Bab 39

596 24 0
                                    

"GUYS, ada nampak Khalif tak?" Hud yang dari tadi tak nampak batang hidung 'kekasih gelap'nya itu tiba-tiba menyoal pada ahli unit lain.

"Tadi aku nampak dia angkut barang ke bilik latihan bintang," jawab Azam, salah seorang unit teknikal.

"Ouh, alright. Thanks for the info," tanpa membuang masa, Hud terus melangkah laju menuju ke arah bilik yang dimaksudkan tadi.

Sampai saja di hadapan bilik, langkahnya terhenti saat mendengar suara dua orang lelaki sedang ketawa mesra. Dia lantas menjengukkan muka ke dalam bilik itu sebelum mendapati kelibat Khalif yang kelihatan begitu mesra sambil bergelak-tawa bersama seorang lelaki yang tidak begitu dia kenali.

Tak senang dengan hal itu, Hud terus melangkah masuk dan mencelah perbualan antara dua jejaka tadi.

"Bukan main happy korang gelak? Sampai luar boleh dengar," sindir Hud.

"Eh, Aa- abang Hud! Aa- abang buat apa kat sini?" soal Khalif. Dirinya yang santai tadi terus berubah sedikit 'behave' dengan kehadiran lelaki itu.

"Abang cari Khal la. Tahu-tahu aje lesap." Jawab Hud.

"Err.. Kh- Khal tolong unit kerja khas angkat barang tadi,"

"Seorang-seorang?"

"Err.. nampaknya macam tu lah," Khalif menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal.

"Lain kali minta lah tolong orang lain sekali. Kita bukan bergerak sendiri kalau benda tu melibatkan kerja program," nasihat Hud. Khalif hanya tersengih.

"Oo- okay,"

"Ehem!" Zharif yang tercegat dari tadi, tiba-tiba berdehem.

"Sorry bro. Lupa kau ada sini. By the way, kau dari unit mana ya?" Soal Hud.

"Dia salah seorang peserta untuk pertandingan esok!!" Pantas Khalif menjawab bagi pihak Zharif. Nampak lah yang wajahnya agak teruja di situ.

"I see, dari fakulti mana?"

"Medic!!" Khalif menjawab lagi.

"Tunjuk bakat apa esok?"

"Melukis live depan penonton!"

"Kejap-kejap! Sekarang ni, dia yang join ke, atau Khalif??" Hud menyoal bila semua soalan tadi, Khalif yang jawab. Sekali lagi, Khalif tersengih kambing. Sementara Zharif pula cuma tersenyum kecil dengan gelagat Khalif.

"He's cute," detik hati Zharif.

"Hehe, sorry-sorry. Ter'excited' pula," pinta Khalif.

"Korang berdua dah lama kenal ke??" Hud menyoal lagi. Kali ni nadanya sedikit serius.

"Err.. baa-"

"Kind of lah," Belum sempat Khalif menjawab, Zharif cepat memotong ayatnya. Kening Khalif terangkat sebelum Zharif menarik bahu Zharif ke dalam pelukannya. Kedudukan mereka kini menghadap Hud. Zharif kemudiannya menoleh ke arah Khalif sebelum melontarkan secebis senyuman.

"...and untuk pengetahuan kau, dia ni fans nombor satu aku. Kalau aku menang, nama dia yang aku akan mention atas pentas mula-mula esok!" Makin meninggi alis mata Khalif terangkat.

Riak wajah Hud terus bertukar sedikit masam setelah mendengar ayat Zharif tadi. Entah kenapa hatinya sakit bila ada lelaki lain yang bertindak seolah dia lah yang paling rapat dengan Khalif.

"Huh, fans? Pffttt," Hud tersenyum sinis ke arah Zharif. Ingat dia nak biar saja Zharif berlagak macam tu depan dia? Hud terus menarik sebelah tangan Khalif sebelum memeluk bahu lelaki itu. Kini, kedudukan Khalif yang menghadap Zharif pula.

"...kalau kau rasa dia fans kau, then you should know yang dia minat aku dulu sebelum kau. Saja nak bagitahu, gambar aku yang dia tangkap, got the first place dalam pertandingan fotografi," Hud kemudiannya menunjukkan wallpaper skrin telefonnya ke arah Zharif lalu tersenyum sinis ke arah lelaki tersebut.

