Bab 58

469 19 1
                                    

"ABANG, thank you tau sebab sudi tolong saya buka photobooth hari ni. Si Khal tu lah, tiba-tiba pula ada benda nak kena buat," ucap Haikal.

Seperti biasa pada setiap hari Rabu, Haikal dan Khalif akan buka photobooth di taman berdekatan rumah Khalif untuk mengumpul dana dan disumbangkan ke mana-mana tabung bantuan yang memerlukan. Tapi hari ni Haikal terpaksa meminta bantuan Zafir sebab Khalif ada hal.

Tentang dana yang diperoleh dari photobooth itu pula, dana tersebut akan disumbang ke rumah anak yatim, ke pusat pemulihan akhlak, atau pun ke mana-mana organisasi bukan kerajaan yang membantu mangsa-mangsa bencana alam seperti tanah runtuh, gempa bumi atau banjir.

Walaupun dana yang mereka terima tidak lah begitu banyak, namun setidaknya ada juga sesuatu yang mereka boleh sumbangkan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Sambil itu, dapat lah juga Khalif dan Haikal mempertingkatkan kemahiran bergambar mereka. Orang kata, sambil menyelam minum air.

"Tak ada apa lah. Kalau Kal tak minta tolong pun, abang tetap nak tolong juga," tangan Zafir meramas lembut ubun rambut Haikal sebelum tersenyum manis.

Melihat senyuman Zafir, jantung Haikal berdegup macam nak gila. Haikal dah lama sedar tentang perasaan cintanya yang semakin bertambah untuk Zafir. Makin lama dia kenal dengan lelaki bermata sepet itu, makin tak tentu arah hati Haikal dibuatnya.

Cuma satu perkara yang dia sedang risaukan sekarang. Tempoh untuk Zafir bercuti di Malaysia dah nak tamat. Tak lama lagi Zafir akan pulang semula ke United Kingdom untuk menyambung pelajarannya di sana. Ada lagi 1 tahun sebelum Zafir menamatkan pengajiannya.

Kalau boleh, Haikal tak mahu langsung berpisah dengan Zafir. Kehadiran Zafir dah banyak buat perubahan dalam hidupnya. Sekarang pun, dia dah banyak bergantung pada Zafir. Nak dibandingkan dengan sebelum ni, dia lebih suka berdikari dan uruskan masalahnya sendiri.

Dia takut kalau ketiadaan Zafir nanti akan buatkan dirinya menjadi lemah dan tak tentu hala. Salah Zafir juga sebab selalu memanjakannya. Kalau boleh, semua masalah yang Haikal ada, semua dia nak selesaikan. Kalau ditolak, rasa bersalah pula.

Kechak!

Sedang Zafir sibuk menyusun barangan di dalam khemah photobooth itu, Haikal mengambil kesempatan tersebut untuk menangkap gambarnya. Zafir yang tadinya kelihatan sibuk, terus menghentikan apa yang dia sedang lakukan.

"Aish, tak fokus pun still nampak hensem mamat ni," bisik Haikal sendiri sambil melihat ke arah gambar yang dia ambil tadi.

"Sejak bila buah hati abang ni dah pandai jadi stalker?" soal Zafir, sengaja nak mengusik. Haikal kemudiannya menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Helok sikit, saya nak test kamera aje ya? Tak ada masa saya nak stalk abang," balas Haikal sambil menggulingkan anak mata ke atas sebelum sambung melihat ke arah gambar di skrin kameranya.

"Eleh, kalau nak gambar abang cakap aje lah. Abang boleh post boek punya, khas untuk my beloved sweety little boy!" Zafir mengambil kesempatan itu untuk mencubit manja sebelah pipi Haikal.

"Auch, sakit lah! Suka hati aje nak cubit pipi orang!" pipinya yang dicubit tadi digosok perlahan sambil menayangkan wajah cemberut. Zafir tertawa kecil dengan reaksi comel Haikal itu lalu merampas kamera yang sedang Haikal pegang tadi.

"...aa-abang nak buat apa dengan kamera tu?" soal Haikal.

"We should create our memories together," kamera tersebut kemudiannya dipegang dengan sebelah tangan Zafir sebelum diarahkan pada mereka berdua untuk mengambil gambar secara swafoto.

"For what?"

"Mana tahu Haikal rindu abang waktu abang dah balik UK nanti?" ayat Zafir itu terus membuatkan riak wajah Haikal berubah sugul.

Kechak!!

Saat gambar yang baru saja Zafir tangkap dia periksa, kelihatan wajah Haikal nampak muram dalam gambar tersebut. Terus dia menoleh ke arah lelaki itu. Wajah Haikal masih muram dan pandangannya dibuang ke bawah.

