Bab 5

709 27 3
                                    

TAMPARAN kuat yang Khalif hadiahkan pada Hud membuatkan rahang Haikal sudah terjatuh ke bawah. Pertama kali dia melihat Khalif bertindak seagresif itu. Sebelum ini, Khalif mana pernah marah sampai naik tangan macam tu. Tahu lah Haikal yang Khalif benar-benar sedang marah sekarang.

"Abang boleh tampar saya, pukul saya, sepak terajang saya kalau itu yang buatkan dendam abang pada saya terbalas," nafas Khalif mulai tidak teratur saat amarahnya terakam jelas pada wajah. "Tapi saya paling pantang kalau abang sentuh barang yang Kak Sarah dah hadiahkan pada saya!" suaranya mulai bergetar di saat air mata sudah mengalir membasahi pipi.

Dia tidak mampu menahan kesedihannya apabila melihat kamera tersebut hancur begitu saja. Banyak kenangan yang telah tercipta bersama kamera itu. lagi-lagi kenangannya bersama Khaisarah. Bila lihat kamera tersebut rosak berkeping-keping dan tidak dapat digunakan lagi, seolah-olah hatinya juga telah rosak dan pecah begitu saja.

"...saya tak pernah cari masalah dengan abang, dan abang tak pernah ada bukti yang saya dah bunuh Kak Sarah, tapi kenapa abang still buat semua ni pada saya?! Kenapa?!" tengkingan Khalif itu entah kenapa membuatkan Hud terpempan. 

Kata-kata Khalif berjaya membantu akal Hud untuk kembali berfikir dengan waras. Sebenarnya, dah bertahun-tahun dia cuba mencari bukti pembunuhan Khaisarah. Namun tiada satu bukti pun yang dia jumpa untuk membuat pertuduhan ke atas Khalif. Dia sendiri keliru sama ada kematian Khaisarah itu adalah disebabkan pembunuhan atau sebaliknya. Tapi hati Hud masih kuat mengatakan yang Khaisarah bukan lah mati kerana bunuh diri.

"...saya cabar abang untuk cari bukti tu sampai dapat!" mata Khalif direnung tajam ke arah Hud. Nada suaranya kedengaran serius. "Kalau abang jumpa bukti tu, saya sendiri yang akan pergi ke balai dan serah diri pada polis!" ucap Khalif sebelum dia beredar dari booth tersebut bersama kamera polaroidnya yang sudah rosak.

"Ha, cari lah! Kalau kau jumpa, aku rela teman Khal meringkuk dalam penjara tu! Memang sampai abang Jamil mampus pun kau takkan jumpa lah!" tambah Haikal sebelum dia lari mendapatkan Khalif.

Waktu itu, Hud hanya mampu membatu dan dia masih memproses kata-kata yang telah Khalif ucapkan tadi. Entah kenapa, Hud dapat merasakan kehadiran Khaisarah saat Khalif menamparnya tadi. Bila Khalif katakan yang dia tidak suka barangnya diusik, hal itu tiba-tiba membuatkan dia teringat pada arwah kekasihnya. Khaisarah juga paling pantang kalau barang-barangnya diusik oleh orang lain, termasuk dirinya juga.

"Saya betul-betul rindukan awak, Sarah," rambutnya diraup kasar ke belakang. "Sampai pembunuh awak pun ingatkan saya pada awak," monolog Hud sendiri. "Sial lah!"

Sementara itu, Khalif yang sedang duduk di depan tasik sambil membelek kamera polaroidnya yang sedang rosak, masih mengalirkan air mata. Dia terlalu sedih bila barangan peninggalan arwah Khaisarah hancur begitu saja. Lagi sakit hatinya bila barang tersebut dihancurkan sendiri oleh orang yang paling arwah kakaknya itu cintai.

"Sampai hati Abang Hud buat adik macam ni, Kak Sarah. Apa salah adik pada dia? Adik cuma tak nak bagitahu hal sebenar sebab nak jaga nama Kak Sarah aje. Tapi kenapa adik pula yang dipersalahkan?" rintih Khalif sendiri. 

Khalif benar-benar merindui arwah Khaisarah. Waktu dia sedih beginilah, Khaisarah yang selalunya menjadi orang pertama dia akan cari. Tapi, semua itu tak mampu lagi dia lakukan sejak 2 tahun yang lepas. Dia hidup dalam kesepian walaupun mama dan papanya masih ada. Tak dinafikan yang Khalif masih ada seorang ayah yang bertanggungjawab, tapi papanya sering sibuk dengan kerja dan jarang meluangkan masa bersamanya.

"...Kak Sarah, adik betul-betul rindukan Kak Sarah. Siapa nak pujuk adik waktu tengah sedih macam ni? Siapa nak manjakan adik waktu adik perlukan seseorang untuk ada dengan adik sekarang?? Sampai hati Kak Sarah tinggalkan adik seorang-seorang macam ni," rintih Khalif lagi.

