Bab 51

361 17 2
                                    

1 Bulan kemudian...............

Pintu rumah dibuka lalu ditutup dengan rapat. Terlihat kelibat Ryan baru sahaja balik dari kerjanya. Tersenyum lebar Ryan melihat dua insan yang dia sayangi sedang berada di ruang tamu.

Nayra yang sedang bermain dengan anak iaitu Noah tidak sedar kehadiran suaminya. Ryan Menglangkah pergi ke arah anak dan isterinya yang sedang bermain itu.

Nayra yang nekad bermain Noah ekor matanya tertangkap kelibat seseorang yang berjalan menuju ke arahnya. Nayra pandang ke arah sosok itu tersenyum manis Nayra melihat suaminya sudah pulang dari kerja.

"Awal abang balik?" Ujar Nayra sambil melihat jam di dinding.

Ryan mengucup dahi isterinya lalu memberi senyuman manis ke arah isterinya.

"Hari ini abang takde kerja nak buat so balik awal lah" Kata Ryan.

Nayra mengangguk. Ryan memandang ke anaknya yang baring di sofa dengan mulut penuh dengan air liur kerana masuk kelima jari ke dalam mulut. Noah yang melihat Ryan sedang memandang ke arah tersenyum lebar lalu tertawa.

Ryan tersenyum lalu mendekatkan wajahnya ke arah pipi Noah. Ryan mengucup pipi gebu Noah lalu mengesel hidung di pipi Noah.

"Hai hero papa dah makan ke belum ni hmm....." Kata Ryan sambil mengoyang tangan Noah yang memegang jari telunjuknya

Noah hanya ketawa kecil sebagai balas soalan Ryan. Nayra tersenyum melihat anaknya yang ketawa kecil itu.

KRING!

Bunyi telefon bunyi. Ryan masuk tangan ke dalam poket lalu mengeluarkan iphone miliknya. Terlihat nama Darren di screen telefonnya. Dengan lantas dia menjawab panggilan itu.

"Hello Darren ada apa kau call aku ni?"

"Okey nanti aku pergi dekat sana"

TUP!

Ryan memandang ke arah isterinya yang sedang memandang ke arahnya sambil memegang Noah untuk berdiri.

"Sayang abang keluar kejap ye nanti abang balik" Kata Ryan

"Tapi takpe abang tinggalkan sayang dengan Noah ni?"

"Takpe abang pergi je jangan risau sayang dengan Noah lagipun macam penting je kerja abang tu. Abang pergi je takpe" Kata Nayra.

"Kalau macam abang pergi dulu tau. Kunci pintu kalau ada orang ketuk pintu jangan buka pintu faham?"

Nayra mengangguk tandanya 'faham'. Ryan mengucup dahi isterinya lalu ke pipi Noah yang duduk di riba Nayra sebelum dia menglangkah pergi keluar dari rumah. Nayra menghantar kepergian suaminya.

Tapi pelik kenapa Ryan menyuruh tidak membuka pintu kalau ada orang ketuk. Tapi dia abaikan sahaja mungkin Ryan ingin dia berhati-hati kerana zaman banyak perompak.






Ryan masuk ke dalam restoran lalu mencari sosok Darren. Sedang mata memandang sekeliling dalam restoran itu mata tertangkap sosok Darren yang sedang melambai ke arahnya.

Dengan lantas Ryan pergi ke arah Darren. Ryan menolak kerusi lalu melabuhkan punggung duduk di atas kerusi.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?"

Darren memejamkan matanya lalu menarik nafas. Darren membuka matanya memandang ke arah Ryan dengan wajah serius.

"Ryan aku nak bagitau dekat kau pasal Sabrina"

Berkerut dahi Ryan mendengar nama Sabrina keluar dari mulut Darren.

"Semalam Aku jumpa dengan kawan dia Lily. dia bagitau yang polis sedang cari Sabrina sebab dia dah buat pembunuhan jadi aku nak kau hati-hati" Kata Darren dengan nada serius.

My Mr.Nerd (Complete)Where stories live. Discover now