Prolog

1.9K 32 8
                                    

Story cover:

KHALIF tersentap seketika setelah panggilan tersebut dimatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


KHALIF tersentap seketika setelah panggilan tersebut dimatikan. Fikirannya menjadi kosong dan tubuhnya kaku tidak bergerak. Kata-kata yang dilafazkan melalui corong telefon itu tadi membuatkan dirinya terpempan dan mindanya tak mampu untuk berfikir apa-apa. Tiba-tiba, bayangan senyuman manis milik kakaknya terimbas dalam benak fikiran. Hal tersebut membuatkan dirinya tersedar dan cepat-cepat dia kembali ke dunia nyata.

Setelah mampu memproses apa yang sedang berlaku, Khalif segera melompat turun dari katil dan terus meluru keluar dari rumah teres dua tingkat itu. Kakinya berlari laju menuju ke sebuah destinasi di mana dia benar-benar pasti yang kakaknya berada di situ. Membayangkan apa yang mungkin bakal terjadi, membuatkan butiran jernih mengalir jatuh membasahi pipi Khalif.

"Kau kena positif Khalif, kakak kau pasti akan selamat," monolognya sendiri sambil kaki masih melangkah laju.

Setiap langkah yang dia tapakkan untuk menuju ke tempat Khaisarah mwebuatkan degupan jantungnya berdetak laju dan tubuhnya pula merembes begitu banyak keringat hingga titisan keringat itu bercampur dengan air mata lalu campuran tersebut menitis jatuh ke tanah. Khalif yakin, dia pasti sempat selamatkan Khaisarah sebelum apa-apa yang buruk terjadi. Dan dia juga yakin bahawa umur Khaisarah masih lagi panjang. Walau apa pun, dia perlu kekal positif.

Khalif memandang ke atas setelah dia sampai di hadapan sebuah bangunan yang tampaknya seperti telah lama ditinggalkan. Di sini lah tempat yang Khaisarah akan pergi jika apa-apa perkara menyedihkan berlaku dalam  hidupnya. Tangan sudah dikepal erat lalu Khalif menerjah masuk ke dalam bangunan lama itu dan memanjat anak tangga dari satu tingkat ke tingkat yang lain hinggalah dia tiba ke tingkat paling atas bangunan tersebut.

Dadanya naik turun naik turun sambil badan dibongkokkan, cuba untuk mendapatkan udara yang secukupnya. Dia kini berada di atas kawasan terbuka tanpa dinding bangunan tersebut. Badan Khalif perlahan-lahan ditegakkan semula sebelum dia mendapati yang Khaisarah sedang berdiri tegak sambil memeluk tubuh di atas tepian bangunan yang tidak mempunyai apa-apa bentuk selusur penghalang.

"Kak Sarah!!" laung Khalif.

Namun, laungan tersebut tidak disahut oleh Khaisarah dan cuma dibiar sepi tanpa jawapan. Tidak lama kemudian, bunyi tangisan Khaisarah yang semakin kuat memecahkan kesunyian antara mereka tadi. Perkara tersebut membuatkan Khalif bertambah risau sebelum dia cuba melangkah mendekati gadis berambut pendek paras bahu dan berbaju gaun putih itu.

"Ja- jangan dekat!" bentak Khaisarah. Dia sedar yang Khalif mahu mendekatinya, namun dia tidak mahu hal itu terjadi. Sementara Khalif yang tadinya melangkah perlahan, terus memakukan dirinya.

"Kak Sarah tak boleh buat keputusan macam ni, adik masih sayangkan Kak Sarah," rayu Khalif. Butir-butir jernih kelihatan mengalir pada wajah lelaki genit itu. Melihat kakak kandungnya cuba untuk meragut nyawa sendiri membuatkan hati Khalif begitu sakit. Kenapa Khaisarah begini? Apa yang telah berlaku padanya?

Perlahan, Khaisarah berpusing ke belakang dan menghadapkan wajah ke arah satu-satunya adik kesayangan yang dia ada. Walaupun air mata kesedihan masih tersisa di pipi, senyuman manis cuba diukirkan oleh perempuan berkulit cerah dan berbulu mata lentik itu. Hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan wajahnya; cantik. Redup pandangan Khaisarah yang penuh dengan kesengsaraan itu membuatkan hati Khalif semakin renyuk dan sayu.

"Maafkan kakak sebab tak dapat jadi kakak yang terbaik untuk adik," ucap Khaisarah. Nadanya kedengaran sayu.

"Tak! Kak Sarah kakak yang terbaik untuk adik! Adik merayu kak, jangan buat macam ni, please?"rayuan Khalif itu hanya dibalas dengan raup wajah sedih milik Khaisarah.

"Walaupun kakak tak pernah mengaku yang adik ni adik kandung kakak pada orang lain?" soal Khaisarah. Kepala Khalif terus diangguk laju.

"Adik tak pernah pun kisah fasal benda tu. Tak ada siapa perlu tahu fasal hubungan kita. Cukup Kak Sarah selalu ada waktu susah senang adik. So please, don't do this Kak Sarah. I'm begging you. Kak Sarah turun ya?" tangan Khalif dihulurkan ke arah gadis itu namun dibalas dengan gelengan singkat.

