Raanah yang sedang menyapu di lantai di restoran dia berkerja sekarang ini. Restoran itu terlihat sangat sunyi dan tiada pelanggan masuk.
Raanah berhenti menyapu lantai sekejap lalu pandang ke arah jam yang berada di dinding. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 11:00 malam.
TING!!!
" Maaf ye Encik tapi kami dah tutu_"
Apabila Raanah memusingkan badannya melihat orang yang masuk ke dalam restoran. Terbeliak matanya melihat individu yang sangat dia kenal.
" Denzel?"
Raanah berjalan mendekati Denzel yang berdiri di depan pintu masuk.
" Kau buat apa dekat sini?" Tanya Raanah.
" Um....... Aku nak hantar kau balik lah" Kata Denzel sambil menggaru belakang lehernya.
Berkerut dahi Raanah melihat kelakuan Denzel hari ini. Pelik.
" Ouh ok tapi kau tunggu sini jap aku nak kemas barang aku dulu"
Denzel mengangguk. Dengan lantas Raanah pergi berjalan ke belakang untuk mengemas barang-barangnya. Denzel mengeluarkan dengusan lalu menolak kerusi di tepi itu kemudian melabuh duduk.
Raanah yang berada di dalam bilik rehat sedang mengemas barang-barang. Sedang Raanah mengemas barang-barangnya tiba-tiba bunyi tapak kaki menangkap masuk ke dalam gegendang telinganya. Raanah memusingkan badannya ke belakang.
Terlihat seorang wanita berdiri di belakangnya.
"Kau tak balik lagi ke? Kai"
" Belum lagi" Kata Kaisara rakan sekerja Raanah.
"Um....... Raanah aku nak cakap something dekat kau boleh?"
" Boleh" Kata Raanah tanpa pandang ke arah Kaisara.
" Tu siapa yang dekat luar tu?"Tanya Kaisara.
" Oh tu kawan aku Denzel" Balas Raanah.
Kaisara meng'o' sahaja. Raanah mengzip begnya lalu mengalas begnya itu. Raanah memusingkan badannya menghadap ke arah Kaisara.
" Aku balik dulu tau jaga diri kunci aku letak dekat tempat dia"
" Okey bye kau pun jaga diri jugak tau"
Raanah menghadiah senyuman ke Kaisara kemudian menglangkah berjalan keluar dari bilik rehat.
" Kau rasa macam mana comel tak baju ni?" Ujar Aira sambil menuju baju bayi yang di pegang itu.
" Comel" Balas Nayra.
Nayra dan Aira berada di sebuah kedai bayi. Dari petang tadi Aira mengajak Nayra membeli barangan bayi yang di dalam perut Aira yang sudah terlihat bentuk. Kandungan Aira sudah masuk 7 bulan lagi dua bulan ingin bersalin.
Sedang Nayra dan Aira mengelilingi kedai itu tiba-tiba Nayra terasa ingin pergi ke tandas.
" Aira aku pergi tandas jap" Ujar Nayar.
" Ok aku tunggu kau dekat sini"
Dengan lantas Nayra berjalan menglangkah keluar dari kedai itu. Aira pandang belakang badan Nayra yang sudah pergi meninggalkannya di kedai itu. Apabila kelibat Nayra sudah hilang dari pandangannya terus Aira mengalihkan pandangan ke baju bayi yang disangkut itu.
Bunyi flash di dengari dari luar. Pintu dibuka lalu di tutup semula. Nayra menglangkah berjalan keluar dari tandas. Sebelum dia keluar dari tandas sempat dia senyum ke arah makcik cleaner yang hendak masuk ke dalam tandas.
YOU ARE READING
My Mr.Nerd (Complete)
RomanceNIK NAYRA ELIZA.Gadis yang kacukan Melayu+UK mempunyai mata biru muda yang muda membuat para lelaki terpukau dengan wajah kecantikannya dan berambut brown dengan senyuman yang manis itu menjadi para lelaki tergila-gila dengannya.berumur 17 dan jugak...