Bab 60

453 15 0
                                    

RUMAH Banglo 2 tingkat itu Khalif pandang dengan riak wajahnya yang mulai resah bercampur cemas. Hatinya berdegup kencang. Tak tahu macam mana nak hadap. Sejujurnya dia langsung tak boleh tidur dari malam tadi lepas buat keputusan untuk pergi ke rumah mamanya itu hari ni.

Walaupun dia dah bersedia untuk memberanikan diri dan jejakkan kaki ke rumah tersebut, tapi jantungnya masih berdegup laju saat berdiri di hadapan rumah besar itu. Khalif menarik nafasnya dalam-dalam dan cuba untuk menenangkan diri. Dia harus lakukan semua ni demi masa depan dia dan Hud. Ada persoalan yang mereka perlu selesaikan.

Perlahan, Khalif menekan punat loceng rumah itu beberapa kali sebelum Puan Hanis keluar dari dalam rumah. Riak wajah Puan Hanis berubah sedikit terkejut setelah melihat kelibat anak bujangnya di depan pagar. Hatinya terus rasa teruja dan cepat-cepat dia datang mendekati Khalif.

"Aa- adik! Adik datang rumah mama?" Soal Puan Hanis dengan senyuman lebar pada wajahnya sambil menanti pagar rumahnya terbuka.

Manakan tidak, dah berkali-kali dia pujuk Khalif untuk tinggal bersamanya di rumah itu. Tapi, jejakkan kaki di rumah tersebut pun Khalif tak mahu. Puan Hanis faham kenapa Khalif bertindak begitu. Siapa saja nak tinggal dengan seorang ibu yang dah berlaku curang dengan si ayah?

"Hmm," jawab Khalif pendek sambil mengangguk kecil.

"Jom lah masuk? Uncle Han pun ada kat dalam," jemput Puan Hanis. Khalif sekadar membisu lalu mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.

Encik Raihan yang tadinya sedang bermain telefon sambil duduk di sofa ruang tamu, terus menghentikan tindakannya apabila kelibat Khalif masuk ke dalam ruangan tersebut dan duduk di sofa berhadapan dengan tempat duduknya setelah di jemput duduk oleh isterinya, Puan Hanis.

"Mama pergi dapur buat air kejap ya? Adik tunggu sini dulu," pinta Puan Hanis sebelum meluru masuk ke dalam dapur.

"Khalif datang seorang? Papa tak datang?" Soal Encik Raihan.

"Tak. Lagi pun papa tak tahu pun yang saya datang sini," jawab Khalif. Encik Raihan sekadar mengangguk kecil.

"Ada apa Khalif datang rumah uncle?" Encik Raihan menyoal lagi.

"S- saja? Mama selalu ajak saya datang, saya aje yang tak nak,"

"Khalif masih marahkan mama?" soalan itu membuatkan Khalif terkedu. Tak tahu apa yang perlu dia jawab.

Sebenarnya, niat Khalif jejakkan kaki ke rumah ni untuk mendapatkan buku diari milik Khaisarah. Dalam masa yang sama, dia juga nak cabar diri untuk buat perkara yang selama ni dia benci dan takut. Kalau disoal sama ada dia dah maafkan apa yang telah Puan Hanis lakukan, mesti lah jawapannya tidak.

"...uncle tahu susah untuk Khalif maafkan mama. Tapi percayalah, mama buat semua ni untuk anak-anak dia, Khalif dan Khaisarah," entah kenapa ayat Encik Raihan itu membuatkan hati Khalif sakit.

"Tak payah jadikan anak-anak sebagai alasan untuk perbuatan terkutuk tu! Banyak lagi cara lain," jawab Khalif. Pandangannya dibuang ke tempat lain.

"Terpulang Khalif nak percaya ke tak. Uncle cuma harap yang Khalif dapat layan mama dengan baik. Apa-apa pun dia tetap mama Khalif," ayat itu dibalas tanpa jawapan.

Beberapa tika kemudian, Puan Hanis keluar dari dapur sambil membawa sebuah dulang yang berisi seteko air teh panas dan beberapa balang kuih. Seusai dulang itu diletakkan ke atas meja, Puan Hanis mengambil tempat di sebelah Khalif lalu menuangkan air ke dalam cawan lalu diberikan kepada anak bujangnya tersebut.