Saat itu, Khaisarah sudah memalingkan wajahnya ke tempat lain. Suara tangisan pula semakin rancak membuatkan wajahnya sudah sembab dek air mata yang tidak henti-henti mengalir. Manakala Khalif pula sudah duduk melutut di hadapan kakaknya itu setelah lututnya yang dari sudah terketar semakin lemah. Dia mulai panik tatkala Khaisarah masih utuh dengan pendiriannya. Dia tak mahu berfikiran negatif, tapi boleh ke dia memujuk kakaknya untuk tidak melakukan perkara itu?

Sementara fikiran Khaisarah pula tidak mampu lagi berfikir secara rasional. Sejujurnya, dia tidak mahu melakukan hal sebodoh ini. Namun dari sudut pandang seorang Khaisarah Imani, dia adalah seorang perempuan pembawa malang bagi semua yang berada di sekelilingnya. Pertama, kerana dia lah, keluarga mereka berpecah-belah. Kedua, disebabkan dia juga lah, ramai orang di sekelilingnya sengsara termasuk Khalif dan papanya. Dan yang terakhir, dia tidak layak lagi untuk hidup memandangkan harga dirinya sudah musnah disebabkan seseorang. 

"Maafkan kakak, adik. Tapi kakak betul-betul tak boleh nak teruskan semua ni lagi. It's too tiring for me, and I'm too-" ayatnya termati sekejap. Seolah tak mampu untuk menyambung ayat seterusnya. "I'm too useless.."

"Tapi macam mana dengan adik, kak? Takkan Kak Sarah nak tengok adik derita seorang-seorang? Kan Kak Sarah dah janji yang akak akan selalu ada dengan adik sama ada susah, atau senang?" Khalif masih cuba merayu selagi dia ada kesempatan.  Walau apa pun jadi, Khaisarah tak boleh buat keputusan bodoh itu.

"I'm really sorry, Khalif. Kakak percaya yang hidup adik akan lebih bahagia tanpa kakak," balas Khaisarah.

"Tapi-"

"Tolong pesan pada Hud yang kakak akan selalu cintakan dia," perlahan dia berpusing ke arah Khalif sambil tangannya didepan. "Forever.." sambung Khaisarah, diakhiri dengan sebuah senyuman manis sebelum tubuhnya terjun dari tingkat paling atas dan jatuh ke bawah.

"Kak-" mata Khalif terbeliak. Bibirnya terus terkunci.  Nafasnya seolah-olah sedang tersekat di rongga. Tubuhnya pula sudah membatu dan minda Khalif kembali kosong persis sewaktu Khaisarah menelefon dan memberitahu keputusannya untuk membunuh diri.

Saat itu, waktu seakan terhenti berputar dalam dunia ciptaan Khalif. Wajahnya cuma kosong sambil memandang ke tempat Khaisarah berdiri tadi. Tangan Khalif mulai terketar sementara nafasnya pula sudah naik turun. Mindanya masih memproses apa yang sedang berlaku sekarang hinggalah dia sedar yang Khaisarah baru saja mencabut nyawanya sendiri. Kepala Khalif digeleng beberapa siri.

Dia tak mahu menerima kenyataan itu. Tak! Khaisarah tak mungkin dah bunuh diri di depannya. Semua ni cuma satu mimpi buruk yang hadir dalam lena Khalif. Dia yakin, sebaik saja dia bangun, semuanya akan baik-baik saja. Khalif hanya perlu bersikap optimis sekarang. Dia cuba meyakinkan yang semua ini hanyalah mimpi dan khayalannya semata hinggalah sebuah suara menusuk masuk ke dalam corong telinganya.

"Tak! Tak tak tak tak! Apa yang kau dah buat?!" 

Dalam kehenginan dunia tanpa bunyi yang Khalif sedang cipta, kelihatan seorang lelaki yang sangat dia kenali sedang kuat menggoncangkan tubuhnya. Bibir Khalif seolah-olah sedang dikunci dan tika itu, hanya mata yang mampu berfungsi. Khalif tidak memberikan sebarang tindak balas saat tubuhnya digoncang kuat oleh lelaki itu. Hanya wajahnya yang mampu dia renung tanpa sebarang riak. Beberapa siri suara kemudiannya tertangkap lagi ke dalam corong telinga Khalif.

"APA YANG KAU DAH BUAT DENGAN SARAH HA?!!"

"APA YANG KAU DAH BUAT DENGAN GIRLFRIEND AKU, TAK GUNA?!"

"AKU TAKKAN MAAFKAN KAU SAMPAI BILA-BILA!!"

Dunia Khalif tiba-tiba menjadi gelap-gelita sebelum tubuhnya kehilangan fungsi dan dia mulai tidak sedarkan diri. Khalif masih yakin yang semua ni cuma mimpi. Ya. Dia sedang bermimpi sekarang. Sekejap lagi mungkin dia akan sedar dari mimpinya, dan Khaisarah pula sedang menunggunya bangun dari lena. 

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now