Bab 22

609 23 0
                                    

SETELAH pulang dari tandas, Hud mencari budak perempuan yang minta dia terangkan semula skop kerja tadi, namun dia diberitahu bahawa budak perempuan tersebut telah pun pulang kerana ada hal emergency. Dia sekadar mengangkat bahu dan menyambung kerjanya.

Sebagai ketua bahagian unit multimedia, dia perlu merancang segalanya dengan teliti agar program tahunan universiti tersebut dapat berjalan lancar. Lagi-lagi bila dia perlu menguruskan unit yang sangat penting bagi program tersebut. Unit medialah yang bertanggungjawab untuk mempromosikan program itu.

Kalau promosi tak dapat sambutan yang baik, macam mana program nak berjalan lancar sedangkan elemen utama bagi sesebuah program, lagi-lagi program pertandingan macam ni adalah publisiti? Sebagai seorang ketua, dia perlu bijak merancang dan mengawal anak buahnya.

Helaian kertas di tepi, dia capai sebelum menulis segala perancangan yang telah dia susun dalam kepala. Walaupun dia boleh aje tulis semuanya dalam telefon, tapi Hud lebih memilih untuk menulis. Semuanya disebabkan Khaisarah. Perempuan itu lah yang mengajarnya untuk menyusun hidup secara strategik dan rapi. Kuncinya adalah dengan cara menulis segala idea yang kita dapat pada helaian kertas dengan menggunakan sebatang pensel atau pen.

Sedang dia memerah otak, matanya ligat memerhati kelibat-kelibat manusia dalam ruangan tersebut. Kelihatan, hampir semua antara mereka sedang merancang idea dan menyusun jadual menggunakan alatan canggih yang disebut sebagai tablet atau telefon pintar. Dia sekadar tersenyum kecil. Khaisarah benar-benar telah membuatkan hidup Hud berubah. Cara pemikiran perempuan itu lah yang sebenarnya buatkan Hud tertarik padanya.

Sedang leka anak matanya memerhati, tiba-tiba dia tertancap ke arah Khalif yang sedang menulis sesuatu di atas sebuah kertas. Dia mulai tertarik untuk terus melihat apa yang budak lelaki itu sedang lakukan. Kenapa dalam ramai-ramai orang di situ, dia dan Khalif saja yang mengarang sesuatu pada kertas? Ini sebuah kebetulan ke?

"Khalif, kau buat apa?" Soalnya dari arah yang bertentangan dengan tempat Khalif duduk.

"Err, saya tengah reka idea untuk template dan rangka video pengenalan peserta," jawab Khalif.

"Ouh, asal tak guna phone macam orang lain aje?" Soal Hud lagi.

"Ouh tak, saya lagi suka tulis idea atas kertas. Boleh terus salur lepas generate dari otak. Lagi pun bila tulis, tangan saya ikut gerak. So, synchronise dengan sense yang lain. Baru lah idea jadi lagi berkualiti," penerangan Khalif itu membuatkan Hud agak kagum.

"I see. Nanti dah siap, tunjuk kat aku terus," arah Hud.

"Alright abang. By the way," kertas dan pensel dicapai sebelum Khalif bangun dari tempat duduknya dan beralih ke sebelah Hud. Perkara itu membuatkan Hud merasakan sesuatu. Jantungnya berdegup sedikit laju dari kebiasaannya.

Setelah Khalif duduk di sebelah, Hud dapat bau aroma wangian dari tubuh Khalif yang membuatkan dia menjadi senang. Jantung yang tadi berdegup laju, kini semakin rancak kadar denyutannya. Apa tak kena dengan dia ni?

"Ni ha, saya rasakan, better.." mata Hud tertumpu tepat ke arah Khalif yang sedang bercerita tentang ideanya, namun sebarang suara langsung tidak tertangkap dalam corong telinga Hud.

Dari gaya dan tingkah Khalif, dapat Hud rasakan seolah-olah Khaisarah lah yang sedang duduk di sebelahnya. Bibir Hud automatik mengukirkan senyuman. Dia tak tahu sihir apa yang Khalif sudah gunakan, sampai Hud dapat rasakan kehadiran arwah kekasihnya dalam diri Khalif.

"...abang? Dengar tak??" Soalan Khalif itu terus menghentikan lamunan Hud.

"Hh- ha apa dia??"

"Saya tanya, abang rasa okay ke kalau video pengenalan peserta tu dimulakan dengan diaorang tunjukkan bakat dulu? Baru tak cliche' kan??" Cadang Khalif.

