Bab 39

377 30 0
                                    


Nayra menatap dirinya di cermin dengan wajah sudah dimake-up yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu lipis hanya simple sahaja. Nayra pandang ke arah tangan yang sudah di inai.

TOK TOK TOK!!!

Pintu di ketuk lalu dibuka. Nayra pandang ke cermin terlihat semua rakan-rakannya menglangkah masuk ke dalam. Semua di situ terpukau dengan Nayra yang berpakaian baju kurung moden berwarna putih dan jugak bertudung shawl warna putih. Sangat cantik.

"Masyallah cantik ye kau"Puji Xin.

Nayra tersenyum dengan pujian Xin itu. Tidak lama kemudian senyuman itu mula mati Nayra menunduk kepalanya. Aira dan yang lain melihat Nayra menunduk kepalanya itu berkerut dahi.

"Kau kenapa ni Nayra?"Tanya Aira sambil mengusap tangan Nayra.

Nayra mengemam bibirnya lalu menggenggam baju kurungnya. Nayra pandang ke arah semua wajah rakan-rakannya.

"Aku rasa aku tak yakin masa ada terus majlis ni ataupun tak"Kata Nayra.

"Kenapa aku cakap macam tu Nayra?"Tanya Ayesha yang mengendong Adeen yang lena dibuai dalam gendongan Ayesha.

"Aku tak tahu tapi aku macam tak yakin nak kahwin dengan Ryan aku rasa dia dengan Sabrina tu ada-"

"Nayra Ryan dengan sunda-tu mana ada apa-apa hubungan langsung kau tahu kan yang Ryan tu masih lagi cinta dekat kau Nayra"Kata Aira.

"Betul cakap Aira tu Nayra kau tak payahlah fikir pasal bende tu sekarang ni kau kena fikirkan tentang majlis nikah kau je"Sambung Amira.

Nayra menunduk kepalanya. Betul cakap Amira dia harus memikirkan tentang majlis nikahnya bukan memikir tentang sama ada Ryan ada hubungan dengan Sabrina. Lagi pun Ryan tidak suka dengan Sabrina.

Nayra menangkat kepalanya dari menunduk lalu pandang ke arah rakannya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

"Betul cakap kau lagi pun Ryan masih cinta dekat aku bukan dekat Sabrina"Kata Nayra.

TOK TOK TOK!!!

Pintu bilik dibuka. Semua di dalam itu pandang ke arah pintu yang dibuka. Terlihat Puan Nova yang berpakaian baju kurung berwarna kelabu dan jugak bertudung labuh kelabu.

Puan Nova menglangkah masuk ke dalam dengan senyuman manis di wajahnya.

"Ya Allah cantiknya anak mummy ni"Puji Puan Nova.

Wajah Nayra diusap dengan lembut. Puan Nova menatap wajah anak perempuannya dengan mata mula berkaca. Dia tidak tahu sama ada dia mahu bahagia ataupun mahu bersedih melihat anak perempuannya tunggal akan berkahwin dengan jejaka yang akan menjaga anak perempuannya dengan baik seperti dia dan suaminya menjaga anaknya dari kecil lagi.

"Kenapa mummy nampak macam sedih ni?"Tanya Nayra.

Puan Nova menarik nafas.

"tak sangka anak yang mummy jaga dari kecil akan jadi isteri orang nanti berat hati mummy ni nak lepas anak mummy ni "Kata Puan Nova sambil mengusap wajah Nayra dengan air mata yang ingin jatuh akhirnya jatuh jugak di pipinya. Terpaksa Puan Nova melepaskan anak perempuannya satu-satunya.

Nayra mendengar itu turut menitis air mata. Nayra jugak tidak sanggup ingin meninggalkan orang yang telah dia dibesar dan jugak memberinya penuh kasih.

"Eh jangan nangis nanti habis make-up tu kalau mummy nangis tak apa dah"Kata Puan Nova sambil mengesap pipinya Nayra yang mengalir air mata.

Nayra tersenyum dengan wajah sudah merah.

"Haa kan cantik kalau macam tak nak lah nangis-nangis ni kan ni hari kebahagiaan Nayra jadi Nayra kena lah senyum sikit"Kata Puan Nova.

My Mr.Nerd (Complete)Where stories live. Discover now