Bab 63

448 17 7
                                    

SEDANG Khalif leka mengorek, seorang lelaki yang bersembunyi di balik sebatang pohon tidak jauh dari tempat Khalif berada, masih khusyuk memerhati tindakannya. Lelaki itu perlu menunggu masa yang sesuai untuk keluar dari persembunyiannya. Pertama sekali, dia perlu pastikan dulu kenapa Khalif datang ke sini seorang diri dan benda apa yang sedang lelaki itu cari.

Beberapa minit setelah mengorek tanah, akhirnya sebuah buku dengan kulit berwarna biru gelap dapat dilihat dari dalam timbusan tanah. Tangan Khalif semakin cepat mengorek hingga buku tersebut dapat dikeluarkan dari perut bumi itu.

Kulit buku tersebut kemudiannya disapu perlahan-lahan agar kesan tanah dapat dibersihkan. Setelah itu, Khalif meneliti pula kulit buku tersebut sebelum mendapati ada nama Khaisarah pada bahagian bawah, di kulit belakang buku biru itu. Senyuman nipis terukir pada wajahnya dengan serta-merta.

Cepat-cepat Khalif membuka buku diari milik Khaisarah dan membaca kandungan yang tertulis di dalamnya. Buku itu mengandungi journal harian Khaisarah bermula dari kisah pertemuannya kali pertama dengan Hud Zikri.

Khalif mengambil tempat di bawah sebatang pohon yang agak rendang lalu kembali membaca kandungan yang tertulis dalam buku tersebut. Ada masa, kandungan buku itu membuatkan Khalif tertawa sendiri, ada masa Khalif kelihatan sedih pula. Penulisan arwah kakaknya itu sangat terperinci dan indah bagi Khalif hingga membuatkan dia terasa seolah-olah Khaisarah lah yang sedang bercerita padanya ketika itu.

Banyak rahsia tentang Khaisarah yang tidak pernah dia tahu, tertulis dalam diari tersebut. Namun, Khalif masih tidak menjumpai jawapan yang dia dambakan. Untuk habis membaca semua kandungan dalamnya seperti agak mustahil kerana masa yang dia ada pun tak banyak, tambahan pula diari tersebut agak tebal.

Kerana diari itu ditulis berdasarkan hari dan tarikh, Khalif terus melangkau pada muka surat di mana tarikhnya hampir dengan tarikh Khaisarah bunuh diri. Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum meneliti satu persatu muka surat pada bahagian tersebut.

"Cinta mungkin bukan milik aku. Kesucian dah pun sirna. Erti cinta tak lagi bererti. Apa guna cinta kalau kesuciannya dah dicemari?" ayat yang tertulis pada bahagian itu membuatkan Khalif bingung. Apa maksud Khaisarah dengan ayat itu? Dia sambung membaca bahagian seterusnya pula.

"...Sarah minta maaf Hud. Sarah bukan lagi perempuan yang layak untuk Hud. Sarah tahu Hud cintakan Sarah, tapi Sarah tak nak Hud terpaksa terima cinta yang tak layak untuk Hud rasa. Bukan salah kita semua ni jadi Hud, takdir yang dah ditetapkan. Walau Sarah tahu yang Hud masih akan terima Sarah, tapi Sarah tak nak semua tu datang kerana keterpaksaan. Mungkin, kita memang tak ditakdirkan untuk bersama Hud Zikri," ayat itu mengundang sebak dalam hati Khalif.

Apa sebenarnya yang dah berlaku? Macam mana Khaisarah boleh putus asa dengan hubungan cintanya bersama Hud begitu saja? Dia perlu cari tahu apa yang Khaisarah dah hadap. Tak mungkin Khaisarah boleh senang-senang menyerah dengan hubungan tersebut.

Saat dia menyelak ke muka surat yang seterusnya, alis mata Khalif terjongket sedikit kerana dipenuhi dengan contengan rawak. Nampak macam Khaisarah sedang tertekan sambil menconteng muka surat itu. Khalif sambung menyelak namun hanya contengan Khaisarah saja yang ada.

Dia masih tidak berputus asa, Khalif pasti mesti ada jawapan yang tertulis dalam buku tersebut. Hingga akhirnya dia terselak pada bahagian muka surat yang sepertinya digam dengan muka surat yang lain. Perlahan, Khalif mengoyakkan cantuman muka surat yang digam itu.

Alangkah terkejutnya Khalif apabila isi kandungan yang tertulis dalam kertas itu dibaca satu demi satu. Tangan Khalif mulai menggigil dan nafasnya pula menjadi sesak. Kebenaran yang selama ini dia cari sudah tetulis pada muka surat tersebut. Air mata mula perlahan jatuh membasahi wajah.

