Bab 46

558 22 7
                                    

SETELAH hampir sejam menyunting video, akhirnya video tersebut berjaya disiapkan. Sekarang hanya tunggu masa untuk video tersebut dieksport keluar dan disimpan sebelum diserahkan kepada team teknikal. Zafir merenyukkan tulang tangannya ke depan lalu tersenyum nipis ke arah Haikal di sebelah.

"La- lajunya abang edit video?!"

"Guest what course abang ambil dekat UK tu?"

"Apa?"

"Mass Com," terangkat kening Haikal dengan jawapan lelaki itu.

"No wonder lah laju aje abang edit video!!"

"Of course, best student kot!" Kening Zafir dijongket ke atas berkali-kali. Selalunya Haikal akan menyampah kalau Zafir buat reaksi menjengkelkan begitu, tapi kali ni, dia benar-benar kagum dan berhutang budi dengan lelaki tampan di hadapannya itu.

"Terima kasih abang," ucap Haikal seikhlas hati. Betapa bersyukurnya dia dengan kehadiran Zafir waktu dia tengah hadap saat-saat genting macam tadi.

"Its not free tau! Abang-" belum sempat Zafir habiskan ayat, laju saja Haikal memautkan bibirnya pada bibir lelaki itu. Terjongket kening Zafir dibuatnya.

Namun, kucupan itu kemudiannya dinikmati oleh mereka berdua. Tak dapat Haikal nak gambarkan betapa gembiranya hati dia saat itu. Sebelum ni dia tak berapa yakin tentang perasaannya pada Zafir, tapi lepas apa yang dah jadi hari ni, dia mulai percaya yang Zafir memang benar-benar ikhlas sukakan dia.

"Cukup tak sebagai upah?" Soal Haikal setelah ciuman dileraikan.

"More than enough. Can I get more?" sempat Zafir mengusik. Dah bagi peha, nak betis pula mamat ni.

"In your dream!" Balas Haikal sebelum sengehan sarkastik dilontarkan.

"Memandangkan kerja Haikal dah settle, biar abang settlekan dengan si Hud pula," pantas saja Zafir bangun.

"Eh, abang nak settlekan apa dengan dia?" sempat Haikal menghentikan langkah Zafir sebelum dia nak melangkah keluar.

"Abang nak ajar mamat tu sebab buat sayang abang ni sampai menangis. Ketua jenis apa macam tu? Sepatutnya bila anak buah mengadu masalah, cuba cari solusi. Bukan tengking-tengking! Kalau tak pandai jadi ketua, duduk aje diam-diam kat rumah!" balas Zafir dengan nada serius. Makin berbunga-bunga hati Haikal bila lelaki itu mempertahankannya sampai macam tu sekali.

"Tak payah lah. Benda pun dah settle kan? Malas lah nak panjangkan cerita,"

"No no, abang kena juga cakap dengan mamat tu! Kalau dia buat lagi macam mana?! Haikal ingat abang suka ke bila tengok Haikal menangis macam tadi tu? Buatnya abang tak datang tadi?!"Haikal mengukirkan senyuman nipis saat mendengar ayat Zafir itu.

Cup!

Pantas Haikal mengucup bibir lelaki itu sekali lagi. Mahu tak cair hatinya bila Zafir bertingkah macam tu? Baru pertama kali dalam hidupnya ada orang yang sanggup pertahankan dirinya macam Zafir tengah buat sekarang. Pandai saja lelaki tu membengkokkan hatinya yang sekian lama lurus itu.

"Saya appreciate bila abang defense saya macam ni. Tapi saya tak ada lah kejam sangat sampai nak buat abang dengan bestfriend abang tu gaduh disebabkan saya. Benda dah jadi kan? Biar aje lah. Nanti waktu sesi postmortem pandai-pandai lah saya cakap fasal benda ni," ucap Haikal. Mendengar kata-kata itu, Zafir terus mencubit sebelah pipi Haikal kerana tak tahan dengan kecomelan yang ditunjukkan oleh lelaki itu.

"Aduh! Sakit lah!!"

"Siapa suruh comel sangat? Kan dah mendapat?"

"Apa yang comelnya?!" pipi Haikal disapu perlahan.