"Hey, Kal kenapa ni? Kal okay?" soal Zafir. Haikal hanya membatu dan mendiamkan diri.

"...Kal okay tak ni? Kal tak sihat?" Zafir menyoal lagi. Risau pula dia bila buah hatinya tiba-tiba bereaksi seperti itu.

"Kalau saya minta abang jangan balik UK, abang boleh tunaikan?" Haikal tiba-tiba bersuara. Zafir terkedu seketika dengan permintaan Haikal tersebut.

"...kalau saya nak abang selalu ada dengan saya sampai bila-bila, abang boleh buat ke?" soal Haikal lagi. Kali ni dia cuba mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Zafir. Kelihatan yang anak matanya sudah mula berair.

"Kal, abang-"

"Haha, apa yang saya merepek ni? Mesti lah tak boleh kan? Takkan abang nak berhenti belajar kat UK semata-mata sebab saya suruh kan?" Haikal terus memotong ayat Zafir sebelum dia cepat-cepat berpusing ke belakang dan berpura-pura sambung menyusun barang di photobooth tersebut.

Saat itu, jantung Zafir terasa macam nak pecah. Dia tak sangka yang Haikal akan membuat permintaan besar seperti itu. Dia fikir, perasaan cintanya pada Haikal lebih besar berbanding perasaan cinta Haikal padanya. Namun, permintaan Haikal tadi telah mengubah persepsi Zafir tentang perkara itu sepenuhnya.

"Its okay to skip for just one day," ucap Zafir sebelum tiba-tiba menarik tangan Haikal dan melangkah pergi meninggalkan photobooth tersebut.

"Ki- kita nak ke mana ni?" soal Haikal hairan.

"Do something more important than this," ucap Zafir.

.

.

.

"Mmmmm... ahh," Haikal mengerang manja saat bibir Zafir mengucup batang lehernya.

Setelah meninggalkan booth, Zafir terus membawa Haikal menuju ke salah sebuah rumah persendiriannya. Masuk saja ke dalam bilik, dia terus menghempaskan tubuh kecil Haikal ke atas katil sebelum menyambar batang leher lelaki tersebut.

"Ahh.. aa- abang," desah Haikal lagi membuatkan nafsu Zafir semakin membuak-buak. Pantas Zafir menanggalkan bajunya sebelum ketulan-ketulan indah pada bahagian atas pusatnya terpampang jelas di depan Haikal.

"I'm sorry sayang, I cannot hold this anymore," ucap Zafir lalu kembali menyambar leher Haikal. Haikal pula sekadar membiarkan saja apa yang lelaki itu ingin lakukan padanya.

Dari batang leher, kucupan itu turun pula ke dada Haikal, lalu bajunya pula ditanggalkan oleh Zafir. Kucupan tersebut bersambung semula hingga bibir Zafir turun ke bahagian pusat Haikal. Seketika, dia menoleh ke wajah Haikal yang sedang memejamkan matanya erat.

"Can I do this?" soal Zafir perlahan.

"Hmm!" setelah kepala Haikal diangguk kecil, Zafir menyambung tindakannya tadi. Seluar Haikal terus diturunkan ke bawah hingga menampakkan boxernya yang berwarna biru cerah itu. Setelah itu, mereka terus berlayar di bahtera ranjang dan menikmati dunia ciptaan yang hanya dihuni oleh mereka berdua sahaja.

Rasa cinta antara kedua lelaki itu membuatkan pengalaman indah tersebut menjadi lebih manis. Haikal tak sangka yang dia akan menyerahkan dirinya dengan mudah di tangan abang kepada seorang perempuan yang pernah menjadi dambaan hatinya satu ketika dulu. Manakala Zafir pula, sudah lama menantikan saat ini di mana dia dapat menawan hati lelaki yang sudah lama dia dambakan sejak dari dulu lagi.

Selesai berasmara, mereka berdua terbaring lelah di atas katil sambil berpelukan manja. Sensasi rasa cinta kesan dari perbuatan mereka tadi masih lagi tersisa membuatkan jantung mereka masih lagi berdegup kencang.

"Thank you Haikal," ucap Zafir sambil memeluk erat Haikal yang sedang berlabuh di atas dadanya. Tangan Haikal dicapai sebelum digenggam erat.

"No, Kal yang sepatutnya berterima kasih dekat abang," balas Haikal. Wajahnya kelihatan malu. Zafir pula mengukirkan senyumannya sebelum mencium ubun rambut Haikal.

"Abang mungkin tak dapat nak tunaikan permintaan Haikal tadi, but I promise that nothing will separate us after I comeback to Malaysia nanti," ucap Zafir.

"I love you, Zafir,"

"Me too Haikal, me too,"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now