Bab 68

517 19 0
                                    

"WAAAAA!! Segar gila udara kat sini!!" ucap Haikal sambil mendepakan tangannya ke arah air terjun di hadapan.

Setelah kerja mereka sebagai wedding photographer di situ selesai, Haikal tiba-tiba bercadang untuk ke sungai berdekatan dan mandi-manda. Khalif dan Zafir dua-dua bersetuju dengan cadangan tersebut. Maka, sampai lah mereka di sungai itu untuk berkelah dan berehat sebentar dari dunia pekerjaan.

"Hati-hati sayang, jangan sampai jatuh," pesan Zafir sambil membantu Khalif menguruskan alatan dan makanan yang mereka bawa untuk sesi perkelahan 'random' tersebut.

"Kalau saya jatuh, abang sambut lah!" balas Haikal manja. Khalif sekadar tersenyum melihat gelagat dua pasangan serasi itu.

Selesai membentangkan tikar dan meletakkan semua makanan atas tikar, Zafir dan Haikal buat keputusan untuk mandi sungai, manakala Khalif pula hanya duduk di tepi sambil memerhati mereka berdua berseronok. Dia tiada mod nak mandi sungai hari ni. Sekadar nak menikmati alam semula jadi dan melupakan kerjanya sebentar.

"Khal!! Kalau bosan, aku ada bawa kamera kesayangan dalam beg aku tad!! Pergi lah ambil gambar! Aku tengok kat dalam internet, belah hujung sana ada tempat cantik untuk ambil gambar!!" laung Haikal tiba-tiba sambil menunjuk ke arah yang dia maksudkan.

"Ha, okay!! Thank you Kal!!" ucap Khalif sebelum cepat-cepat dia menyelongkar beg Haikal dan mengambil kamera polaroid kesayangannya yang Haikal maksudkan tadi.

Khalif kemudiannya menuju pula ke tempat yang Haikal cadang. Sambil berjalan, dia sempat menangkap beberapa keping gambar alam semula jadi yang indah termasuk flora dan faunanya. Ada gambar orang ramai yang sedang seronok bermandi-manda, ada gambar pohon-pohon hijau yang tinggi, ada juga gambar burung-burung yang bertenggek di pepohonan.

Sampai saja di tempat itu, senyuman pada wajah Khalif semakin lebar kerana kagum dengan keindahannya. Betul apa yang Haikal cakap tadi. Kawasan tersebut memang sesuai untuk Khalif ambil gambar. Dia kemudiannya mendekatkan kamera tersebut pada matanya sebelum mencari sudut yang sesuai untuk mengambil gambar.

Sedang dia mencari, tubuh Khalif tiba-tiba terpaku saat lensa kamera polaroid tersebut terfokus ke arah satu-satunya lelaki yang mampu membuatkan degup jantungnya berdetak laju bagai nak gila. Nafasnya cuba diseimbangkan sebelum perlahan-lahan jari Khalif menekan sebuah punat pada kamera tersebut.

Kechakk!!

Bibir Khalif mengukirkan senyuman saat melihat hasil gambar yang telah dia tangkap. Hatinya terasa hiba apabila merenung ke wajah Hud yang berada dalam gambarnya itu.  Dia tak sangka, dalam banyak-banyak tempat, di sini juga dia akan dipertemukan dengan lelaki tersebut. Tapi Khalif langsung tidak berniat untuk menegur Hud. Cukup lah dia dapat melihat lelaki itu dari jauh saja.

Terubat juga rasa rindu yang telah sekian lama dia pendam selama ini. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Hud masih sihat dan lelaki itu nampaknya sedang bahagia. Mungkin dia telah melakukan pilihan yang betul untuk hilang dari hidup lelaki tersebut.

"I really miss you, Hud Zikri," ucap Khalif sendiri sambil menitiskan air mata.

Kemudian, cepat-cepat dia mengesat air matanya dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Dia tak mahu Hud perasan kehadirannya di situ. Khalif menyambung ekspedisinya menangkap gambar-gambar suasana hijau di situ walaupun fikirannya asyik kembali teringatkan Hud. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia jerit ke arah Hud yang dia benar-benar rindukan Hud.

Tapi nampaknya, perkara tersebut takkan pernah berlaku. Walaupun dia tahu mungkin itu adalah kali terakhir dia dan Hud akan bertemu, tapi dia kena teguh dengan pendiriannya. Hud layak bahagia dan dapat yang lebih baik darinya.

