Bab 47

532 21 1
                                    

OTAK masih memproses apa sebenarnya yang sedang terjadi. Baru sekejap tadi Hud menghantar mesej untuk bertemu, rindu katanya. Tup tup sekarang? Kenapa tiba-tiba dia tengking serupa orang gila macam tu? Paling tak munasabah bila Hud cakap benda buruk tentang Khaisarah.

Tak ada angin tak ada ribut, terus berubah drastik mood lelaki itu. Kalau dia ada buat salah sekali pun, tak boleh ke Hud tegur baik-baik? Perlu ke dia tengking begitu? Siap nama Khaisarah sekali naik. Dan lagi satu, macam mana dia boleh tahu hubungan sebenar Khalif dan arwah kekasihnya itu pula?

"Abang, Khalif tak tahu apa yang dah jadi. Tapi boleh tak abang relax dan terangkan apa sebenarnya yang dah jadi?" Khalif masih cuba untuk mengubah keadaan menjadi lebih tenang.

"Terangkan? Dekat kau? Huh!" Hud memasang senyum sinisnya.

"...fine! Tapi sebelum tu, jawab soalan aku. Apa hubungan kau dengan Sarah?" mata Hud tajam merenung ke dalam anak mata Khalif. Sementara Khalif pula, mulai membatu. Tak tahu apa yang perlu dia jawab.

Air liur diteguk keras. Fikirannya cuba mencari alasan. Tapi jalan buntu yang dia jumpa. Bukan macam ni keadaan yang dia nak waktu dia beritahu Hud semua tentang rahsia yang selama ni dia simpan demi Khaisarah. Namun, tiada lagi jalan lain yang boleh dia pilih. Khalif menarik nafasnya tenang.

"Khalif, a- adik kandung Kak Sarah," jawab Khalif perlahan. Mata mereka masih menyatu. Tajamnya panahan mata Hud, membuatkan jantung Khalif berdegup laju. Bukan kerana dia teruja, tapi sedikit gugup. Jawapan tadi dibalas dengan senyuman sinis oleh Hud.

"Huh, jadi selama ni kau seronok lah sebab dapat bodohkan aku?"

"Apa abang cakap ni??"

"Dah lah Khalif! Boleh tak berhenti pura-pura jadi macam orang bodoh?! Aku meluatlah tengok!!"

"Masa bila Khalif pura-pura??"

"Habis tu selama ni tu apa?! Kau tahu aku terseksa sebab rindukan Sarah, kau tahu aku sanggup mati untuk tangkap orang yang aku ingat dah bunuh Sarah. Tapi kenapa kau tak terus terang dan cakap yang kau adik dia?! Kau enjoy tengok aku tegakkan benang yang basah macam orang bodoh, ha?!"

"Khalif ada sebab kenapa Khalif sorokkan semua benda ni dari abang," pandangan Khalif dibuang ke lantai.

"Sebab? Huh,"

"Ya, sebab Khalif tak nak abang fikir buruk fasal Kak Sarah,"

"Pfftt.. kalau itu lah sebabnya, tahniah Khalif! Kau memang dah berjaya!! Kau berjaya buat aku rasa bodoh sebab aku tak pernah fikir buruk fasal kakak kesayangan kau yang rupa-rupanya mengandungkan anak orang lain tu!!"balas Hud diselangi dengan ketawa sarkastik. Khalif terus mengangkat pandangannya sambil memasang wajah keliru ke arah Hud.

"Hh- ha? Aa- apa abang merepek ni? Masa bila Kak Sarah mengandung?"

"Tak payah nak berlakon lah bodoh!!!" Tangan Hud dihentakkan ke atas meja.

"Ss- saya betul-betul tak faham,"

"Cukup lah Khalif. Please..." nada suara Hud diperlahankan pula.

"Tapi-"

"Aku kata cukup, cukup lah Khalif!!! Kau pekak ke?!! Aku dah tak tahan asyik jadi bodoh dari awal!! Aku cintakan dia sepenuh hati, dan sekarang, aku cintakan kau pula!! Puas hati korang dapat musnahkan hidup aku macam ni?!"

