Bab 38

420 26 0
                                    


"Ni baju yang Puan nak"

Raanah mengambil baju baju kurung moden berwarna putih dari wanita yang dalam lingkungan 70-an dengan sopan lalu meletakkan di depan badan Nayra. Raanah pandang ke bawah hingga ke atas badan Nayra kecil itu untuk mengukur baju itu dengan badan Nayra.

"Macam sesuai je dengan Nayra apa kata Nayra cuba pakai"Kata Raanah.

Nayra menangguk lalu mengambil baju kurung itu lalu menglangkah berjalan menuju ke bilik persalinan baju bersama wanita itu tua yang memegang tudung shawl berwarna putih untuk membantu memakaikan baju kurung itu dan tudung. Raanah duduk di sofa yang di sediakan lalu mengeluarkan telefonnya.

TIK TOK TIK!!!

Bunyi loceng kedai berbunyi tandanya seorang pelanggan masuk ke dalam kedai. Seorang lelaki yang berpakaian baju kerja dan kot baju memandang sekeliling dalam kedai itu seperti mencari seseorang.

Apabila matanya tertangkap dengan kelibat seorang wanita bertudung hitam yang sedang duduk di sofa terus pergi ke arah wanita itu. Raanah yang sedar seseorang berdiri di sebelah tepinya terus menoleh ke tepi.

"Eh Ryan bila sampai?"

"Baru je kak um..........mana Nayra?"Tanya Ryan.

"Nayra ada je dekat bilik persalinan baju tu nanti dia keluar lah"

Ryan menangguk lalu melabuh duduk di sebelah Raanah sambil menunggu Nayra menyelesai memakai baju itu. Dalam 3 minit Nayra keluar dari bilik persalinan baju dengan tudung shawl putih disarung di kepalanya dan baju kurung yang di pilih oleh wanita tua itu tadi yang di sarung di badannya.

"Macam mana akak ok tak?"

Raanah dan Ryan pandang ke arah suara itu. Ryan terkaku melihat Nayra yang begitu cantik dengan baju kurung putih dan tudung putih bagaikan seperti bidadari. Nayra yang sedar Ryan menatap ke arahnya seperti itu mula menunduk kepalanya dengan pipi terasa panas.

"Ya Allah cantiknya adik ipar akak ni"Kata Raanah. Raanah terus bangun lalu pergi ke arah Nayra.

Raanah pandang ke bawah hingga ke atas. wajah jelita Nayra itu di pandang dengan senyuman lebar. Terus Raanah pandang ke arah Ryan yang masih lagi menatap ke arah Nayra.

"Macam mana Ryan cantik kan?"

Ryan hanya menatap ke arah Nayra sahaja dengan mata tidak lepas melihat wajah Nayra itu tanpa membalas pertanyaan Raanah itu. Raanah yang tidak dapat balasan dari Ryan itu terus berdehem.

"Ryan....!"Jerit Raanah dengan perlahan.

Terus Ryan sedar dari lamunannya terus pandang ke arah Raanah.

"Akak cakap apa tadi?"Tanya Ryan.

Raanah mendengus perlahan.

"Akak cakap cantik tak? Ish..... Tahu lah Nayra ni cantik tapi tak payah lah pandang lama sangat nanti dah sah boleh lah Ryan pandang Nayra ni lama-lama"Kata Raanah.

Ryan mengarut belakang lehernya dengan pipi kemerahan. Nayra menahan senyum sambil menunduk kepala.

"Cantik"Balas Ryan dengan perlahan.

"Um......Puan Raanah"

Raanah pandang ke arah suara yang memanggilnya. Terlihat wanita tua bersama baju melayu putih berada di tangannya.

"Ni baju yang Puan nak"

Wanita itu menghulur baju melayu ke arah Raanah. Raanah mengambil baju melayu putih itu dari wanita tua itu dengan sopan dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

Raanah pergi ke arah Ryan lalu menghulurkan ke arah Ryan. Ryan memandang baju putih melayu lalu pindah ke arah Raanah.

"Ryan pakai lah mana tahu muat ke tak"Kata Raanah.

My Mr.Nerd (Complete)Where stories live. Discover now