"Eeiish! Dah lah Khalif! Fokus! Ni semua kebetulan aje!!" rungut Khalif sambil menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

Setelah itu, dia berusaha untuk tidak lagi berfikir tentang Hud dan membuat keputusan untuk mengambil gambar terakhirnya di kawasan tersebut. Khalif memokuskan lensa kamera polaroidnya ke arah sebuah pohon rendang yang nampak cantik. Dia kemudiannya mengambil tempat untuk menangkap gambar pohon tersebut.

Kerana sudut yang dirakam dalam lensa kameranya sekarang tidak begitu cantik, perlahan-lahan Khalif menapak ke belakang. Langkahnya ditapakkan ke belakang tanpa dia sedar yang jaraknya dengan sungai di belakang semakin dekat.

Saat dia melangkah satu tapak lagi ke belakang, tubuh Khalif mula hilang keseimbangan kerana tiada lagi permukaan yang boleh kakinya jejakkan membuatkan dia mahu jatuh ke sungai di belakang. Namun, belum sempat dia nak jatuh, seorang lelaki cepat-cepat menyambut tubuh Khalif hingga akhirnya pandangan mereka saling bertemu.

Dup! dap! dup! dap!

Detak jantung keduanya berbunyi hebat hingga dapat mereka rasakan. Mata pula langsung tidak berkedip seakan tak percaya dengan apa yang sedang mereka lihat sekarang. Mereka merasakan seolah-olah mereka sedang bermimpi sedangkan apa yang terjadi itu benar-benar di dunia realiti.

"Abang Hud,"

"Khalif,"

Serentak mereka menyebut masing-masing. Masih tak percaya yang mereka sedang bertemu sekarang. Perlahan, mereka meleraikan posisi tadi sebelum berdiri kaku di hadapan masing-masing. Sudah 7 tahun mereka tidak bertemu, tak hairan kalau keadaan menjadi agak kekok dan janggal.

"Kha- Khalif sihat?" soal Hud sedikit gugup. Pandangan masih tak lari dari terus merenung ke arah Khalif.

"Si- sihat, abang?" Khalif memberanikan diri untuk membalas pandangan Hud lalu dibuangnya pandangan itu ke bawah semula.

"Abang sihat. A- abang rindukan Khalif," laju saja ayat itu meluncur laju dari mulut Hud. Sudah lama dia tunggu untuk ucapkan ayat tersebut, baru hari ni peluang untuknya tiba.

"Kha- Khalif ada hal, Khalif pergi dulu ya?" Khalif cepat-cepat mempamitkan diri dan melangkah pergi dari situ sebelum Hud tiba-tiba memeluk tubuhnya erat dari belakang membuatkan Khalif tersentap dan tubuhnya terus kaku.

"Tolong jangan tinggalkan abang, please? A- abang merayu," ucap Hud dengan sedikit getaran dalam nadanya. Air mata jantannya mulai tumpah membuatkan hati Khalif terasa sebak.

"...7 tahun abang tunggu Khalif, 7 tahun! Abang cuba cari Khalif merata tempat, tapi tetap tak jumpa. Khalif tahu tak abang macam orang gila sebab terlalu rindukan Khalif?" mendengar ayat itu, giliran Khalif pula yang menitiskan air mata.

"...abang tak tahu apa yang dah jadi sampai Khalif sanggup buat abang macam ni. Tapi sekarang abang mohon, tolong jangan tinggalkan abang lagi, please? Khalif tak nak bagitahu abang sebab Khalif tinggalkan abang selama ni pun abang tak kisah, yang penting please, please jangan tinggalkan abang lagi. Abang merayu.." pelukan Hud masih erat. Tak mampu Khalif nak leraikan.

Dia tak tahu apa yang perlu dia balas. Dia benar-benar tak sangka perkara ni akan berlaku. Disebabkan dia tak pernah terfikir, jadi dia langsung tak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Kakinya kaku, lidah Khalif pula hanya kelu. Dia hanya berharap yang semua ni cuma mimpi walau jauh dari dalam sudut hati Khalif, dia berharap semua ini bukanlah sekadar mimpi.

"...I really miss you, Khalif Iman. Umi pun sama. Setiap hari kami doa supaya satu hari nanti kami dapat jumpa Khalif lagi. Hari ni, tuhan kabulkan juga doa abang, doa Umi," tambah Hud lagi.

"Maafkan Khalif abang, maafkan Khalif.." hanya ayat itu yang Khalif mampu ulang dalam hatinya saat itu.

HUD KHALIF (BL MALAYSIA) [COMPLETED]Where stories live. Discover now