Bab 38

627 23 0
                                    

SELESAI saja perjumpaan terakhir sebelum Pertandingan Bintang Universiti bakal berlangsung, setiap unit mengambil peluang untuk bergambar dengan ahli unit masing-masing sebagai tanda kenang-kenangan atas kerja keras yang telah mereka lakukan sepanjang lebih 3 bulan mereka berhempas-pulas untuk mengatur penyediaan pertandingan besar tersebut.

Pertandingan ini merupakan pertandingan yang bakal merangkumkan semua wakil pelajar bagi setiap fakulti yang ada di Universiti tersebut untuk mengadakan pertunjukan bakat. Antara salah satu sebab kenapa pertandingan ini mendapat sambutan ramai adalah kerana hadiahnya yang lumayan, serta populariti yang bakal mereka dapat sekiranya menjuarai pertandingan tersebut.

Khalif kelihatannya agak resah kerana sesi bergambar yang melibatkan ramai orang itu. Sejujurnya dia sangat tak selesa bila perlu berdepan dengan situasi yang menempatkan dia dalam keriuhan orang ramai seperti sekarang. Dia perlu mencari peluang dan ruang untuk keluar dari situasi tersebut. Tiba-tiba, pandangannya tertumpu ke arah Huzairi, salah seorang dari unit kerja-kerja khas sedang mengangkat barangan keperluan bagi pertandingan itu.

"Boleh saya tolong?" Khalif menawarkan diri untuk mengangkat barangan tersebut.

"Boleh. Kau tolong angkut barang ni semua ke bilik latihan bintang ya?" arah Huzairi.

"Okay. Letak aje dekat dalam tu ke?"

"Haah, aku sebenarnya kena pergi tapak pertandingan. Kalau kau tolong settlekan semua barang ni, tak apa ke?" Rasa bersalah pula Huzairi. Tapi keadaan yang memaksanya bertindak begitu.

"Ouh ye ke? Tak apa, biar saya yang settlekan," ucap Khalif.

"Thank you. Khalif, kan?"

"Eh? Tahu nama saya?" dahi Khalif berkerut. Tak pernah pula dia kenal dengan mamat itu sebelum ni?

"Siapa tak kenal, kau? Satu-satunya budak yang berani buat hal, pergi gaduh dengan Abang Hud waktu mula-mula meeting dulu," mendengar penerangan Huzairi, baru Khalif faham. Dia sekadar tersenyum kambing.

"Nanti dah settle, saya inform dalam group ya?" Cepat-cepat Khalif mengalihkan topik. Huzairi sekadar mengangguk sebelum berlalu dari tempat itu.

Khalif pula memandang sekali lagi ke arah kotak-kotak yang perlu dia angkut ke bilik latihan bintang yang tidak jauh dari tempat dia berada sekarang. Kalau dilihat dari bilangan kotak, mungkin dalam 3 ke 4 kali juga lah dia perlu ulang-alik ke bilik tersebut. Tapi perkara tu lebih baik daripada dia perlu berada dalam keramaian tadi.

Khalif memulakan usaha dengan mengangkat kotak pertama menuju ke arah bilik yang Huzairi maksudkan. Seusai masuk ke dalam ruangan itu, Khalif terus meletakkan kotak tersebut di sebuah tempat kosong bersebelahan sebelah pentas kecil dalam ruangan yang agak besar tersebut. Di sini lah tempat para peserta Pertandingan Bintang Universiti selalu mengadakan latihan. Lengkap dengan segala jenis barangan yang diperlukan untuk pertunjukan bakat ada dalam bilik tersebut.

Mata Khalif kemudiannya tertancap ke arah sebuah gambar hasil seni yang sepertinya dilukis menggunakan cat. Gambar tersebut membuatkan Khalif langsung tak mengerdipkan mata seolah-olah terpukau dengan kecantikannya. Melihat gambar seorang lelaki yang kelihatannya seperti sedang berdiri di atas sebuah gunung pada saat matahari mahu terbenam itu bagaikan memberi aura kehangatan pada jiwa Khalif.

Senyuman nipis diukirkan sebelum sebuah kamera polaraid menarik tumpuannya. Khalif tiba-tiba mendapat satu akal, lalu dia menoleh ke kanan dan kiri untuk memastikan tiada orang di ruangan tersebut. Lalu, dia mencapai kamera polaroid tadi sebelum mengatur strategi dan menggunakan beberapa barangan studio di situ sebelum menyunting tempat untuk mengambil gambar lukisan hangat tadi.

