manis itu menjadi para lelaki tergila-gila dengannya.berumur 17 dan jugak...