Bab 3

751 31 1
                                    

BUNYI tepukan yang gemuruh kedengaran di setiap sudut ruangan kelas tersebut. Hasil gambar yang ditangkap oleh Khalif sedang ditayangkan pada layar di hadapan kelas sambil disaksikan oleh rakan-rakannya yang lain. Seperti biasa, gambar yang dipotret oleh Khalif tak pernah mengecewakan pensyarah dan sentiasa mendapat markah tertinggi berbanding rakan sekelasnya yang lain.

"Congrats, Khalif! The way you've captured the interplay of light and water shown that you are masterful! Subjek pula terletak sempurna pada posisi dia, creating a strong sense of depth and movement. Pandai awak pilih aperture yang sesuai untuk fokus pada lelaki tu tapi still manage untuk kekalkan konteks dekat latar belakang. The exposure, highlights and the shadow pula semuanya mantap! This is a truly exceptional piece of work!" puji Sir Najmi, pensyarah bagi subjek major yang diambil oleh Khalif sebelum bunyi tepukan kedengaran lagi.

"Terima kasih, Sir" hanya itu yang mampu Khalif ucapkan.

"Tapi, macam mana kamu boleh terfikir untuk gantikan subjek kamu kepada manusia? Bukan ke sebelum ni kamu pernah cakap pada saya yang kamu tak suka ambil gambar manusia?" soal Sir Najmi hairan.

"Ouh, sebenarnya ni cuma percubaan saya yang pertama. Alang-alang ada sekumpulan lelaki  waktu ni, itu yang saya cuba ambil gambar salah seorang antara dorang. Tak sangka hasil dia jadi menarik," jawab Khalif. Sementara Sir Najmi pula sekadar menganggukkan kepalanya tanda faham.

"By the way, Persatuan Fotografi Universiti kita tengah adakan pertandingan fotografi bertemakan manusia dan alam. Kalau saya minta kamu sertai pertandingan tu dengan hantar gambar ni, kamu setuju tak?" mendengar permintaan Sir Najmi , alis mata Khalif terjongket ke atas sedikit.

"Er.. bukan saya tak nak sertai Sir," suara Khalif seperti teragak-agak. "Tapi saya kurang yakin dengan gambar yang saya ambil ni. Lagi pun, ni cubaan pertama saya jadikan manusia sebagai subjek dalam gambar. Saya takut dengan kritikan orang lain nanti," balas Khalif, cuba memberi alasan. 

Sebenarnya, dia tak nak gambar yang dia ambil itu terdedah kepada umum. Buatnya gambar tersebut sampai ke pengetahuan Hu? Memang habis lah hidup dia. Sebab? Lelaki yang dijadikan subjek dalam gambarnya tadi adalah Hud. Ya, Hud Zikri. Lelaki yang telah menganggapnya sebagai seorang pembunuh. Simpang malaikat empat puluh empat lah dia merelakan gambar itu menjadi tatapan umum.

"Tapi, bukan ke kritikan orang tu lagi bagus untuk kamu tingkatkan kemahiran kamu? Jadikan kritikan itu sebagai semangat untuk kamu terus berkarya," ucap Sir Najmi.

"Saya tahu Sir, tapi saya tak sedia lagi untuk gambar yang macam ni," balas Khalif. Sir Najmi terdiam sejenak. Cuba untuk menghormati apa yang pelajarnya sudah putuskan.

"Kalau kamu dah cakap macam tu, apa saya boleh buat kan? Walau apa-apa pun, you did a great job for this task," ucap Sir Najmi lalu berpusing ke arah pelajarnya yang lain. "And I want all of you, learn from Khalif. Understand?"

"Faham Sir!"

Setelah kelas itu berakhir, pelajar yang lain terus mengerumuni tempat Khalif. Begitu banyak tanda tanya yang muncul dalam fikiran mereka setelah Sir Najmi menunjukkan hasil kerja Khalif pada semua orang di kelas itu tadi. Masakan tidak, hasil kerjanya yang satu ini benar-benar berbeza dengan hasil kerjanya yang lain.

"Khal, tempat apa yang kau pergi untuk ambil gambar tu?"

"Sejak bila kau suka ambil gambar orang pula ni?"

"Kau kenal ke mamat hensem yang ada dalam gambar kau tu?"

"Macam mana kau selarikan ton warna dan shadow untuk dapatkan kombinasi sempurna macam dalam gambar tu?"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now