Setelah beberapa cubaan, dia akhirnya berpuas hati dengan gambar yang diambil lalu sekali lagi senyuman nipis diukirkan pada bibirnya. Dia kemudiannya mencapai sebatang pen berwarna hitam dan menulis sesuatu pada bahagian belakang, gambar plaroid yang diambilnya tadi.

"Entah apa yang buatkan lukisan ni nampak hangat bila dipandang. Mungkin si pelukisnya juga sedang perlukan pelukan yang hangat?Cantik lukisan ni, semoga lukisan ni dapat berikan kehangatan pada setiap orang yang memandangnya"
-Secret Admirer-

Seusai melekatkan gambar polaroid tersebut di tepi lukisan, Khalif menyusun kembali barang yang digunakan secara 'haram' itu sebelum menyambung semula kerjanya tadi. Mujur tak ada orang yang masuk waktu dia mengambil gambar, kalau tak, sia-sia aje hasil kerjanya tadi.

.

.

.

Zharif mengukirkan senyuman setelah membaca tulisan pada belakang gambar polaraid yang memaparkan hasil lukisannya. Ayat tersebut langsung menghilangkan gugup di hatinya kerana pertandingan Bintang Universiti yang akan berlangsung pada esok hari. Dia merupakan salah seorang peserta yang akan menonjolkan bakat melukis secara langsung di khalayak ramai nanti.

Bukan dia tak percayakan diri, dah banyak pertandingan dia sertai. Mendapat tempat pertama? Bukan sekali dua, dah banyak kali. Tapi rasa gugup masih saja hadir tiap kali dia sertai pertandingan. Tambah pula untuk pertandingan esok, pertama kali dia akan pamerkan bakat lukisannya secara langsung di khalayak ramai.

"Tu, lukisan awak ke?" Khalif yang tiba-tiba muncul di situ, terus menyapa. Terkejut Zharif dibuatnya, namun sempat dia menyembunyikan riak terkejutnya.

"Er, haah," jawab Zharif pendek.

"Cantik. Saya suka. By the way, saya yang tangkap gambar polaroid tu. Ada tulisan belakang dia, baca lah," arah Khalif selamba. Kantoi macam tu aje yang dia tu Secret Admirer pada lukisan Zharif tadi.

"Thanks. Appreciate it. Buat apa kat sini?" Soal Zharif pula seraya menampalkan semula gambar polaraid itu di tempatnya tadi.

"Angkut barang ni ha," bibir Khalif dijuihkan ke arah kotak-kotak yang baru diangkatnya.

"I see. Er, I'm Zharif," tangannya dihulur ke arah Khalif.

"Khalif," huluran itu disambut sebelum Khalif mengukirkan senyuman manisnya.

"Cantik kau tangkap gambar tu,"

"Thanks, budak fotografi kan? Hehe,"

"Ouh, no wonder lah."

"Awak? Mesti budak art kan?" mendengar soalan itu, Zharif menggumamkan bibirnya sebelum menggelengkan kepala. Dahi Khalif berkerut hairan.

"...habis tu?" Soal Khalif.

"Medic," jawab Zharif pendek.

"I see. Cool, smart and talented,"

"Kau tak terkejut? Or pelik ke??" Giliran Zharif menyoal.

"Terkejut kenapa pula?"

"Well, budak medic melukis? Tak pelik ke?" Bibir Khalif digumam seketika.

"Kenapa nak pelik? Semua orang ada bakat sendiri, tak kisah lah dia belajar apa sekali pun. Tak semestinya doktor kena pandai merawat aje kan? Dan tak semestinya juga, budak fotografi macam saya, pandai ambil gambar aje. Kejayaan tak cuma datang pada satu cabang. At least awak tahu apa yang awak minat, and awak asah. That is the most cool thing, I think people can do," Ucap Khalif. Entah kenapa Zharif agak tertarik dengan jawapan Khalif.

Mungkin kerana 'feedback' yang dia dapat dari Khalif, tak sama dengan apa yang dia dapat dari kawan-kawan fakultinya yang lain kot? Bagi kawan yang sebidang dengannya, bakat Zharif cuma hobi yang membuang masa. Lagi baik masa lapang yang mereka ada, dihabiskan dengan mengulangkaji dari mengasah bakat yang tiada kena mengena dengan masa depan mereka nanti.

"Thanks Khalif. Ayat kau betul-betul bagi motivasi kat aku,"

"Tak ada apa lah. Anggap aje saya ni peminat nombor satu awak dari sekarang. Lepas ni, tiap kali awak unmotivated, kena ingat yang awak ada fans untuk dikagumkan. And saya juga secret admirer awak tau!! Shuhh, jangan bagitahu orang lain ya?? This is secret!" Sempat Khalif berseloroh. Mereka masing-masing menghamburkan tawa.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now