Air mata Khalif mengalir laju membuatkan nafasnya menjadi semakin sesak. Bayangan wajah Khaisarah bermain dalam minda membuatkan hatinya bertambah sakit. Kenapa tuhan perlu ambil seseorang yang sangat dia sayangi? Kenapa semuanya perlu jadi begini?

"Sometimes things do not go as planned," suara yang tidak asing baginya tiba-tiba meluncur masuk ke corong telinga Khalif. "Sebab kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.." Khalif terus menolehkan pandangannya ke tepi. Kedua anak mata Khalif terbeliak sedikit saat melihat kelibat gadis yang sedang duduk di sebelahnya sekarang. Dia menggosok matanya berulang kali untuk memastikan apa yang sedang dia lihat.

"Kk- Kak Sarah?" dahi Khalif berkerut seakan tak percaya.

"Kan kakak dah janji yang kakak akan selalu ada dengan adik?" senyuman manis yang Khalif rindukan kini ditayang di hadapannya.

"Tt- tapi macam ma- na?" soal Khalif keliru.

"Tak payah fikir sangat, yang penting kakak dah ada dengan adik sekarang," ucap Khaisarah. Senyumannya masih tak lekang di bibir. Kerana tak mahu serabutkan fikiran, Khalif hanya persetankan saja soal logik akal sebelum memeluk erat tubuh gadis yang amat dia rindui itu.

"Adik rindukan kakak sangat-sangat!" ucap Khalif sepenuh jiwa. 

"Kakak pun rindukan adik juga,"

"Khal!!" suara panggilan dari Haikal itu membuatkan Khalif tersentak dan melepaskan pelukannya sebelum menoleh ke arah Haikal.

"Kal, kau buat apa kat sini?" soal Khalif bila Haikal sudah mendekat.

"Eh eh kau, sepatutnya aku yang kena tanya kau soalan tu. Penat aku keliling taman ni semata-mata nak cari kau tau!" ujar Haikal. Khalif sekadar tersenyum hambar sebelum menoleh ke sebelah tempat duduknya tadi.

"Kak Sa-" ayatnya termati saat kelibat Khaisarah tidak lagi berada di tempat itu. 

"Khal? Kau okay tak ni?" soal Haikal, hairan dengan reaksi Khalif.

"Tak Kal, tadi Kak Sarah ada kat sini!" Khalif mulai resah apabila Khaisarah telah hilang.

"Ha? Kak Sarah??" Dahi Haikal semakin berkerut.

"Ya lah! Kak Sarah? Kakak aku!!" Khalif meninggikan sedikit nada suaranya. Khalif mulai kelihatan seperti orang kena rasuk. Dia menoleh ke setiap arah untuk mencari kelibat Khaisarah yang tadinya ada di sebelah.

"Khal, aku rasa kau kena balik ni?" cadang Haikal. Risau pula dia lihat keadaan Khalif sekarang.

"Tak Kal, aku kena cari kakak aku! Dia ada dekat sebelah aku tadi!" Tindakan Khalif semakin agresif bila dia berlari ke semua arah tanpa tujuan yang jelas.

"Kak Sarah! Kak Sarah kat mana?!" laung Khalif.

"Khal! Khalif!" Haikal cuba mendapatkan Khalif, namun lelaki itu menolak untuk didekati.

"Aku kena cari kakak aku, Kal! Dia mesti tengah rindukan aku sekarang!" balas Khalif.

"Kakak kau dah tak ada Khal!" teriak Haikal sambil menggoncang kedua belah bahu Khalif setelah tubuh lelaki itu dapat dia tangkap. 

Khalif mulai sedar dengan tindakannya. Wajah Haikal ditatap erat dan pandangan mereka saling bertukar. Dapat Haikal lihat renungan yang penuh dengan kesepian dari dalam anak mata Khalif sekarang. Lantas, Haikal terus mendapatkan tubuh Khalif dan memeluk erat kawan baiknya itu.

"Kakak aku dak tak ada Kal, dia dah tak ada Kal!" tangisan Khalif semakin kuat apabila pelukan antara mereka semakin erat.

"Shhhh, aku tahu kau kuat Khal. Sama-sama kita doakan supaya dia tenang dekat sana, ya?" Haikal cuba menenangkan Khalif sambil menggosok perlahan belakang tubuh Khalif.

"Aku rindukan dia, Kal.." rintih Khalif.

"Aku tahu, dan aku yakin yang dia pun rindukan kau juga," balas Haikal. 

Dari kejauhan, Hud hanya memerhatikan saja dua sekawan itu saling berpelukan. Apa yang terjadi tadi telah dia saksikan. Fikirannya semakin keliru apabila jawapan yang sangat dia perlukan, semakin kabur dan teka-teki yang muncul pula menjadi semakin banyak. Dia menyangka yang Khalif hidup dengan tenang setelah kematian Khaisarah, tapi kenapa lelaki itu nampak begitu sengsara sekarang?

"Apa hubungan kau, dengan Sarah?"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now