Bab 67

444 17 0
                                    

7 tahun kemudian

"OKAY semua, boleh start setting prob dah. Lighting, backdrops, tripod, camera, semua boleh mula set-up. Kita akan mula shoot 1 hour from now. Model akan sampai lagi setengah jam, so make sure semua ready okay?" arah Khalif seusai masuk saja ke dalam studio tersebut.

7 tahun telah berlalu, Khalif kini bekerja sebagai seorang jurugambar profesional dan mempunyai studionya sendiri. Berkat anugerah dan bakat yang dia miliki, dia mampu membuka studio gambar sendiri dengan hanya 5 tahun pengalaman bekerja dalam industri tersebut.

Setelah bergraduasi dari sebuah universiti di Sarawak 5 tahun lepas, dia telah bekerja sebagai pembantu jurugambar di sebuah studio permodelan yang agak terkenal di bandar. Setelah 4 tahun bekerja, dia mengambil keputusan untuk menjadi seorang jurugambar bebas atau freelancer sebelum mencabar diri dengan membuka studionya sendiri.

"Khal, lepas shoot ni kita kena terus gerak ke Pahang tau? Barang kau semua dah packing kan?" soal Haikal.

"Dah. Kalau macam tu aku try habiskan awal. Kesian pakwa kau tu lah nak kena drivekan kita ke sana," balas Khalif sambil melaraskan kameranya di atas tripod.

"Tak apa, dia okay aje,"

Setahun selepas Khalif menamatkan pengajiannya, dia terus menghubungi Haikal dan menerangkan segala perkara yang telah terjadi pada dirinya. Mula-mula, Haikal agak kecewa dengan tindakan Khalif, namun dia akhirnya faham kenapa Khalif terpaksa melakukan perkara tersebut.

Haikal yang juga sedang bekerja sebagai pembantu jurugambar sebelum ini kemudiannya membuat keputusan untuk menyertai Khalif sebagai pembantunya di studio tersebut. Maka, mereka berdua pun memulakan perniagaan dalam bidang fotografi bersama. Setelah setahun, baru lah perniagaan mereka dikenali dan mula stabil.

Tak hairan pun perkara itu berlaku dengan bakat yang lahir dari dalam diri Khalif. Setakat ni, semua pelanggannya amat berpuas hati dengan hasil yang mereka peroleh. Bermacam-macam jenis gambar yang mereka sediakan sebagai perkhidmatan dalam perniagaan fotografi mereka. Contohnya gambar kahwin, model majalah, papan iklan dan lain-lain.

Boleh katakan, studio mereka sekarang agak terkenal walaupun masih baru dalam industri tersebut. Sebab tu mereka juga berupaya merekrut beberapa orang pekerja untuk membantu kerja-kerja dalam studio.

"Nah, gambar yang kau suruh Zaf editkan," sebuah pendrive berwarna biru diserahkan Haikal kepada Khalif.

"Dah siap edit dah? Laju?" puji Khalif, takjub dengan kemahiran Zafir dalam menyunting gambar yang telah dia tangkap minggu lepas.

"Well, tengok lah boyfriend siapa?" Haikal mengjongketkan keningnya ke atas sambil menayangkan riak bangga. Reaksi Haikal itu hanya dibalas dengan senyuman nipis oleh Khalif.

Sejak mereka kerja bersama di studio itu, Zafir membuat keputusan untuk turut sama membantu sebagai photo editor. Pada mulanya Zafir bekerja sebagai ketua eksekutif bahagian multimedia di sebuah syarikat besar. Namun dia mengambil keputusan berani untuk berhenti kerja di syarikat tersebut dan menyertai studio Khalif mulai bulan depan.

Dia tahu risiko yang diambil sangat besar. Ada dua sebab dia mengambil tindakan tersebut, pertama sebab dia yakin dengan kebolehan Khalif, kedua sebab dia mahu selalu berada di sisi lelaki yang paling dia cintai iaitu Haikal. Bila dah kerja dengan mereka nanti, dapat lah Zafir berkepit dengan buah hatinya itu 24 jam.

"Petang ni Zaf datang lambat sikit ya? Dia kata ada meeting dengan staff," ujar Haikal.

"Ouh okay, kalau macam tu adalah masa kita nak lunch sementara tunggu dia," balas Khalif.

Setelah itu, mereka memulakan kerja mereka di studio tersebut hingga waktu makan tengah hari tiba. Sesi hari ni habis awal, jadi sempatlah Khalif tolong stafnya yang lain untuk kemas-kemas prob di situ. Walaupun Khalif adalah boss di studio tersebut, sikap rendah diri dia lah yang buatkan dia disukai staf-stafnya yang lain.

