Di ruang tamu terlihat sungguh meriah dengan suara gelak-tawa di ruang tamu."Ha Darren tadi apa yang kamu nak cakap?"
Ruang tamu yang penuh dengan gelak-tawa itu tadi pun mula menjadi diam. Semua mata tertumpu pada ke arah Darren. Sebelum makan malam tadi Darren ingin menyampaikan sesuatu ke semua ahli keluarganya selepas mereka habis makan malam.
Darren pandang seluruh ruang tamu itu. Semua ahli keluarganya memandang ke arahnya. Darren pandang ke arah isterinya yang berada di sebelahnya. Aira pandang ke arah suaminya yang sedang pandang ke arahnya dari tadi.
Darren menarik nafas dalam lalu hembuskan keluar nafas itu bagi hilang rasa gugup dia. Terus Darren pegang tangan isterinya yang berada di sebelahnya.
"Sebenarnya...... Aira............"
Semua yang berada di ruang tamu itu bersiap sedia memasang telinga masing-masing untuk mendengar ayat selanjutnya keluar dari mulut Darren.
"Aira pregnant!"
Semua mendengar itu tersenyum lebar. Puan Daisy mendengar itu lekas bangun terus pergi ke arah menantunya lalu melabuh duduk di sebelah Aira.
"Alhamdulillah umi dah jadi nak tok ma"
Puan Daisy menyentuh perut Aira yang masih belum terbentuk.
"Berapa minggu ni Aira?"Tanya Puan Daisy.
"4 minggu umi"Balas Aira.
Semua ahli-ahli keluarga Nayra tumpang gembira mendengar berita ini. Tuan Syed yang berada di sofa bujang senyum melihat keluarga yang bahagia sekali di hadapannya terutama Darren dan Aira yang tidak lama lagi akan menjadi ibubapa kepada cicitnya. Matanya beralih ke arah Nayra yang senyum manis yang berada di sebelah Ryan.
Tersenyum nipis Tuan Syed melihat dua pasangan itu.
Bunyi kasut tumit menglangkah masuk ke dalam restoran. Pelayan wanita restoran itu ucap selamat datang kepada wanita yang berpakaian baju tidak cukup kain yang masuk ke dalam restoran sambil senyum ke arah wanita itu.
Wanita itu memandang dalam restoran itu seperti mencari seseorang menghiraukan pelayan wanita itu. Sedang wanita itu memandang sekeliling di dalam restoran itu kelibat seorang lelaki yang berpakaian suit berada di hujung restoran dengan mata memandang ke luar tingkap.
Wanita itu terus pergi berjalan menuju ke arah lelaki itu yang berada di hujung itu.
"So you are Nik Adrian Darwisy right? Sepupu Nik Nayra Eliza" Ujar wanita itu.
Adrian hanya mengabaikan kata-kata Sabrina itu. Matanya tidak lepas memandang ke luar tingkap.
Sabrina yang tidak dapat balasan dari Adrian mengeluarkan hembus nafas kasar terus melabuh punggung di kerusi yang berada di hadapan Adrian.
"Kau nak apa jumpa aku ni?" Tanya Adrian dengan nada dingin dan mata tidak lepas menghadap ke luar tingkap.
"I cuma nak minta tolong dekat you Adrian" Ujar Sabrina.
Terangkat kening Adrian. Terus pandang ke arah Sabrina dengan wajah tegas.
"Minta tolong apa?"
"Tolong pisahkan Nayra dan Ryan"
"From what?"
"Kalau kita pisahkan diorang tu I akan dapat Ryan dan you akan dapat Nayra"
PAK!!!
Terhinjut bahu Sabrina apabila Adrian memukul meja dengan kuat. Semua yang berada di restoran itu memandang ke arah mereka berdua.
"Kau dengar sini ye betina!"
YOU ARE READING
My Mr.Nerd (Complete)
RomanceNIK NAYRA ELIZA.Gadis yang kacukan Melayu+UK mempunyai mata biru muda yang muda membuat para lelaki terpukau dengan wajah kecantikannya dan berambut brown dengan senyuman yang manis itu menjadi para lelaki tergila-gila dengannya.berumur 17 dan jugak...