Bab 30

663 25 6
                                    

"WHAT? Dia cakap dia tak mampu nak tahan diri setiap kali dengan kau?! Mamat tu sangap ke apa?!" Wajah Haikal mulai berubah tak puas hati.

"Entah lah Kal, aku malas dah nak fikir. Tak apa lah, aku ingat dia boleh cintakan aku balik, tapi yang dia cuma nampak pada diri aku, pembunuh Kak Sarah aje. Entah bila masa dia tak mampu tahan diri bila dengan aku pun, aku tak tahu. Padahal baru sekali kitorang buat se-" Khalif mengetip bibirnya rapat-rapat bila sedar keterlanjurannya bercakap. Makin membulat mata Haikal saat itu.

"Khalif Iman!! Baik kau jujur dengan aku sekarang, apa sebenarnya yang dah jadi antara korang malam tu?!" Arah Haikal. Wajahnya tampak serius.

"Tta- tak ada ap-"

"Ah, tak ada tak ada!! Kau ingat aku tak dapat tangkap ke ayat kau tadi?!" matanya semakin dijojolkan keluar. Akhirnya, terpaksa juga Khalif membuka cerita setelah keluhan kecil dikeluarkan.

Mata Khalif hanya tertunduk ke bawah saat dia menceritakan segalanya pada Haikal. Entah mana dia nak letak muka sekarang pun dia tak tahu. Yang si Haikal pun satu, dah cerita sikit, nak tahu secara terperinci pula. Makin memerah lah wajah Khalif waktu bercerita. Mahu saja dia tekup muka dia dalam lubang jamban sekarang.

"Aaaaa~ maksudnya korang just dah buat yang ringan-ringan aje lah? Nasib baik dia tak tebuk kau ke apa?" Selamba saja dia meluncurkan ayat itu.

"Ish! Kau ingat aku ni apa? Jalang?" sinis balasan Khalif itu.

"Eleh, kalau si Hud offer malam tu, kau sebat juga kan? Bukan jalang konon!!" Bola mata Haikal digulingkan ke tepi.

Puk!!

"Aduhhh!!" Haikal menggosok lengannya yang dipukul Khalif tadi.

"Ha! Kemain lagi mulut kau tu ya? Cuba kau ada kat tempat aku? Mesti kau buat benda sama juga kan?!" balas Khalif.

"Ish, iyalah iyalah! Sorry. Tapi apa rasa buat dengan mamat sado tu? Sedap ke?"

Puk puk!!

Bertambah-tambah pukulan yang Khalif hadiahkan pada Haikal sejurus soalan itu ditanyakan. Sudah lah malunya bercerita tadipun belum habis, ditambah pula dengan soalan macam tu. Haih, siapa aje tak malu bila kena bayangkan semula apa jadi antara mereka malam tu?

"Aku rasakan Khal, dia tu memang dah mula sukakan kau pun. Kau ingat tak waktu kita buka photobooth hari tu? Kemain tajam aku tengok pandangan dia bila nampak kau dengan si Zafir tu mesra-mesra. Lepastu berlagak macam dia tak rasa apa-apa. Bab pandai berlakon, memang dia lah menang. Sama lah juga macam kau!!" Cis, sempat Haikal menyindir Khalif.

"Entah lah Kal, aku malas dah nak fikir. Aku ingat dia boleh lah terima aku lepas apa yang kitorang dah terlanjur buat, tapi? Kecewa lagi adalah. Aku bukan nak putus asa, cuma penat nak kejar sesuatu yang dah tentu-tentu takkan jadi milik aku," wajah Khalif berubah suram. Haikal segera menepuk perlahan sebelah bahu Khalif.

"Tak apa bro. Aku kan ada? Kalau si Hud tu tak nak jadi boyfriend kau, biar aku aje yang jadi. Jom? Kita nak mula dengan cium kat mana dulu ni??" Seloroh Haikal.

"Hotak hang! Dah lah Kal, malas aku layan kau ni lama-lama. Karang tak fasal-fasal ada orang mati kena cekik kat sini nanti," balas Khalif sebelum beransur pergi dari tempat itu. Sementara Haikal, hanya membontoti Khalif dari belakang menuju ke kelas mereka yang seterusnya pada hari itu.

.

.

.