"Tadi tu lah! Eii, rasa nak ngap aje,"

"Gatal lah dia ni!"

"Haah, dekat sini," jarinya ditunjuk ke arah dada.

"...garukan boleh?" Bola mata Haikal diguling ke atas.

"Haha, kelakar lah dia ni. Nak berapa bintang??"

"Tak nak bintang, nak makan. Jom teman abang makan? Dari tengah hari tak makan sebab tak sempat,"

"Jom!"

.

.

.

Khalif masih tercari-cari kelibat si Hud. Tadi dia cakap nak jumpa di khemah jualan makanan, dah hampir sejam dia tunggu, tapi mamat tu masih tak muncul-muncul. Ditelefon, tak angkat, mesej tak dijawab. Hati Khalif mulai resah. Risau juga dia takut kalau ada apa-apa benda buruk yang jadi pada Hud.

Kakinya sekarang melangkah ke arah bilik mesyuarat. Kerjanya sudah dia selesaikan. Gambar dan video pun semua dah diserahkan kepada Haikal. Sekarang, ada lah sikit masanya untuk diluangkan bersama Hud. Rindu juga dia pada lelaki tu. Maklumlah, masing-masing pun sibuk akhir-akhir ni.

Seusai membuka pintu bilik mesyuarat, kelihatan Hud sedang duduk sendiri sambil memeluk tubuh dan memejamkan matanya. Dari raut wajahnya, Hud nampak macam sedang stress. Mungkin sebab banyak benda yang perlu dia buat hari ni. Biasa lah, kalau dah jadi jawatan tertinggi untuk majlis besar macam ni, siapa aje tak stress kan?

Khalif melangkah perlahan mendekati Hud sebelum dia dengan lembutnya memicit bahu lelaki itu. Hud yang sedikit terkejut itu terus menoleh ke belakang sebelah riak wajahnya berubah masam. Terus dia menyentap bahunya dari terus disentuh oleh Khalif.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Hud senada. Khalif agak terkejut dengan reaksi Hud, tapi dia cuba berlagak tenang.

"Abang cakap nak jumpa Khalif tadi? Dah nak dekat sejam Khalif tunggu abang dekat khemah. Abang okay tak ni?" soal Khalif pula.

"Kau tak payah nak acah caring lah dekat sini," jawapan Hud itu membuatkan Khalif rasa tak senang. Ada apa-apa yang dia dah buat ke sampai si Hud ni tiba-tiba berubah dingin dengannya?

"Khalif ada buat apa-apa salah ke?" soalnya lagi. Mendengar soalan itu, Hud terus bangun dari posisinya tadi dan berdiri di hadapan Khalif sambil merenung tajam ke arah lelaki itu.

"Aku ni nampak macam orang bodoh ke pada kau?" dahi Khalif berkerut hairan.

"Maksud abang?"

"Patut lah tiap kali aku tanya apa hubungan kau dengan Sarah, kau cuba nak mengelak? Huh," senyuman sinis diukir pula.

"Ke- kenapa tiba-tiba cakap fasal Kak Sarah pula ni?" makin sinis senyuman Hud setelah mendengar soalan tersebut.

"Kak Sarah? Huh, sepatutnya dari awal kau panggil dia kakak aku dah boleh agak yang kau ni sebenarnya adik dia," pernyataan Hud itu membuatkan Khalif benar-benar terkejut.

"Ma- macam mana abang.." ayatnya termati di situ.

"Asal? Aku tak boleh tahu ke yang dia kakak kau? Apa lagi yang kau cuba nak sembunyikan dari aku HA?! APA?!" tengkingan di akhir ayat Hud itu membuatkan Khalif tersentak dan langkahnya semakin ke belakang.

"....CAKAP LAH WOI!! ASAL KAU SENYAP?! KAU PEKAK?!" sambung Hud. Khalif mati kata. Tak tahu apa yang harus dia jawab sekarang.

"Kalau fasal adik kandung pun dia boleh sembunyikan dari aku, tak hairan lah dia boleh menyundal belakang aku juga kan?"

"Aa- apa abang cakap ni?!" tak terfikir langsung dalam kepala Khalif yang Hud sanggup tuduh kakaknya begitu. Walau sebenarnya dia pun sedang keliru apa yang tengah berlaku sekarang.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now