Sebab tu ramai saja yang nak tawarkan diri sebagai pekerja di studionya. Tapi dia tak mampu nak rekrut ramai lagi pekerja memandangkan studionya baru saja ditubuhkan. Kalau ada rezeki lebih nanti, baru dia rekrut pekerja baru lagi.

"Boss, nak kami gerak sekali ke Pahang ke lepas ni?" soal Hamdan, salah seorang staf di studio Khalif.

"Tak apa. Lepas ni korang boleh terus balik. Saya kena jadi wedding photographer je kat sana. So tak perlukan prob pun. Tapi untuk projek next week, korang kena prepare ya? Pastikan waktu meeting nanti dah siap semua bahan yang saya nak untuk cari konsep projek baru kita tu nanti," arah Khalif.

"Alright, baik boss!" balas Anisa pula, stafnya yang seorang lagi.

Seusai itu, Khalif dan Haikal terus menuju ke kafe berdekatan untuk makan tengah hari sambil menunggu Zafir tiba. Lebih kurang sejam lepas makan, baru lah Zafir tiba di situ sebelum mereka bertiga terus mengangkat barangan yang mereka perlu ke dalam bonet kereta Zafir dan terus bergerak ke Pahang.

Dalam kereta, Khalif cuma duduk di bahagian belakang sambil memerhati ke luar tingkap. Sesekali dia menoleh ke arah Haikal dan Zafir yang sedang bermesraan di bahagian depan. Senyuman nipis Khalif ukirkan. Tak sangka hubungan Zafir dan Haikal boleh bertahan selama ini.

Sudah 6 tahun mereka bersama sejak Zafir menamatkan pengajiannya di UK dan pulang ke Malaysia. Kadang terbit rasa cemburu dalam hati Khalif melihat kemesraan mereka berdua. Namun, dia juga turut bahagia melihat pasangan sejoli tersebut.

Berkenaan Hud pula, Khalif memohon pada Haikal dan Zafir supaya merahsiakan keberadaannya. Pada mulanya Zafir tak setuju sebab dia tak sampai hati nak rahsiakan perkara tersebut daripada sahabat baiknya sendiri. Lepas Khalif terangkan segalanya, barulah Zafir faham dan bersetuju.

Jadi, sampai sekarang Hud tak tahu yang Zafir dan Haikal masih berhubung dengan Khalif. Khalif sendiri tak tahu sampai bila perkara itu dapat disembunyikan dari pengetahuan Hud, tapi dia harap yang Hud sekarang sudah bahagia tanpanya. Biarlah kisah mereka terhenti pada 7 tahun lepas. Tak pula dia mengharapkan yang dia dan Hud akan kembali bersama. Mungkin belum tiba masanya lagi.

"Khalif kat belakang tu okay?" Zafir yang sedang memandu, tiba-tiba menyoal. Matanya menjeling sekejap ke arah Khalif di belakang melalui cermin hadapan keretanya itu.

"Okay aje bang, penat sikit,"

"Kalau penat, rest aje dulu. Dah sampai nanti kitaorang kejut," ucap Zafir.

"Haah, tak ada lah aku malu sangat nak manja-manja dengan boyfriend aku kalau kau tidur," ayat Haikal itu mengundang ketawa kecil Khalif.

"Tak apa, bukan aku tak biasa jadi third wheel korang," balas Khalif pula.

"Itu lah kau, aku suruh kau berbaik ngan Hud kau tak nak," selamba aje ayat itu dilontarkan Haikal sebelum Zafir mencubit peha Haikal dan memberi isyarat untuk menyedarkan Haikal apa yang telah dia katakan.

"..adoi!!"

"Aku tak sedia lagi lah," balas Khalif. Riaknya berubah suram. Pandangan pula dibuang ke luar tingkap.

"Its okay Khalif, take your time. Cuma abang nak Khalif tahu yang Hud masih tunggu Khalif," ucap Zafir.

"Serius ah? Takkan dia tak ada usya mana-mana perempuan kot? Mamat tu kan hot?" soal Haikal sedikit terkejut.

"Hud tu, kalau dia dah cintakan someone, memang susah lah hati dia nak cari lain. Tak ingat waktu Sarah meninggal dulu? 2 tahun kot dia ambil masa nak move on. Itu pun tak move on move on. Khalif muncul, baru lah dia buka hati untuk orang baru," saja Zafir beri jawapan begitu untuk sedarkan Khalif. Harapannya agar Khalif dapat buka hati untuk bersama Hud semula.

"Abang Hud layak dapat yang lagi baik dari saya. He deserves to be happy," jawab Khalif senada.

"His happiness is you Khalif. That's why you need to give what he deserves to," mendengar ayat Zafir itu, Khalif sekadar mendiamkan diri sebelum suasana dalam kereta itu menjadi sunyi.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now