"Mama happy sangat sebab adik datang. Kenapa tak call mama dulu? Kalau mama tahu adik nak datang tadi, mama dah-"

"Adik nak tengok bilik Kak Sarah. Adik rindukan Kak Sarah," Khalif terus memotong ayat Puan Hanis belum sempat wanita itu menghabiskan ayatnya. Mendatar saja nada suara Khalif tadi.

"O- ouh! Adik datang sini sebab nak tengok bilik Kak Sarah ke? Mama ingatkan sebab adik rindukan mama?"

"Adik ada hal lepas ni, tak boleh lama-lama. Nak tengok bilik Kak Sarah sekarang boleh?" Cepat-cepat Khalif mengubah topik.

Sebenarnya, dia tak selesa duduk di sebelah Puan Hanis lama-lama. Sejak kes curang wanita itu, Khalif sedaya upaya cuba untuk jauhkan diri dari Puan Hanis. Lama-kelamaan Khalif jadi kekok dan tak selesa bila berada dekat dengannya. Dari awal lagi, bukan menjadi niat Khalif untuk datang ke rumah tersebut semata-mata nak memaafkan Puan Hanis. Niatnya cuma nak masuk bilik Khaisarah. Itu saja.

"Ouh, okay.."

.

.

.

Khalif memerhati ke segenap ruangan bilik milik arwah kakaknya itu. Rasa hiba mula berkunjung dalam hati. Tiba-tiba perasaan rindu pada Khaisarah muncul, membuatkan mata Khalif mula berair. Perlahan-lahan, dia melangkah ke katil Khaisarah lalu duduk di hujung bingkainya.

"Kak Sarah, adik rindukan Kak Sarah," bisik Khalif sendiri sebelum setitis air mata jatuh menbasahi pipi.

"No! Ni bukan masa untuk kau menangis Khalif! Diari! Aku kena cari diari tu!!" Cepat-cepat Khalif mengesat air matanya dan mula fokus kepada tujuan asal dia datang ke sini.

Khalif memulakan pencariannya pada bahagian katil. Dia cuba menggeledah bahagian katil tersebut bermula dari bahagian depannya. Bantal diangkat, namun tiada satu buku pun di bawahnnya. Setelah puas mencari di bahagian atas, Khalif tunduk pula untuk mencari di bahagian bawah.

Tapi sayang, masih tiada buku yang dijumpai. Dia masih tak putus asa, Khalif beralih pula pada bahagian almari baju milik Khaisarah. Dia cuma memeriksa di bahagian dalam, tapi hasilnya masih sama. Kemudian, dia meraba pula tangannya dibahagian atas almari tersebut, tetap tidak menjumpai buku yang dicari.

"Haih, mana Kak Sarah sorokkan buku tu ya?" Monolognya sendiri.

Khalif meneruskan misinya mencari diri tersebut pada bahagian meja belajar pula. Dibuka satu persatu laci meja itu untuk memeriksa kalau-kalau diari Khaisarah ada di situ. Kerana tak jumpa, dia periksa pula pada bahagian rak buku di sebelah meja belajar tersebut.

Akhirnya, Khalif terduduk di kerusi meja belajar itu apabila usahanya langsung tidak membuahkan hasil. Dia mengeluh panjang sebelum matanya tertancap ke arah bingkai gambarnya bersama Khaisarah yang diletakkan di atas meja tersebut.

Senyuman manis automatik terbentuk pada wajah Khalif. Dia terus mencapai bingkai gambar tersebut dan meneliti foto di dalamnya. Melihat wajah Khaisarah yang tersenyum bahagia membuatkan hati Khalif senang. Tuhan saja tahu betapa dia betul-betul rindukan arwah kakaknya itu.

"Kan best kalau Kak Sarah ada? Boleh kita lepak dekat tempat rahsia yang kita selalu pergi waktu kecil-kecil dulu? Rindu tempat ni," ucap Khalif sebelum sesuatu tiba-tiba muncul dalam benak fikirannya.

Melihat gambarnya dengan Khaisarah di sebuah tempat yang menjadi rahsia mereka berdua mengingatkan Khalif tentang satu perkara. Tempat tersebut bukan saja menjadi tempat rahsia untuk mereka melakukan aktiviti, tapi tempat tu juga menjadi tempat rahsia untuk mereka menyorokkan apa-apa barang berharga.

"Mesti Kak Sarah sorokkan diari tu kat tempat ni!!"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now