Bab 33

395 27 1
                                    

2 bulan kemudian........................

Nayra menurun dari anak tangga terus menglangkah masuk ke dapur. Langkah Nayra berhenti apabila melihat kelibat Aira dengan tudung sarung yang menutupi kepala yang sedang mengaul sesuatu di dalam periuk.

"Eh awal kau bangun hari ni?"

Nayra terus pergi ke arah island lalu duduk di kerusi. Aira menoleh ke belakang.

"Biasa lah dah kahwin kena lah bangun awal"Kata Aira.

Nayra ketawa kecil.

"Um................aku dengar kau dengan Darren pindah dekat rumah Darren yang dia beli tu bila kau pindah?"Tanya Nayra.

"Entah lah Darren kata lusa baru pindah dekat situ kenapa happy lah aku pindah ni?"

"Eh takde lah aku lagi suka kau duduk dekat sini lagi pun takde lah orang nak bergosip dengan aku ni"Kata Nayra dengan nada sedih.

Aira berhenti mengaul terus pergi ke arah Nayra. Aira terus memeluk Nayra dengan erat.

"Alah kau jangan lah sedih"Kata Aira.

Aira mengusap kepala Nayra yang baluti tudung sarung. Nayra membetulkan tudungnya yang sudah senget terus mendengus perlahan. Aira hanya ketawa kecil sahaja lalu sambung membuat kerjanya.










Ayesha yang sedang menyapu lantai di kejutkan oleh bunyi loceng kedai. Terus Ayesha pandang ke arah pintu kedai itu.

Membulat mata Ayesha apabila melihat Asher yang berada di depan pintu sambil memandang sekeliling dalam kedai seperti mencari seseorang.

Terus Ayesha sembunyi di rak yang di letakkan oleh bunga-bunga.

"Aduh!!! Dia nak apa lagi datang sini?"Bisik Ayesha.

Raanah yang baru keluar dari bilik belakang bersama kotak di tangannya berkerut dahi melihat Ayesha yang sedang duduk di belakang rak itu sambil mengitai ke arah pintu.

Terus Raanah pergi ke arah Ayesha lalu tepuk bahu Ayesha dengan perlahan. Terhinjut bahu Ayesha apabila seseorang dari belakangnya menepuk bahunya.

Ayesha menoleh ke belakang terlihat Raanah berada di belakangnya.

"Eh akak Raanah"

"Ayesha tengok apa tu dari tadi akak perhati je dekat Ayesha"

Raanah melihat ke arah yang di pandang Ayesha tadi.

"Kenapa Asher ada dekat sini?"Tanya Raanah.

"Ayesha pun tak tahu kenapa dia datang sini mesti dia nak ajak Ayesha keluar lah tu"Balas Ayesha.

"Lah apa salahnya kalau dia ajak Ayesha keluar?"

"Dah 2 bulan dia ajak Ayesha keluar kak Ayesha tak tahu kenapa lah setiap hari dia datang dekat sini semata-mata nak ajak Ayesha keluar"Kata Ayesha.

"Maybe dia suka dekat Ayesha kot"Kata Raanah.

Wajah Ayesha terus bertukar menjadi merah.

"Ish mana ada lah akak dia mana ada suka dekat Ayesha"Balas Ayesha.

"Hati orang mana lah kita tahu"

Raanah terus pergi ke arah Asher yang sedang mencari seseorang itu. Ayesha melihat Raanah pergi ke arah Asher terus menjadi gelabah lalu pergi ke arah kaunter lalu sembunyi di bawah kaunter.

"Encik cari siapa ye?"Tanya Raanah.

Asher pandang ke arah Raanah.

"Um...........saya cari Ayesha dia ada tak dekat sini?"

My Mr.Nerd (Complete)Where stories live. Discover now