"Ouh ha, okay aje. Aa- aku setuju,"

"Alright then," balas Khalif pendek sebelum sambung menulis ideanya semula. Bagi Hud, dia seolah-olah sedang berada dalam dunianya sendiri dan terus memerhatikan Khalif.

"Macam mana kau boleh kenal Sarah, ya?" Soalan Hud yang tiba-tiba itu membuatkan Khalif menghentikan tangannya yang sedang menulis tadi. Terus dia menoleh perlahan ke arah Hud.

"Ke- kenapa abang tiba-tiba tanya fasal tu?" Soal Khalif sedikit gugup.

"Saja? Asal? Tak boleh?"

"Err.. bu- bukan tak boleh, cuma dia macam tiba-tiba sangat. La- lagi pun sekarang kan kita tengah bincang fasal program?" cepat-cepat Khalif cari akal untuk lari topik.

"Alah, bukan formal sangat pun sekarang. Lagi pun, kita sekarangkan dah jadi member. Tak salahkan untuk aku tahu?" Hud masih cuba mengorek.

"Kalau macam tu, a- apa kata abang dulu yang cerita macam mana abang jumpa Kak Sarah?" Khalif masih cuba memusing topik lagi.

"Jap, sejak kita jumpa, kau asik panggil dia 'Kak Sarah', dia senior kau ke?? Ke, sepupu? Tak pun Kawan kepada kakak kau?" Dah macam dalam siasatan dah perbualan tersebut jadinya.

"Err.. kenapa abang nak tahu ya?" soal Khalif. Kalau boleh, dia nak sangat lari dari situasi tersebut sekarang. Belum tiba masanya lagi untuk dia bongkarkan hubungan sebenarnya dengan arwah Khaisarah.

"Salah ke kalau aku nak tahu hubungan member aku dengan arwah awek aku??" soalan Hud itu membuatkan Khalif terdiam sekejap.

"Err.." Khalif mati kata. Tak tahu apa yang perlu dia balas. Kalau tak jawab, dah tentu-tentu Hud akan bertambah curiga. Aish, apa dia kena buat sekarang?

"Khal, kerja aku dah settle. Kau nak gerak balik sekali tak??" Haikal yang tiba-tiba muncul di situ terus menyoal. Saat itu, hanya tuhan saja yang tahu betapa Khalif rasa nak peluk Haikal sebab datang selamatkan dia dari situasi genting tersebut.

"Err, boleh!! Jom jom! Aku pun nak kena balik juga ni!!" Cepat-cepat Khalif menjawab.

"...err, sorry ya bang? Saya kena gerak dulu. Sebab saya tumpang Haikal hari ni. Nanti kita jumpa lagi. Bye!" Cepat-cepat Khalif minta diri dan menarik tangan Haikal keluar dari ruangan tersebut.

Sampai saja di depan kereta Haikal, Khalif terus melepaskan tangan sahabatnya itu sebelum Haikal menyilangkan tangan di dada sambil memandang ke arahnya dengan wajah hairan.

"Asal tadi tu??"

"Kall!!! Huaaa!!" Khalif langsung memeluk tubuh Haikal, sengaja pelukan itu dieratkan.

"Aku dah agak dah, mesti ada apa-apa ni. Apa jadi? Hud cari fasal dengan kau lagi ke??" Soal Haikal. Wajahnya mulai masam. Kalau dia dapat tahu si Hud tu cakap bukan-bukan, memang siaplah lelaki tu dia sembur.

"Eeiish! Bukan lah," pelukan tadi mulai dilepaskan.

"Habis tu??"

"Abang Hud tanya aku fasal Kak Sarah," riak yang tadi masam, berubah kepada sedikit terkejut.

"Uish, apa dia tanya?"

"Dia tanya macam mana aku boleh kenal Kak Sarah. Kau rasa? Apa aku nak jawab?? Nasib baik kau tiba-tiba ajak aku balik. Kau lahh kawan aku yang paling peka," sebuah lagi pelukan dihadiahkan kepada Haikal.

"Haih, nasib baik lah. Dah tu, kalau dia tanya lagi kau soalan tu? Takkan tiap masa kau nak lari macam ni??" Soal Haikal.

"Tak ada lah tiap masa aku nak lari. Tapi aku cuma tak sedia lagi untuk jawab soalan tu. Aku tak nak disebabkan satu soalan, habis terbongkar rahsia aku," jawab Khalif.

"Okay lah kalau kau dah cakap macam tu, kalau si Hud tu mula maki-maki kau ke apa, bagitahu aku. Okay?"

"Okay boyfie ku!!"

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now