"Aduh macam mana boleh terlambat ni? Mesti kena bebel dengan kak Mira" Bisik Alya.
Alya yang sedang berlari ingin ke restoran dimana dia berkerja. Pada awal pagi dia terbangun lambat tidak sempat mahu bersarapan kerana dia perlu membuka restoran itu.
Disebabkan dia balik lewat semalam Amirul iaitu rakan sekerjanya memberi kunci restoran itu.
Tiba-tiba iphone miliknya berbunyi. Alya membuka zip begnya lalu mencari keberadaan iphonenya dengan mata tidak pandang ke hadapan sambil berlari.
"Aduhhhh mana telefon aku ni?"
Leka mencari iphone tanpa dia sedar dia telah terlanggar seorang yang berada di hadapannya.
PANG!!!
Terjatuh Alya apabila seseorang melanggarnya. Mendengus sakit Alya sambil menggosok di belakangnya akibat jatuh tadi. Alya memandang ke arah hadapannya.
Terlihat seorang jejaka berdiri tegak di depan Alya yang jatuh dengan wajah tegas dan jugak mengenakan suit dan cermin mata hitam. Alya sama sekali tidak takut dengan jejaka itu dengan pantas dia bangun dengan wajah marah.
"Kau ni memang tak reti nak tengok depan ke?" Kata Alya dengan nada marah.
Terangkat kening jejaka itu. Jejaka itu menanggalkan cermin mata hitam. Mata berwarna biru muda milik jejaka itu menikam anak mata Alya.
Alya sama sekali tidak takut dengan jejaka itu apabila anak mata jejaka itu menikam anak matanya.
"Aku ke kau yang tak reti nak tengok depan? Ke kau buta" Perli jejaka itu.
Ternganga mulut Alya mendengar. Dengan lantas dia menglangkah berjalan di tepi jejaka itu. Tak guna punya jantan!. Jejaka itu memandang Alya yang sudah pergi lalu melihat di bawah.
Jejaka itu mengambil card dengan ada tulisan nama dan tarikh lahir.
"Alya Faaeqa" Bisik jejaka itu.
Jejaka itu tersenyum nipis terus masuk card itu ke dalam poket seluarnya. Kemudian berjalan beredar dari situ dengan tangan berada di poket seluar.
Nayra menurun dari anak tangga dengan perlahan sambil memegang perutnya sudah besar untuk meminum air kerana haus. Satu langkah anak tangga baru nak diturun tiba-tiba perut terasa sakit yang amat.
Berkerut dahi Nayra menahan sakit. Nayra mendapat rasa seperti cecair keluar dari celah kangkangnya. Nayra pandang ke bawah lantai terlihat air ketuban Sudah pecah.
Nayra terduduk akibat tidak tahan dengan sakit. Terus dia mencari iphone miliknya di poket bajunya. Nombor Ryan dicari oleh Nayra sedang dia mencari nombor suaminya terus dia mendail nombor Ryan.
*Hello?*
*Abang...*
Berkerut dahi Ryan apabila mendengar suara isterinya seperti kesakitan.
*Sayang kenapa ni?* Tanya Ryan dengan nada risau
*Abang balik sayang rasa baby dah nak keluar*
Ryan mendengar itu terus bangun lalu bergegas menglangkah keluar dari pejabatnya menghiraukan orang yang sedang memandang ke arahnya.
Ryan masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin kereta dan menlucur laju meninggalkan kawasan bangunan itu. Ryan memandu keretanya seperti orang tidak tentu arah dengan wajah sudah berpeluh kerana risau dengan isterinya yang sudah ingin melahirkan.
Sedang Ryan memandu keretanya sempat dia mendail nombor Puan Nova dengan mata beralih ke arah iphone lalu ke arah depan.
*Hello Rya. Kenapa call mummy ni?*
YOU ARE READING
My Mr.Nerd (Complete)
RomanceNIK NAYRA ELIZA.Gadis yang kacukan Melayu+UK mempunyai mata biru muda yang muda membuat para lelaki terpukau dengan wajah kecantikannya dan berambut brown dengan senyuman yang manis itu menjadi para lelaki tergila-gila dengannya.berumur 17 dan jugak...