"Abang, Khalif tak ada niat langsung nak sembunyikan semua ni dari abang. Tapi percaya lah, Khalif pun tak tahu yang Kak Sarah mengandung," Khalif cuba mendekatkan diri ke arah Hud. Wajah Hud kemudiannya Khalif pandang.

"DAH LAH BODOH!" Kolar baju Khalif dirangkul kasar oleh Hud.

"...mulai hari ni, aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi sama ada dengan kau, atau pun kakak kau! Jangan muncul lagi depan muka aku," ucap Hud sebelum rangkulannya dilepaskan dan dia terus melangkah keluar dari ruangan itu meninggalkan Khalif sendiri.

Lutut Khalif mulai lemah dan dia langsung jatuh terduduk ke bawah. Matanya cuma mampu melihat Hud yang semakin jauh melangkah hingga akhirnya kelibat lelaki itu hilang dari pandangan. Riak Khalif hanya kosong, namun air mata sudah bercucuran jatuh membasahi pipi.

Dia tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Rahsianya terbongkar pada saat dia belum bersedia untuk memberitahunya pada Hud. Kelihatannya, lelaki itu juga sudah mulai membenci dia dan kakak kandungnya itu. Berita yang Khaisarah mengandung juga, sangat baru baginya. Macam mana Hud boleh tahu tentang semua tu? Siapa yang bagitahu lelaki tersebut?

.

.

.

Khalif berjalan lemah. Mengenangkan kebencian yang terpapar pada wajah Hud petang tadi membuatkan seolah-olah runtuh dunianya sekarang. Baru saja benih cinta cuba disemai, hasilnya pula sudah sedikit demi sedikit tumbuh, tiba-tiba disebabkan ribut yang datangnya entah dari mana menghancurkan tanaman yang selama ini dia usahakan. Sekarang, dia tak tahu lagi apa yang perlu dia lakukan.

Khalif duduk seorang diri ditepian tembok batu berdekatan fakultinya. Air mata masih jatuh membasahi pipi. Kenangan manis bersama Hud sebelum ni ditayangkan semula dalam mindanya. Kadang, senyuman nipis terbit pada wajah, namun senyuman itu kembali pudar setelah dia teringatkan tentang peristiwa tadi.

"Kak Sarah, apa adik kena buat sekarang? Betul ke apa yang Abang Hud cakap tu? Kalau betul, kenapa Kak Sarah tak pernah bagitahu yang Kak Sarah mengandung??" Rintih Khalif.

"Patut lah cuaca hari ni mendung aje, rupanya orang yang jadi penyerinya tengah sedih," sehelai tisu dihulurkan ke arah Khalif. Wajah si penghulur terus dia pandang.

"Zha- Zharif," senyuman manis diukirkan oleh lelaki tampan itu buat Khalif.

"Lepas aje MC umum yang aku lepas ke next stage, aku terus cari kau. Ingatkan nak share berita gembira ni, tengok kau sedih, terus tak ada semangat," ucap Zharif sebelum bibirnya dimuncungkan manja. Tisu yang dihulur tadi perlahan diambil oleh Khalif.

"Thank you, and sorry," cepat-cepat Khalif mengesat sisa air matanya.

"Apa dah jadi? Siapa berani buat fans nombor satu aku ni menangis?" seloroh Zharif. Perkara itu membuatkan Khalif tertawa kecil.

"Tak ada apa pun. It just, personal matter," Zharif kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelah Khalif.

  Kemudian, dengan tidak semena-menanya, dia terus mendapatkan tubuh kecil Khalif sebelum dipeluk erat. Walaupun sedikit tersentak dengan kelakuan Zharif, dibiarkan saja apa yang lelaki itu lakukan padanya. Mungkin, memang ini yang Khalif perlukan sekarang.

"Air mata adalah benda paling berharga untuk manusia. Tak perlu bazirkan untuk orang yang tak layak. Aku janji, kalau kau dengan aku, aku takkan pernah buat kau gugurkan air mata yang berharga tu," ucap Zharif perlahan.

"Mm- maksud awak?" soal Khalif hairan. Pelukan tadi dileraikan sebelum kedua bahu Khalif dipegang oleh Zharif. Pandangan Zharif ditanam ke dalam mata Khalif.

"Aku sukakan kau, Khalif. I want you,"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now