Bab 45

425 17 4
                                    


2 Bulan...........

" Ayesha"

Ayesha berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Terlihat Puan Daisy berjalan ke arah dengan senyuman manis terukir di bibir. Ayesha mengukir senyuman nipis ke wanita tua itu.

" Ye Puan?"

" Dah berapa kali dah umi cakap tak payah panggil Puan panggil je umi"

Ayesha mengarut kepalanya yang berlapis tudung shawl itu.

" Tapi tak sopan lah kalau saya panggil Puan umi" Kata Ayesha.

" Tak payah nak sopan-sopan bagai. Umi dah anggap Ayesha ni macam anak umi dah"

Ayesha mendengar itu sedikit terasa seorang yang sangat dia rindui iaitu ibunya. Tiba-tiba dia teringat arwah ibunya yang sudah pergi meninggalkannya bersama kakaknya dan ayahnya sejak dia berumur 17 akibat penyakit kanser.

Puan Daisy yang melihat mata Ayesha yang berkaca itu terus mendekatinya.

" Kenapa ni Sha?"

"Takde apa-apa pun cuma Ayesha teringat arwah ibu"

Tanpa Ayesha sedar air matanya menitis di pipinya. Dengan pantas Puan Daisy memeluk tubuh Ayesha lalu mengusap di belakang badan dengan lembut. Ayesha turut membalas pelukan itu lalu menangis di bahu Puan Daisy.





TING!!!

Bunyi loceng berbunyi. Seorang lelaki yang berpakaian tuxedo masuk ke dalam kedai lalu memandang sekeliling dalam kedai itu. Berkerut dahi lelaki itu melihat sekeliling kedai itu kosong terus dia menglangkah pergi ke arah kaunter.

Langkah lelaki yang ingin pergi ke kaunter itu terhenti melihat dua wanita sedang berpelukan. Puan Daisy yang merasakan seseorang memerhati dia terus memandang di hadapan. Terlihat kelibat lelaki yang tadi itu berdiri di situ.

"Asher?"

Terus Puan Daisy melepaskan pelukannya. Ayesha berpaling ke arah dimana Puan Daisy menghadap. Asher menglangkah mendekati kedua wanita itu. Asher pandang wajah Ayesha dengan pipi yang kesannya air mata tadi.

Ayesha yang sedar Asher memandang wajahnya dengan dingin dengan lantas dia mengelap air matanya di pipi.

" Asher buat apa dekat sini?" Tanya Puan Daisy.

" Nak hantar Ayesha balik" Balas Asher dengan nada dingin.

"Oh........"

" Ayesha pergi kemas barang dulu ye Puan"

Ayesha beredar dari situ meninggalkan wanita itu dan Asher.




Di dalam kereta hanya bunyi ridio sahaja di dengari. Ayesha bermain jari-jemarinya itu sambil mata melihat sekeliling bandar-bandar. Asher yang sedang memandu kereta itu menoleh sebelahnya lalu berpaling ke jalan.

Kereta milik Asher berhenti di depan rumah.

" Terima kasih abang Asher sebab hantar Sha" kata Ayesha.

Asher tidak membalas hanya termenung di depan. Ayesha yang tidak dapat balasan dari Asher itu terus membuka pintu kereta.

Ayesha yang baru ingin menglangkah keluar dari kereta terus berhenti apabila Asher memanggilnya.

"Ayesha......"

Ayesha berpaling ke arah Asher yang tidak pandang ke arahnya. Dengan perlahan Asher memusingkan kepalanya ke arah Ayesha.

" Jom kita kahwin"




" Kau serius lah ni kerja si Sabrina tu?"

"Habis tu siapa lagi yang nak ganggu rumah tangga aku? Aku memang yakin yang Sabrina tu suruh orang mesej isteri aku malam tu" kata Ryan.

My Mr.Nerd (Complete)Where stories live. Discover now