Malik memandang dingin ke arah Asher yang berada di hadapannya. Asher menunduk kepalanya tidak berani melihat wajah tegas Malik itu. Sekali pandang macam singa nak makan je.Ayesha keluar dari dapur sambil membawak dulang air. Sampai sahaja di ruang tamu Ayesha meletakkan dulang itu ke atas meja yang berada di tengah lalu menuangkan air kopi itu ke dalam cawan.
Selepas Ayesha menuang air kopi itu Ayesha bangun untuk pergi meninggalkan dua orang lelaki ini. Sebelum Ayesha pergi sempat dia bertatapan mata dengan Asher lalu pergi beredar dari ruang tamu.
"Kamu betul nak kahwin dengan anak saya?" Sudah lama tidak bersuara kini Malik bersuara dengan mata tidak lepas memandang jejaka yang berada di hadapannya yang ingin melamar anaknya.
Asher mengangguk dengan kepala menunduk. Malik menarik nafas dalam sambil memejamkan matanya. Lalu membuka matanya dengan perlahan melihat ke arah jejaka yang menunduk itu.
"Mak ayah kamu dah tahu pasal ni?"Tanya Malik.
Sekali lagi Asher mengangguk tanda suara.
"Pakcik terima lamaran kamu"
Asher yang tadi menunduk terus menegakkan kepalanya memandang ke arah Malik.
"Betul ni pak cik?"Tanya Asher.
"Betul tapi dengan syarat....."
"Janji dengan pakcik jaga Ayesha dengan baik. Kalau nak lepaskan dia pulangkan kepada pakcik dengan baik Asher" Kata Malik dengan nada lembut.
"Saya janji pakcik yang saya akan jaga Ayesha dengan baik" Kata Asher.
Malik mendengar itu tersenyum nipis. Mungkin dia percaya jejaka yang berada di hadapannya akan menjaga anak perempuannya dengan baik seperti mana dia dan arwah isterinya menjaga anak perempuannya.
TOK TOK TOK!
"Masuk"
Pintu di buka lalu ditutup. Seorang wanita bertudung dengan baju kurung masuk ke dalam pejabat Ryan bersama tablet di tangannya dan fail.
"Tuan ini fail yang sudah saya
siapkan" Wanita itu meletakkan fail itu di atas meja."Baik nanti saya tengokkan awak boleh pergi sekarang" Kata Ryan dengan mata tidak lepas memandang ke arah komputernya.
Wanita itu menunduk kepalanya sedikit sebagai tanda hormat lalu menglangkah berjalan menuju ke pintu. Ryan berhenti menekan di keyboard lalu mengambil fail kemudian membaca dalam isi surat itu.
KRING!
Bunyi iphone miliknya berbunyi. Dengan lantas Ryan mengambil iphonenya yang berada di tepinya.
Terlihat di screen telefonnya muncul nama 'Mummy'. Tak apa membuang masa terus Ryan mengangkat telefon itu.
* Hello mummy Kenapa call Ryan?*
*Ryan ni Nayra pengsan sekarang mummy ada dekat hospital*
*Nayra pengsan?! Ok mummy Ryan pergi sekarang*
TUP!
Ryan bangun dari duduknya lalu keluar dari pejabat dengan tergesa-gesa menghiraukan perkerjanya memandang ke arah dengan bingung melihat majikan mereka tergesa-gesa keluar dari pejabatnya.
Ryan berlari di lorong menuju ke bilik wad yang dikatakan oleh nurse di kaunter tadi. Sedang dia berlari terlihat sosok tubuh wanita tua duduk di kerusi dengan kepala menunduk.
"Mummy!"jerit Ryan.
Puan Nova yang mendengar suara yang menjerit itu terus pandang ke arah suara itu. Terlihat Ryan sedang berlari ke arahnya. Dengan lantas wanita tua itu bangun.
YOU ARE READING
My Mr.Nerd (Complete)
RomanceNIK NAYRA ELIZA.Gadis yang kacukan Melayu+UK mempunyai mata biru muda yang muda membuat para lelaki terpukau dengan wajah kecantikannya dan berambut brown dengan senyuman yang manis itu menjadi para lelaki tergila-gila dengannya.berumur 17 dan jugak...