Bab 52

766 30 2
                                    

Nayra duduk di bangku hospital sambil menunggu ketibaan ahli keluarganya yang lain tiba. Dalam hati dia berdoa semoga tiada apa-apa jadi terhadap Andrian.

Ryan berdiri di samping isterinya menunggu ketibaan ahli keluarga. Ryan memandang ke arah isterinya yang menunduk itu terus dia berdiri di hadapan isterinya lalu mencangkung badan.

Nayra yang sedar suaminya yang berada di hadapannya terus mengangkat kepala menghadap ke arah Ryan. Ryan memegang tangan isterinya lalu mengucup lembut.

"Don't worry sayang Andrian tak akan di apa-apakan" Ujar Ryan.

Nayra mengalih pandangan di lantai lalu berpindah ke wajah tampan suaminya. Nayra senyum nipis ke arah suaminya sambil mengusap tangan Ryan yang di genggam itu.

Sedang mereka berdua bertatapan mata satu sama lain mereka berdua dikejutkan oleh dua orang polis.

"Um.... Ni encik Ryan Lutfan ke?"

Ryan bangun dari cangkung apabila seorang polis memanggilnya.

"Ye saya"

"Boleh ikut saya sebentar nak bincang tentang pasal kejadian tadi"

Ryan mengangguk ke arah dua polis itu. Sebelum dia mengikut dua polis itu dia sempat mengucup dahi isterinya.

"Nanti abang balik semula"

Nayra mengangguk. Ryan pergi mengikuti dua orang polis itu meninggal Nayra bersendirian di situ. Apabila Ryan sudah hilang dari pandangannya terus dia memandang bawah lantai.

"Nayra!"

Terangkat kepala Nayra apabila menangkap suara seseorang yang memanggil namanya. Terlihat sosok tubuh wanita tua berlari ke arahnya.

"Nayra macam mana keadaan Andrian?" Soal Puan Amanda dengan nada penuh kerisauan.

Dalam perjalanan tadi Puan Amanda tidak dapat duduk dengan tenang mendengar anak sulung berada di hospital akibat di tikam oleh Sabrina. Nayra mengeleng kepalanya.

"Tak tahu lagi Doktor belum lagi keluar" Balas Nayra.

Wanita tua itu terus duduk dengan wajah sudah risau. Nayra melihat wajah Puan Amanda yang penuh kerisauan terhadap Andrian turut berasa kesian.

Sudah 5 minit masih belum lagi berita tentang keadaan Andrian. Semua berada di luar itu dikejutkan dengan bunyi pintu buka. Terlihat seorang Doktor lelaki keluar dari bilik pembedahan itu.

"Ahli keluarga encik Andrian?"

Mendengar itu lantas Puan Amanda bangun menglangkah pergi ke arah Doktor lelaki itu.

"Saya bapak dia. Macam keadaan anak saya Doktor?"

"Alhamdulillah keadaan Encik Andrian baik-baik sahaja"

Semua berada situ lega mendengar berita dari Doktor itu. Puan Amanda mendengar itu mengeluarkan air matanya. Syukur anaknya tidak ada apa-apa.

"Saya minta diri dulu ye" Izin Doktor itu.

Pintu bilik wad dibuka oleh Puan Amanda. Terlihat kelibat Andrian baring di atas katil. Lantas Puan Amanda menglangkah pergi ke arah katil lalu melabuh duduk di samping Andrian.

Puan Amanda menatap wajah pucat Andrian lalu mengusap pipi kasar Andrian itu. Tuan Danish iaitu bapak kepada Andrian berdiri di sebelah Puan Amanda lalu meletakkan tangan di bahu isterinya.

Melihat wajah anak sulung yang pucat terasa sakit di hati. Andrian yang merasakan pipi di usap mencelikkan matanya. Puan Amanda melihat Andrian mencelikkan matanya terus memanggil namanya.

My Mr.Nerd (Complete)Where stories live. Discover now