"Aku benci diri aku!! Aku benci kau, Hazif Zakri!! Sanggup kau rogol aku!! Sanggup kau rogol kekasih adik kandung kau sendiri!! AKU BENCI KAU, HAZIF!!"

Diari itu terus dicampakkan ke bawah. Khalif mulai cemas dan dia langsung tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Jantungnya terasa sakit dan air mata tidak henti-henti jatuh membasahi pipi. Dia tak sangka, lelaki yang cuma berada di depan matanya adalah jawapan yang selama ini dia cari.

Kenapa? Kenapa Hazif sanggup buat macam tu? Kenapa dia sanggup hancurkan hidup kekasih adik kandungnya sendiri? Kepala Khalif terasa berat. Sangat susah untuk dia terima semua kebenaran itu. Bila teringat tentang wajah Hazif yang masih lagi mampu tersenyum walaupun sudah menghancurkan hidup kakaknya, membuat hati Khalif bertambah sakit.

"Adik minta maaf kak!! Adik betul-betul minta maaf,.." Khalif mulai merintih sendiri. Dia benar-benar rasa tak guna sekarang.

Kalau lah dari awal lagi dia bersedia untuk menjejakkan kaki ke rumah ayah tirinya, pasti dah lama dia dapatkan jawapan itu. Namun, mengenangkan tempoh 2 tahun yang dia ambil untuk bersedia membuatkan Khalif bertambah sakit.

"Adik tak sepatutnya ambil masa lama untuk dapatkan jawapan ni, maafkan adik kak, maafkan adik..." dadanya diketuk beberapa kali, rasa sakit tak mampu untuk dia tampung.

Dia benar-benar rasa dikhianati. Kalau dari awal dia tahu yang Hazif lah punca kakaknya meninggal, dia takkan pernah sudi untuk menoleh pada wajah lelaki tak guna itu. Yang paling dia tak boleh terima adalah kenyataan bahawa Hazif merupakan abang kepada Hud.

"Huh, jadi betul lah apa yang sangka? Kau memang akan jadi masalah untuk aku," tangisan Khalif terhenti sekejap apabila Hazif yang entah dari mana muncul terus mencapai diari Khaisarah yang dia campak tadi.

"Kau!! Kau buat ha kat sini?!!" teriak Khalif. Wajahnya kelihatan tegang sambil cuba untuk bangun.

"Buat apa lagi? Nak settlekan masalah dengan kau lah," ucap Hazif sebelum tersenyum sinis. Tanpa berlengah, Khalif terus mendapatkan Hazif sebelum mencengkam kolar baju lelaki itu.

"Kenapa kau sanggup buat macam tu dekat kakak aku ha?! Kenapa kau rogol dia?!!" soal Khalif. Renungan tajam diarahkan pada wajah Hazif. Api dalam hati Khalif semakin membara saat melihat wajah tenang Hazif.

"At first, aku tak cadang pun nak bagitahu siapa-siapa fasal benda ni.Tapi alang-alang kau dah tahu..." ayatnya tidak diteruskan, senyuman sinis pula Hazif ukirkan.

"Kau!! Memang tak guna!!!" tubuh Hazif ditolak kasar ke belakang.

"...apa salah kakak aku?!! Apa?!!"

"Kakak kau tak salah apa pun. Cuma dia degil sikit je," balas Hazif. Khalif cuma membisu. Jawapan Hazif masih ditunggu.

"...kalau kakak kau tak pilih Hud, mesti dia masih hidup sekarang," jawapan Hazif itu membuatkan dahi Khalif berkerut.

"Apa maksud kau ha?!!"

"Kakak kau tu buta!! Dia boleh dapat lelaki bijak macam aku, kenapa dia masih nak pilih si Hud tu?! Aku doktor kot? Nak dibandingkan dengan adik aku? Huh,"

"Jadi sebab tu aje kau sampai sanggup rogol dia?"

"Dia buat aku rayu pada dia macam orang bodoh!! Dah berapa banyak kali aku suruh dia bagi aku peluang? Sikit pun dia tak kisah!! Bodoh punya perempuan!!"

Gedebuk!!

Sedas tumbukan mendarat tepat ke arah sebelah pipi Hazif. Kesan tumbukan Khalif tadi digosok perlahan sebelum dia menghamburkan ketawa persis macam orang gila. Tak nampak sikit pun rasa bersalah pada diri Hazif waktu itu.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now