Seusai kelas, Haikal dan Khalif akan menuju ke bilik badan khas seperti biasa untuk menjalankan gerak kerja mereka sebagai unit media. Program Bintang Universiti akan berlangsung lagi 2 minggu. Pejam celik, dah nak dekat dah. Tentu-tentu lambakan kerja untuk mereka pun semakin rancak.

"Okay semua, macam yang korang semua tahu, program kita akan berlangsung dua minggu saja lagi. Tak banyak dah masa yang kita ada untuk selesaikan semua tugas-tugas kita. Dan setakat ni, tak ada masalah besar yang aku terima dari unit kita. Tapi tak ada masalah bukan bermakna program kita akan berjalan lancar, semua tu akan ditentukan waktu program tu berlangsung nanti. So, aku nak korang semua prepare," ucap Hud panjang selaku orang yang perlu mengendalikan unit media tersebut. Kadang, anak matanya sempat menjeling ke arah Khalif yang cuma memandang ke buku nota kecil miliknya sambil menulis sesuatu.

"...semua faham ke?" soal Hud mengakhiri ayatnya tadi. Sempat dia menjeling ke arah Khalif lagi.

"Faham!!" yang lain menjawab.

"Khalif, kau faham tak? Asyik menconteng buku aje aku tengok dari tadi?" sergah Hud.

"Its not conteng, its mencatat," Khalif menunjukkan apa yang dia catat pada Hud sebelum membuang pandangannya ke bawah semula.

"Oo- okay. Sorry," ucap Hud perlahan.

Selesai saja perbincangan mereka, yang lain terus berpusu-pusu keluar dari ruangan itu untuk pulang. Cuma Haikal, Khalif dan Hud saja yang berada di situ. Haikal sedang menyiapkan baki tugasannya, sementara Khalif terpaksa menunggu memandangkan dia pulang dengan Haikal hari ni. Hud pula sedang menyemak jadual gerak kerja unit media. Sesekali, dia menjeling ke arah Khalif yang berada tidak jauh dari tempat duduknya.

Tak tahu kenapa dia tak boleh nak lepaskan pandangannya dari terus memandang ke arah Khalif. Lepas saja dia sembuh dari demam hari tu, dia langsung tak ada hubungi Hud. Mesej untuk ucap terima kasih tu ada lah. Selepas tu? Terus senyap. Kalau berselisih sekali pun, mesti dia akan memulaunya. Memang gelisah lah Hud.

"Khal, aku pergi tandas jap," ucap Haikal sebelum melangkah keluar.

"Uhm,"

"Jangan sampai dia 'ngap' kau lagi," sempat Haikal menyakat sambil menjuih ke arah Hud yang masih fokus di depan.

"Ish budak ni!!" laju tangan Khalif memukul lengan budak itu.

Khalif menyambung contengan yang ada dalam buku nota itu. Sejujurnya, hati dia sedang berdegup laju sekarang memandangkan hanya dia dan Hud saja yang tinggal dalam ruangan tersebut. Aksi-aksi ironinya bersama Hud malam itu tiba-tiba muncul dalam fikiran. Terus dia menggelengkan kepalanya laju-laju.

"Kau okay tak tu?" soal Hud saat melihat Khalif yang seperti orang tak betul tadi.

"Eer- o- okay aje," jawab Khalif pendek.

"Kesan dekat leher kau macam mana? Dah hilang?" Soalan Hud itu membuatkan Khalif tersentap.

"Dd- dah,"

"Dekat badan?" makin laju degupan jantung Khalif saat soalan itu dilontarkan. Mamat ni dah kenapa? Saja nak uji keimanan dia ke apa? Tanya soalan macam tu waktu-waktu macam ni. Dah tak ada idea sangat ke nak sembang apa sampai ungkit fasal tu?

"Err.. aa- ada yang belum," Hud sekadar mengangguk sebelum dia menyambung kerjanya semula.

Macam tu aje? Dasar tak ada perasaan punya Hud. Dah lah tanya soalan tu macam tak ada apa, lepas tu tinggalkan Khalif tersipu-sipu macam tu dengan soalannya tadi. Ingat si Khalif ni patung yang tak ada perasaan ke apa? Ingatkan nak lah si Hud tu pujuk dia ke apa? Tup tup, hapah pun tak ada.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now