"No wonder boleh menang. Its not about who is in the picture, but its about who's taking the picture itself," sinis jawapan Zharif.

"Apa maksud kau cakap macam tu?" nada suara Hud kedengaran tak puas hati.

"What? Salah ke apa aku cakap? Yang buat gambar ni menang adalah skill orang yang ambil gambar tu, bukan sebab orang yang ada dalam gambar, kan?"

"So kau nak cakap, even bukan aku pun dalam gambar ni, gambar ni still boleh menang??" Hud menyoal.

"Nampaknya macam tu lah," selamba Zharif menjawab.

Saat itu, percikan api kecil mulai membara dalam hati Hud. Kecil besar kecil besar aje dia lihat lelaki berkulit cerah dan berbadan tegap depan dia sekarang. Kalau nak ikutkan tahap ketampanan, mungkin mereka berada pada tahap yang sama. Tapi kalau tentang manner, lelaki depan dia ni memang kurang dari segi itu.

Sementara Khalif yang hanya diam dari tadi dapat merasakan aura tegang antara mereka berdua. Secara jujurnya, dia tak tahu macam mana keadaan boleh jadi begitu, tapi yang dia tahu, situasi sekarang bukannya situasi yang positif.

"Abang, Khalif rasa kita kena pergi sekarang lah. Kita tak tangkap gambar sama-sama lagi kan??" Cepat-cepat Khalif cari idea untuk lari dari situasi tersebut sambil menarik sebelah lengan Hud.

"...err, Zharif, good luck ya untuk esok? I'm sure you will be great tomorrow!!" Sambung Khalif lalu melangkah keluar dari bilik itu bersama Hud yang mukanya masih lagi masam.

.

.

.

Hud menyilangkan tangan di dada sambil melirik ke arah Khalif yang kini berdiri tegak sambil memandang ke bawah persis seorang ayah yang mahu memarahi anaknya. Sambil itu, Khalif bermain-main dengan jarinya. Sesekali dia menjelingkan matanya ke atas, namun bila lirikan Hud masih tajam, dia menunduk semula ke tanah.

"Who is that guy actually?" soal Hud dengan nada mendatar. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

"Err.. kawan?"

"Sejak bila Khalif ada kawan acah gempak macam tu? Tak pernah jumpa pun sebelum ni??"

"Kiteorang sebenarnya baru jumpa tadi. Khal tengok lukisan dia, Khal suka, Khal ambil gambar, then Khal bagi kata-kata semangat sikit. Itu aje," terang Khalif.

"So, dia tipu lah bila cakap yang korang dah kenal lama?"

"Uhm," Khalif mengangguk perlahan.

"Haih," Hud terus mengeluh pendek.

"...lepas ni abang tak nak Khalif jumpa dia lagi. Poyo nak mampus!" tempelak Hud. Anak matanya diguling ke tepi.

"Uhm, okay then. Tapi Khalif suka!"

"Suka?" Dahi Hud berkerut.

"Suka tengok abang jealous macam ni," sambung Khalif.

"Jea- jealous? Ma- mana ada abang jealous!" Cepat-cepat Hud menyangkal. Senyuman semakin lebar pada wajah Khalif.

"Lagi abang sangkal, lagi jelas nampak yang abang jealous," Khalif mengusik. Tiba-tiba, Hud terus menarik tubuh genit Khalif mendekatinya. Sebelah tangan Hud kini melingkar pada pinggang Khalif. Mata mereka menatap wajah masing-masing.

"Yes I am. Why? Tak boleh?" Soal Hud perlahan. Khalif mengetip bibirnya, tak tahu apa yang patut dia balas.

"...asal diam? I owe you the answer,"

Cup!

Pantas Khalif mengucup lembut hujung bibir Hud membuatkan Hud sedikit terkejut. Namun senyuman nipis terbentuk pada wajah lelaki itu.

"Main tipu nampak?"

"Apa? Abang nak jawapan, itu lah jawapan Khal,"

"Jawapan diterima.. ," perlahan, Hud mendekatkan bibirnya ke arah Khalif sehingga sekali lagi mereka berkucupan, namun kali ini lebih ghairah.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now